Monday, December 29, 2008

Bon Annu


Tirai 1429H telah pun dilabuhkan menandakan bermulanya tahun baru 1430H...apa signifikannya kalau ia disambut dengan mandian darah ratusan penduduk Palestin angkara rejim Zionis laknatullah...itu cerita saudara-saudara seAGAMA kita nun jauh di sana...apa pula cerita 'menarik' di tanah air kita ni?ohh...ada yang mahu menjadi 'Pendekar Mustar' dengan mewujudkan blog yang menghina insan agung Muhammad SAW,barangkali si pendekar ini terlupa ataupun seperti judul lagu kumpulan Matta iaitu tidak ke'tahuan' akan seksaan yang amat dahsyat kepada sesiapa yang memperlekehkan baginda,saye tidak kisah sangat si pendekar ini sama ada dia bernama Mutusamy,Ricardo or even namenye Muhammad...tapi kepada sesiapa yang mengenali si pendekar itu,tolong belikannye sebuah buku yang berjudul Bustanuul 'Arifin karangan Imam Nawawi,tak mahal mana pun,lebih kurang RM1o camtu,pastu suruh si pendekar itu baca bukti-bukti orang-orang yang 'sekaum' dengannye....
  • sebuah mafhum hadith yang menyebut "para malaikat akan merendahkan sayapnya" lalu ade seorang yang cuba mempermainkan phrase tu dengan berkata "Aku nak letak paku kat bawah kasut aku nanti supaya malaikat tak boleh terbang lagi"....Allah balas ke'hero'annye itu apabila orang itu menjadi PARALYSED
  • sebuah lagi mafhum hadith "sesungguhnya bilamana engkau bangun tidur jangan terus masukkan tanganmu ke dalam bekas air"..seorang lagi sepupu sepapat si pendekar tu kot,die cam nak test jugak 'kebenaran' hadith ni,Allah tunjukkan balasan dengan memasukkan tangannya ke dalam lubang dubur sedalam 1 hasta!(wat PR pun tak sampai camtu...huhuhu)

saYe menyerulah kepada diri saYe dan para pembaca yang budiman bersempena sambutan Maal Hijrah 1430H ini,kite singkap kembali jerih payah Rasulullah nak sebarluaskan Islam,kite just dituntut supaya appreciate usaha baginda itu!!!!senangkan?....malam semalam jugak diadakan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Masjid Al-Azim,banyak anugerah tokoh-tokoh yang diberi mengikut kategori masing-masing,saYe hanya tertarik pada 3 kategori je iatu kategori tokoh penjawat awam(Mr Safian,HOD Surgery Hospital Melaka...p/s:'Mr' adalah gelaran kepada pakar-pakar perubatan),kategori tokoh saudara baru(beliau seorang berbangsa cina memeluk Islam pada tahun 1996 tetapi beliau telah berjaya mengISLAMkan 25 orang saudara baru,hebat bukan??!!!) dan yang terakhir kategori tokoh insan istimewa(OKU)....tahniah jugak kepada SS Datuk Seri Harussani Zakaria(Mufti Perak) yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan...yang macam inilah saYe katakan appreciate jasa Rasulullah SAW....jangan tanya apa Islam telah beri kepada kita,sebaliknya tanya apa yang kita dah beri kepada Islam...so apa azam tahun baru??memetik soalan-soalan dari seorang sahabat saYe di blog beliau:KERJA GEMPAK DENGAN GAJI YANG GEMPAK?DAPAT PAKAI KERETA BESAR?DAPAT ISTERI YANG CANTIK MACAM...err...sape ye?DAPAT BELI RUMAH BANGLO ATAS BUKIT?...Sekarang orang dah tak nak rasanya.Tanah runtuh beb!DAPAT JADI JUTAWAN?...akhir kalam,nak kempen puasa pada bulan Muharram,"Seafdhal-afdhal puasa selepas Ramadan ialah puasa pada bulan Muharram"(al-hadith),di awal Islam,umat Islam diwajibkan berpuasa pada hari 'Asyura(10 Muharram) sebelum puasa Ramadan difardhukan....antara hikmah terbesar ialah pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada kaum Bani Israil lalu baginda berpuasa tanda bersyukur...maka orang Yahudi pun 'mengamalkan sunnah' ini...jadi kita semua diajar untuk membezakan puasa kita dan puasa orang Yahudi...mengikut urutannya,paling afdhal puasa 9,10,11 Muharram @ 9,10 Muharram @ 10,11 Muharram @ puasa je la 10 Muharram....

Bon Annu!!! (dalam bahasa Portugis bermaksud Selamat Tahun Baru)...A new year,a new start,a new beginning....may the blessings of Allah fill our life with hepiness & open ALL doors of success...ameen


Wednesday, December 10, 2008

Budin dan ceritanya




Salam alaik....still dalam mood raye haji lagi,para hujjaj sedang melontar jamrah yang tiga sekarang ni,antara rakyat Malaysia yang pergi kali ni seperti Anak-anak Sidek,Angkasawan Negara Dr Sheikh Muzapar,YB Zulkifli Nordin,YB Salahudin Ayub,YB TG Haji Hadi,Dr Abd Basit Abd Rahman,Aznil Nawawi,Sheila Majid dan yang lain-lain,moga balik dengan haji yang mabrur ameen...diam tak diam,dah 3bulan saYe run blog Soleh & Islah ni,ade yang bertanye ape hadaf(tujuan)blog ni,dalam erti kata lain,ape sebenarnye tema blog ni disebalik pemilihan heading tersebut,hmmm....its so simple,kita hidup ni bukan kita sorang nak jadi baik,bukan kita sorang nak masuk syurga,nanti Allah tanye kat setiap orang daripada kita samada kita endahkan atau tidak urusan saudara seagama kita...dalam Islam tiada istilah 'jangan jaga tepi kain orang'....teringat bila dalam pengajian kuliah tasawuf Ust Abd Rahman Jaafar yang memberi analogi "kita mestilah menjadi seperti air mutlak i.e suci lagi meyucikan"...pokok pangkalnya,kita kene 'clear' dulu la,tapi nak tunggu diri yang kerdil ni perfect susahla,kerja dakwah @ invite people to the right path mesti diteruskan,bukankah ia merupakan sunnah yang teragung??....saYe yakin masing-masing punya tanggungjawab yang sangat banyak,macam saYe la kan,dengan sang Pencipta sebagai hamba Allah dan khalifah atas muka bumi ni(banyak lagi tak setel ni..huhuhu),dengan ayahanda dan bonda sebagai anak(dah dapat title anak soleh ke belum?harusla ke arah itu!!),dengan adik-beradik sebagai yang bongsu sekali(masa kecik-kecik dok asyik bertumbuk dengan angah,hahaha),dengan anak saudara yang 3orang tu viz A'ai,Sarah & Irdina sebagai Pak Busu,medical students(no need to eloborate,action speaks louder than words,huh...),kawan-kawan dan yang lain-lain lagi(seriously its endless list)....kali ni saYe nak berKONGSI diari kehidupan seorang yang bernama Budin(bukan nama sebenar),mungkin terdapat sedikit olahan daripada cerita sebenar,moga kita dapat ambil mana-mana yang baik la eh.........Budin merupakan seorang house officer(HO) di sebuah hospital di Manjung Perak,sekarang bertugas di Emergency Department,paham-paham je la dengan kesibukan rutin hariannye,bekerja around the clock,lebih-lebih lagi musim hujan sekarang ni,kejap-kejap ambulans sampai,Primary & Secondary Survey menjadi 'zikir' hariannya...bila dapat relax seketika,die selalu terfikir tak dapat nak join solat fardhu berjemaah di surau berdekatan,tapi die nekad esok atau lusa die nak ambil MC 3 hari,nak 'hilangkan penat',hari pertama cuti,die puas hati dapat berjemaah di surau,Budin ni seorang yang observant(doktor la katakan)...so masa lepak-lepak kat masjid tu sementara tunggu waktu isyak,tak jauh dari tempat Budin duduk,ade 2 orang pak haji tengah 'layan' Dunhill,berkepol-kepol asap...Budin jadi passive smoker malam tu..bak kata orang melaka 'sabau je la'....2 perkara yang Budin paling 'hairan bin ajaib',firstly-kedua-dua pak haji tu Budin memang kenal sangat,sorang nama die Hj Leman(Imam 1 surau),sorang lagi Hj Kadir(tok siak surau) dan satu lagi mereka merokok di dalam surau!!!!..."kalau bukan sebab aku nak solat berjemaah,tak hingin aku nak datang surau ni,baik aku semayang tempat lain" jerit Budin dalam hatinya..."sia-sia je Kerajaan habis RM22 juta untuk Kempen Tak Nak Merokok(Parlimen:1Dis08),bukannya diorang tak tau bende alah tu haram"katanya lagi...Budin terus mengambil pen dan kertas di dalam koceknya lalu menulis perkataan ROKOK dan RUKUK,Budin mengharapkan mudah-mudahan mereka yang sentiasa merokok akan bertukar menjadi hamba yang rukuk (patuh) kepada kehendakNya,to be continued............