Thursday, February 26, 2009

Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris: Wajarkah?





Salam bahasa ibunda...saYe suka untuk menarik perhatian kita semua untuk membicarakan secara ilmiah dan akademik kewajaran mengekalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI)...saYe sendiri bukan produk keluaran PPSMI, hanya berjumpa 'sistem ini' bilamana melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya selama 2 tahun..sekadar berkongsi pengalaman yang ada..tiada siapa yang menafikan kepentingan Bahasa Inggeris dalam dunia yang mendesak untuk menggunakannya tetapi biarlah ia dilaksanakan tanpa menggadaikan 'bahasa sendiri'...saYe tegaskan di sini tiada asas langsung untuk dilaksanakan di peringkat sekolah rendah...walaubagaimanapun pelaksanaannya di peringkat sekolah menengah mungkin boleh dipertimbangkan..cubalah masuk ke ceruk-ceruk kampung,bukan kata murid-murid je yang pening kepala, cikgu-cikgunya sekali mengeluh..Ya,nanti adela suara-suara yang mengatakan macam mana nak maju kalau tak nak berubah..hoho..takde gunanya kalau laksanakan PPSMI tapi merendahkan graf lulus sehingga 30%!!! laksana tahun 2003, sekarang 2009, tak tahula bila kita boleh merasakan hasilnya..ada pulak setengah orang cakap, pembangkang nak mainkan isu ini...masalahnya bukan pembangkang je yang menentang dasar ni, nah saYe sertakan beberapa tokoh terbilang, sekadar menyebut beberapa nama di sini, Sasterawan Negara A. Samad Said,Prof Nik Safiah Karim,Prof Awang Sariyan, pangarah dan pelakon Khalid Salleh, penulis buku Ainon Mohd, mantan Menteri Pelajaran sendiri Tun Abdul Rahman Yaakob, penyair Dinsman dan ramai lagi..ia disusuli dengan gabungan pertubuhan seperti Persatuan Linguistik Malaysia(PLM), Gabungan Penulis Nasional(Gapena) serta puluhan lagi NGO yang senada dengan isu ini... Gapena mendakwa bahawa pelaksanaan PPSMI secara jelas telah mencabul Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan yang memutuskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan....7mac ni, mereka semua bercadang mengadakan pehimpunan 100K untuk menghantar memorandum kepada SPB Tuanku Mizan...saYe harap tiada kita yang terkecuali untuk memikirkan permasalahan ini...saYe bukan hanya memberi kritikan membina sahaja,saYe sertakan juga penyelesaiannya di awal tadi iaitu boleh laksanakan dasar ini bermula daripada peringkat menengah dan ke atas, ada rakan saYe pula memberi pandangan supaya dasar ini dilaksanakan di sekolah-sekolah berasrama penuh(SBP)..logik jugak....saYe alu-alukan pandangan anda semua..



Sunday, February 15, 2009

M.A.T.I







Wahai pemuda serta pemudi
Harapan bangsa tiang negeri
Jangan leka berhias diri
Amal ibadat segera dicari

Kepada Allah jangan berhenti
Menjunjung titah berbuat bakti
Dosa maksiat jangan kita campuri
Terbakar kulit dijilat api


Ingat kita kepada Tuhan
Jangan leka minum dan makan
Amal ibadat kumpul2kan
Dosa maksiat jauh2kan


Bila tiba insafnya diri
Kain putih pembalut badan
Tinggal semua yang kita cintai
Berbakti hidup sepanjang zaman


Tua muda miskin dan kaya
Habis sudah meninggal dunia
Di dalam kubur tempatnya dia
Sakit dan senang kembali amalnya


Bila tiba ajalnya mati
Tinggal anak saudara saudari
Air mata mengalir ke pipi
Tidak boleh minta kembali

Bila tiba ke liang lahad
Baru nak ingat buat ibadat
Sedekah puasa sembahyang dan zakat
Tapi semuanya sudah terlambat