Monday, June 21, 2010

Stupid,Stupid,Stupid!!




Tajuk entri ini merupakan panggilan askar zionis Israel Laknatullah kepada aktivis Lifeline4Gaza semasa dalam tahanan...itulah nilai kita di mata mereka....kita lagi dan lagi memekakkan telinga dan membutakan mata lantaran tidak mengambil endah perkara ini....sepatah kata saudara Halim Mohamed Redzuan "INI ADALAH ISU UMMAT!!!!"....Alhamdulillah, perkongsian pengalaman beliau pada Jumaat malam lepas tidak dapat dilontarkan dengan kata-kata...mana tidaknya 'first hand information'.....beliau sertakan sekali gambar-gambar dan sedutan video semasa di atas kapal Mavi Marmara yang sempat diselamatkan daripada si rakus Zionis itu, seolah-olah kami semua yang mendengar ini juga berada di atas kapal tersebut...saudara Halim merupakan salah seorang daripada 10 aktivis dari Malaysia yang menyertai rombongan bantuan kemanusiaan ke Gaza tempoh hari manakala 2 orang lagi rakyat kita adalah wartawan Astro Awani....sekali sekala dalam perkongsian beliau, air mata bergenang tetapi lantas beliau bijak 'menyembunyikan' kesedihan itu....terlalu banyak pengajaran di atas kapal tersebut yang beliau nak kita semua applikasikan dalam hidup kita....perairan Meditarenean itu menjadi saksi umat Islam tanpa mengira bangsa, mazhab dan warna kulit dapat berdiri teguh dalam satu aqidah...yang kita di sini tak habis-habis bercakaran dalam perkara cabang @ furu'....ini adalah kebodohan kita!!!sekali lagi bodoh!!!....tiada seorang pun yang nak membantah apabila rata-rata daripada aktivis yang bermazhab Hambali solat berjemaah di akhir waktu...kita di sini bertikam lidah berkenaan sapu muka selepas solat!!!!...beliau yang merupakan sukarelawan NGO Muslim Care Malaysia menyatakan misi ini bukanlah kali pertama seumpamanaya....sebelum ini sebahagian daripada mereka telah pun berjaya menerobos masuk ke Gaza menggunakan pintu masuk di Rafah, Mesir....cuma kata beliau, setelah ada aktivis yang syahid, barulah media terkial-kial nak beri liputan yang meluas, hampeh!!!!....kami dapat melihat kesan ikatan pada tangan beliau yang mana mereka semua ini diikat tangan ke belakang selama 15 jam...subhanallah....saYe sangat insaf lantas teruja dengan pesan tok guru nik aziz "perjuangan Islam yang kita galas pada hari ini bukanlah satu PILIHAN tetapi ia merupakan suatu kewajipan yang terpikul di atas bahu kita semua...perjuangan kita bukan bermula pada hari ini, ia merupakan perjuangan yang dimulakan oleh para an'biya yang terdahulu..kita hanyalah mata rantai dalam perjuangan ini...kita mempusakainya dari generasi yang terdahulu dan akan mewariskan pada generasi yang terkemudian...sebarkan kepada masyarakat bahawa hidup kita ini tidak hanya tamat setakat di dunia sahaja..tetapi akan dinilai semua amalan di akhirat kelak"....satu lagi info terbaru yang beliau sampaikan adalah semua aktivis berhadapan risiko racun arsenik...salah seorang aktivis Indonesia yang bersama dengan saudara Halim dalam tahanan tempoh hari telah disahkan mengandungi arsenik di dalam badan...."zionis Israel tidak akan melepaskan tahanan mereka begitu sahaja, pasti akan ada 'buah tangan' yang diberikan"ujar saudara Halim....Alhamdulillah pada malam tersebut kita berjaya mengumpulkan RM342 untuk bantuan kemanusiaan Gaza....saudara Halim juga berpesan supaya melazimi bacaan ma'thurat kerana itulah wirid yang tidak putus-putus dibaca oleh semua aktivis di dalam kapal.....beliau pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 1130mlm dengan menaiki scooter 200cc dengan perasaan puas dapat berkongsi sedikit daripada coretan kekejaman zionis Israel...."Percayalah sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah, mungkin tidak kaya tetapi tidak ada susah atau tidak makan...apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong dan bantu kita dalam kehidupan" (Almarhum Ust Hj Hassan Sukri)

Wednesday, May 19, 2010

Jom Berdating DenganNya





Kegelapan dan keheningan malam sangat sinonim dengan waktu istirehat kita semua...tetapi semestinya janganlah kita sesekali lupa, lalai dan alpa yang mana Allah memberi kita 'a very gud offer' terutamanya pada sepertiga malam yang terakhir...FirmanNya dalam Surah al-Israk ayat 79 bermaksud “Dan dari sebahagian malam, hendaklah engkau bangun (tahajud), sebagai amalan tambahan untukmu. Semoga Tuhanmu mengangkat (darjatmu) ke tempat yang terpuji.”...waktu beginilah, apabila dahi mencecah sejadah, aura tawadhuk seorang hamba kepada Penciptanya bergelombang kuat. Solat terasa khusyuk tanpa diganggu urusan dunia yang mencengkam di siang hari. Tiada bunyi kebisingan manusia atau kenderaan yang mengacau si pendamba cintaNYA. Tahajud adalah waktu khusus untuk seorang Muslim bertemu dan bercakap-cakap denganNya...banyak berbuat dosa??mohonlah ampun kepadaNya di waktu ini.....berhajat kepada sesuatu??pintalah kepadaNya di kala itu...Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (Muslim).....semaksum-maksum Penghulu Nabi dan Rasul itu juga pun tidak pernah nak mengambil mudah ibadat tahajud ini....YA!!!!ia perlukan pengorbanan untuk tinggalkan tarikan selimut dan bantal busuk kita itu.....Aisyah r.a pernah menyatakan “Nabi SAW berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya "Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda SAW lalu bersabda, “Tidakkah aku ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih).....saYe sendiri yang sedang rancak menulis ini pun bukan kaki semayang malam...tetapi jika peluang itu berada di depan mata, iA tidak sekali-kali saYe akan lepaskan....Ameen!!!.....Jika tidak kerana pentingnya solat sunat Tahajud, tidaklah Khalifah Salahuddin al-Ayubi memecat tenteranya yang tidak bangun berqiyamulail dalam operasi Perang Salib....saYe bukanlah orang yang terbaik dikalangan kalian tetapi inilah hasil usaha kecil saYe untuk sama-sama kita menuju kepada Yang Maha Esa sebagai hamba-hambaNya yang bersyukur...Jom berdating denganNya....

Wednesday, April 14, 2010

bapa derhaka anak




MEMBINA GENERASI CEMERLANG....itulah tajuk untuk ceramah bulanan di Masjid Al-Azim, tersenyum girang saYe apabila dapat tahu penceramahnya adalah Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz...kebizian paeds posting sedikit pon tidak dapat menghalang saYe untuk menghadiri majlis ilmu ini...sepertimana ym status saYe tempoh hari "i nid to entertain my soul after spending hours wit kids and toys"....Ust Hassan Din merupakan salah seorang daripada 3 beradik tokoh agama di negara kita selain Dato' Dr Haron Din dan Ust Ishak Din (seperti gambar di atas)...keilmuan beliau sangat-sangat ditagih oleh umat, selain pernah menjadi Imam Besar Masjid Negara, jawatan terakhir dalam kerajaan adalah Pegawai Agama Istana Negara, sekarang menyandang jawatan Pengerusi Panel Syariah Bank Rakyat dan sebuah lagi bank di Thailand....menjadi kewajipan saYe untuk berkongsi dengan anda semua isi-isi penting dalam ceramah beliau....Ust Hassan Din memulakan bicara dengan membawa satu statistik tidak rasmi bahawa masyarakat Melayu Malaysia yang menjaga solat 5 waktu tidak sampai 40%!!!! Subhanallah....cemerlang sungguh bukan??!!! kemudian Ust Hassan berkongsi satu cerita yang mana beliau dijemput untuk menyampaikan satu ceramah kepada rekrut tentera baru seramai 600 orang...seorang komandan tentera berbisik kepada beliau bahawa out of 600 tu, tak sampai separuh boleh membaca surah Al-Fatihah dan 4 orang daripadanya belum bersunat (baca berkhatan)....Ust Hassan menggaru kepala sebentar...kemudian beliau menekankan tanggungjawab ibu bapa nombor wahid dalam tumbesaran anak seperti mana pesan Nabi SAW dalam satu mafhum hadith, ada 3 perkara...pertama sebaik anak itu dilahirkan berikanlah nama yang baik-baik dan elok maknanya bukan ikut sedap bunyi je...kedua sebaik sahaja anak itu mumaiyyiz (tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara) atau aqil baligh (baca balagha 'aqilun) hendaklah mengajarkan anak itu ilmu yang berguna dan yang terakhir apabila anak itu meningkat dewasa ibu bapa bertanggungjawab menentukan jodoh anaknya (baca ibu bapa bertanggungawab approve atau tidak calon pasangan anak mereka)....Ust Hassan memperincikan lagi dengan membawa satu kisah di zaman pemerintahan Saidina Umar yang mana beliau pernah menghukum seorang bapa yang 'derhaka' pada anaknya kerana apabila disiasat, bapa tersebut tidak menjalankan perkara-perkara di atas dan si anak menjawab "Demi Allah bapaku tiada syarat-syarat itu"...maka Umar menjatukan hukuman ke atas si bapa itu dek kerana 'derhaka' pada anaknya sebelum anaknya derhaka kepadanya.....kemudian daripada itu, Ust Hassan menekankan kepentingan exclusive breasfeeding dan membawa pendapat para ulama yang mengatakan mana-mana manusia yang disusukan dengan susu lembu maka pasti dalam dirinya akan ada sifat-sifat kebinatangan (baca kelembuan).....pengisian malam tu benar-benar menyentuh kalbu saYe....moga ada manfaatnya,amin.....

Monday, March 29, 2010

SE:tumpang gembira







Kalian yang saYe kenali:

  1. DINA & Rahmat : Alhamdulillah dengan izin Allah sahabat saYe ini sudah mendapat title Puan...saYe dan kawan-kawan yang lain mendoakan kalian berdua bahagia yang tiada penghujungnya....sampai juga saYe di majlis resepsinya di teratak rumahnya di Bota Perak tempoh hari...bilamana kakak saYe yang bermukim di Manjung menanyakan lokasi rumahnya "Bota kiri ke Bota kanan?" saYe naik bingung...oh ada kiri dan kanan rupanya...terus saYe menghantar khidmat pesanan ringkas kepada cik jelita...di pendekkan cerita, cik jelita memberi landmark rumahnya berdekatan kilang roti segar...
    Dina seorang yang bukan sahaja komited dalam bidang pelajaran bahkan tidak lupa juga untuk mengejar habuan 'akhirat'...acap kali bertanyakan hukum hakam agama dan suka berkongsi pengalaman dan nasihat melalui wadah blognya...iA,encik Rahmat punya seorang isteri yang persis Saiyyidatina Aisyah R.A.....mabruk alaikuma..amin
  2. HAZMIN & Hazwani : jikalau ada wartawan yang ingin menemuramah dan bertanyakan soalan kepada saYe "namakan seorang sahabat yang anda dapat rasakan kemanisan ukhwah berkawan dengannya"...saYe tidak teragak-agak untuk menjawab Zu Hazmin Badri....semasa di mengaji di matrik uia 04/05, kami ditemukan dalam organisasi Nuqaba' Executive Council (NEC)...dia dalam jurusan kejuruteraan dan saYe di bidang sains biologi tetapi setiap hari kami pasti bertemu untuk memikirkan 'masalah umat'....budi pekerti yang sangat tinggi, solat 5 waktu berjemaah di masjid menjadi keutamaannya dan sangat merendah diri....saYe suka akan idea-idea 'gila' yang dicadangkan olehnya...maka sangatlah tidak patut untuk saya tidak meraikan 'hari bahagianya'....dari Bota (resepsi Dina), saYe terus bergegas ke Taiping untuk ke rumahnya, walaupun tiba agak lewat sekitar jam 4 pm...saYe cukup puas dapat menggembirakan hati mempelai ini dan dia sendiri tidak menyangka kehadiran saYe sama sekali...mabruk alaikuma...amin
  3. LUQMAN & KAY : i can say that 2 insan ni adalah antara bes fren saYe di manipal...terlalu banyak memori 5 tahun bersama budak 2 orang ni....belajar kat library manipal bersama, ronda ooty dan north india bersama, bukan setakat housemate dengan luqman tapi lebih romantik lagi kongsi study table kat ananth nagar 69 tu....saYe masih ingat lagi saYe 'berdakwah' kepada luqman supaya study kat library...if i were given 2 words to describe kay pulak, definitely they are 'plain water' and 'english'....i really admire them...boleh la buat perumpamaan "di mana ada kay di situ ada air masak"..hehehe...satu lagi suka bangat bila dia cakap omputeh..awsome!!!! cumanya betul-betul nak mintak maap banyak99 kat mereka berdua tak dapat attend majlis pertunangan mereka :(
  4. AMIN HASANI & OLEEN : wat a small world!!! amin hasani sahabat saYe di matrik uia..bersama-sama dengannya dan zu hazmin dalam NEC manakala oleen pulak kenalan di manipal la...kalau tak silap mereka berdua merupakan kenalan di sekolah rendah...kalau nak cerita pasai amin ni...dia seorang yang kaya dengan senyuman (betul kan olin?)...berwatakan sederhana, dan bercakap bila perlu sahaja...oleen pulak sangat suka jugak dia speaking english, a happy go lucky type of person....i am very happy for both of you....
  5. nak ucap tahniah jugak kepada 2 orang lagi kawan yang 'dah naik pelamin' iaitu Dr Naim, senior batch 16 dan Nabil Fikri Ismail, batchmate di SMKA Sultan Muhammad...Allah rahmati dan naungi kamu semua amin....


Wednesday, March 3, 2010

Bila sebut nama Rasulullah.....



  1. 1.Bila sebut nama Rasulullah SAW, saYe terus teringat akan selawat...Selawat inilah yang akan mengundang syafaat (baca:talian hayat) di yaumil akhirat kelak....dont play play, Nabi sebut dalam satu mafhum hadith "orang yang paling bakhil adalah seorang yang apabila disebut namaku dia tidak berselawat kepadaku"...tapi adala sekelumit manusia yang membidaahkan sekelompok manusia yang lain dengan alasan selawat itu tidak datang daripada Rasulullah SAW....saYe pon setuju selawat yang afdhal adalah seperti selawat Ibrahimiyyah (selawat pada tahiyyat akhir) tapi bukanlah adab seorang Muslim nak attack sebegitu rupa.....
  2. Bila sebut nama Rasulullah SAW, saYe terus teringat akan jerih payah Nabi nak sebarluaskan Islam....Nabi tak berdakwah dalam bilik yang berhawa dingin, tapi Nabi ajar para sahabat baginda Islam ni agama perjuangan....janganlah kita hanya duduk di tepi gelanggang sahaja!!!....para sahabat yang dapat tarbiyyah direct daripada Nabi menzahirkan kecintaan mereka pada Allah dan Rasul...ambil contoh perang Uhud bilamana sahabat yang bernama Thalhah bin Ubaidillah putus tangan dan jari jemari beliau, tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi perlindungan pada batang tubuh insan mulia itu (sahih Bukhari)...Saidina Hamzah pula syahid di medan yang sama, lantaran daripada itu, si bedebah Hindun membelah hati Hamzah lalu mengunyahnya...Hindun menjadikan telinga-telinga dan hidung Hamzah sebagai gelang kaki (Zaadul Maad)....
  3. Bila sebut nama Rasulullah SAW, saYe terus teringat akan pesan baginda supaya berhati-hati dengan golongan munafik (baca:manusia 'bermuka ganda')....mereka hanya mengaku Islam di bibir tetapi tidak di hati...inilah musuh dalam selimut yang perlu dijaga...Bapa Kemunafikan Abdullah bin Ubai punya lah 'warak' sampaikan solat berjemaah dibelakang Nabi tapi tup tup dia dan konco-konconya yang memporak-perandakan umat Islam...kisah sebegini benar-benar menjadi pelajaran yang berguna untuk kita....janganlah namanya Abd Rahim (baca:hamba yang mengasihani) tapi perangai macam %$#*(&@!)&^......
  4. Bila sebut nama Rasulullah SAW, saYe terus teringat ulama-ulama besar Islam...Imam Syafie salah seorang daripadanya...hafal Quran usia 7 tahun, hafal kitab Muwatta' umur 10 tahun dan gurunya membenarkan beliau mengeluarkan fatwa pada hayat 15 tahun...kalau nak buat frank comparison, saYe masih ingat masa umur 7 tahun saYe ke sekolah rendah berseluar pendek, umur 10 tahun, saYe sangat gian bermain hantu galah @ galah panjang, umur 15 tahun baru nak mula hafal hadith pendek-pendek....seorang lagi permata Islam adalah Imam Malik, nak cerita keluhuran peribadi beliau...ada kisah Imam Malik seperti yg dinukilkan dalam Siyaril A'lam bahawa beliau tidak memakai sepatu sepanjang berada di bumi Madinah dengan alasan "bagaimanakah saya sanggup memakai sepatu memijak tanah yg bersemadinya di bawah bumi itu jasad RasululLah SAW"....pada satu hari, beliau yang mendapat jolokan Imam Daril Hijrah ( imam bumi Hijrah RasulilLah) telah dihadiahkan seekor kuda yg cantik untuk kegunaannya...Beliau menerimanya lalu menghadiahkan kepada orang lain yg memerlukannya....Bagi beliau memijak bumi yang hebat itu dengan sepatunya pun tidak sepatutnya, inikan pula dengan menaiki kuda, tentulah lebih-lebih lagi tidak patut....
  5. Bila sebut nama Rasulullah SAW, saYe terus teringat akan koleksi doa-doa yang patut kita amalkan dalam rutin kita...ada sepotong doa yang dibaca oleh Nabi bila baginda mendapat wahyu surah al-Mukminun...dengan basis ini kita juga boleh amalkan bilamana kita selesai menuntut ilmu...maksud doa ini tersangatlah cantik dan 'RUGI' kuasa dua jika kita tak baca اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا ، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا. Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”

Tuesday, February 9, 2010

Buat Buruk Dibalas Baik




Untuk konsisten menulis bukanlah merupakan satu perkara yang mudah...1001 alasan akan diberikan untuk menutup 'kelalaian' diri sendiri...pokok pangkalnya ialah malas menggerakkan jari jemari ini menaip...laman ini bukan untuk dijadikan 'diari peribadi' untuk memperihalkan "malam ni aku makan ape" atau "petang tadi aku pergi shopping" tetapi ia hanyalah secebis dan sekelumit usaha untuk menjadi ingatan kepada diri yang hina dan para pembaca yang terhormat tapi terpulanglah ye,asalkan ade manfaatnya di situ....mari saYe bawa kalian ke kota Madinah Al-Munawwarah 'menemui' seorang pengemis buta berbangsa Yahudi (Bush bukan nama sebenar)....dia ni punya hobi yang unik...setiap hari dia akan mempengaruhi sesiapa untuk tidak mempercayai insan agung Muhammad S.A.W. ...dia menuduh Nabi pembohong, tukang sihir dan yang seumpama dengannya...dalam pada itu, setiap pagi si Bush ini akan didatangi oleh seorang yang bernama Muhammad (nama sebenar)....baginda mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun baginda menyuapi makanan yang dibawanya kepada Bush walaupun dia acap kali berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad...tanpa jemu dan berdendam!!!! ....setelah kewafatan baginda, tiada lagi orang yang akan membawa makanan...suatu hari Abu Bakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah...beliau bertanya kepada anaknya, "anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah...keesokan harinya Abu Bakar pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar menjawab, "aku orang yang biasa yang memberi makan kepadamu". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan padaku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya...Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya, beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW". Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar, dia pun menangis dan kemudian berkata, "benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia".... pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar....bergetar hati ini apabila diperdengarkan akan kisah ini...'ibrah atau pengajaran yang dapat kita ambil ialah 'jadilah diri kita seperti BUAH (tak kesah la buah apa-apa pun)...walaupun dilemparkan dengan batu, buah yang manis dibalasnya'...

Thursday, January 21, 2010

fastabiqul khairat







Habib Umar bin Salim bin Hafiz



Ust Zulkifli Ismail(mudir pondok) sedang memberi ucapan


Dalam 2 minggu terakhir ni, saYe mendapat 4 berita kematian yang ada kaitan dengan saYe secara langsung atau sebaliknya...yang pertama kematian mengejut 'dua pupu' saYe due to APO (acute pulm oedema)..arwah berumur 12 tahun, saYe hanya mampu memeluk erat bapanya dan mengucapkan takziah kepada ibunya ketika berada di hospital...manakan tidak,arwah merupakan anak sulung mereka...berita sayu kedua pada sabtu lepas, junior saYe di MMMC, Ganesha aka G maut dalam nahas kemalangan jalan raya, mendiang berusia 23 tahun...sehari selepas itu seorang lagi ahli keluarga saYe meninggal pada usia 72 tahun...sebak bila wakil penduduk kampung menyatakan "kita kehilangan seorang jemaah masjid yang tak lekang ke masjid dari subuh sampai ke isya'...rumah dan masjid sahaja tempat arwah habiskan usianya"...dan yang terakhir sepupu kepada Khairina Adliah aka Kay meninggal due to respiratory distress dalam usia 10 bulan....Allahu Akbar!!!....saYe hanya dapat membuat kesimpulan mudah lantas menulis dalam shotout Facebook saYe 'daripada Tuhan kita datang, kepada Tuhan kita pulang, MATI itu sebaik-baik peringatan'...mati tak mengenal usia, buktinya seperti yang saYe nyatakan tadi...kita TIDAK TAHU bila, di mana dan bagaimana kita akan dicabut nyawa oleh Yang Berkhidmat 'Izra'il A.S...yelah...ikut hukum adat orang-orang pencen disinonimkan dengan kematian tetapi actually speaking it is not so...berapa lama sangatlah kita dapat beristirehat di 'resort' Tuhan ini kan...Rasulullah SAW sendiri dah nyatakan umat baginda 'jalan' dalam usia 60-70 tahun....kalau umur saYe sekarang 25 tahun, saYe ade kurang lebih 35 tahun lagi je!!!! itu pun kalau sampai!!! ronggenglah tapi jangan sampai terlalu leka dengan 'nikmat' dunia ini...HARUS berlumba-lumba melakukan kebaikan...FASTABIQUL KHAIRAT!!!!!...itulah intipati kandungan ceramah di Pondok Baitul Qurra' wal 'Ilmi pada 12/1 yang lalu sempena kedatangan al-Hafiz al-Musnid Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz...beliau merupakan ulama Hadramaut Yaman keturunan Rasulullah SAW melalui salasilah Saidina Hussain bin Ali bin Abi Talib....beliau mempunyai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman. Beliau pernah tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33.....Alhamdulillah kami pergi ke Sg Udang dengan 4 buah kereta....antara dialog-dialog yang saYe jumpa dalam komen di fb selepas pergi ke majlis ini "kebahagiaan yg tak terlafaz dgn kata-kata" "first time air mata jatuh tanpa perlu dipush"....sahabat saYe Abas estimate 1200 hadir pada malam tu...saYe cukup tersentuh dengan kupasan sebuah hadith riwayat Tabrani yang mana seorang sahabat yang bernama Zaid R.A mengambil masa 9 hari perjalanan untuk datang berjumpa Nabi untuk menanyakan satu soalan sahaja iaitu bagaimanakah untuk menjadi orang yang dihendaki dan dicari oleh Allah dengan kehendak yang baik...maka Nabi menjawab dengan menanyakan soalan bagaimanakah keadaan beliau ketika itu..maka beliau menjawab "Aku suka & senang pada kebaikan..aku suka & senang untuk melakukan kebaikan...aku suka & senang orang-orang yang melakukan kebaikan...aku SEDIH jika terlepas untuk melakukan kebaikan"...seraya itu Nabi mengatakan itulah tanda-tanda orang yang dikehendaki dan dicari Allah dengan kehendak yang baik....sama-samalah kita berazam untuk melakukan kebaikan dengan apa cara sekalipun sepanjang hidup kita...FASTABIQUL KHAIRAT!!!!

Tuesday, December 29, 2009

eiii...! rimasla

saYe memberanikan diri untuk bercerita tentang AURAT kali ini...saYe sedar topik ini bukanlah topik favourite tetapi saYe tak sanggup lagi untuk hipokrit pada diri sendiri...cukuplah medan ini menjadi bukti padaNya bahawa saYe pernah cuba untuk tolong kawan-kawan saYe dan yang lain-lain jugak untuk memahami peri pentingnya kita semua menjaga AURAT....dalam monthly assembly kat Dato' Pathmanaban Hall takde cerita akan hal ni, dalam ruangan tazkirah bersama Prof Izi Hj Ali kat radio HotFM saYe kurang pasti walaupun saluran tersebut menjadi idaman di hati....sebelum saYe membuka langkah yang seterusnya, saYe pohon maaf andai ada yang tersinggung ataupun cuba untuk bersikap agitated behaviour pada saYe, anggaplah tulisan ini seperti pertandingan gores & menang yang mana hadiah utamanya merupakan percutian di SYURGA buat selama-lamanya...Amin...baiklah kita mulakan dengan menjengah perintah kewajipan menutup AURAT yang dinukilkan dalam Surah An-Nur kepada kaum Adam dahulu "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang LELAKI yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan (ayat 30) " kemudian disambung kepada kaum Hawa "Dan katakanlah kepada orang PEREMPUAN yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup dada dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka (ayat 31) "....ok, let us to be more practical rather than discussing the theory part...isu pertama adalah "tak sampai seru lagi nak pakai tudung, nanti tunggulah umur 40 tahun baru pakai"....isu ini merupakan isu paling hangat...mana tak nya, si dia hanya mahu pakai tudung (baca: tutup aurat dengan sempurna) dengan kerelaan hatinya, bukan paksaan dari sesiapa...jawapan saYe berupa bentuk soalan "agak-agaknya lah kan, Malaikat Izrail nak tunggu kita tutup AURAT dulu baru cabut nyawa kita ke atau bila dah sampai 'time' jalan, Izrail terus jalankan tugasnya?"...ingatlah wahai teman, ajal maut kita tak kan cepat atau lambat sesaat pun!!!!...isu yang kedua pakaian yang jarang (tudung,baju,blouse etc)....saYe tidak pasti lah, boleh jadi saudari-saudari boleh tolong verify and clarify kan doubt saYe ni...ade orang pakai tudung tapi tudungnya lutsinar, bole nampak lehernya malah necklace nya, ade orang pakai tudung tapi 'pakai baju adiknya'...ade orang pakai tudung tapi kainnya terbelah situ sana sini...pokoknya sekarang pengetahuan tentang AURAT itu yang perlu dititik beratkan...nak laksanakan kewajipan perlu ada ilmu..tanya lah pada yang tahu...contohnya, prinsip yang paling asas yang ramai terlepas pandang, tudung sepatutnya bawah dada supaya 'apa yang ada di situ' terlindung dari pandangan bukan mahram, Islam bagi arahan sebegitu kerana Islam nak jaga perempuan supaya tidak terlalu bebas nanti terbabas...isu yang ketiga pula "bertudung tapi buat jahat,tak bertudung tapi baik"...huh, puas nak cari jawapan pada persoalan KBKK ni....SaYe pasti satu perkara, tudung yang dipakai tentunya bukan sesuatu yang menggalakkan mereka berkelakuan tidak senonoh. Samada bertudung atau tidak, kalau sudah dikuasai nafsu maka terjerumuslah ia. Maka tidak sepatutnya tudung dipersalahkan!!!!....kalau kita pergi ke pasar malam kat flat Seri Siantan setiap hari Isnin nak beli buah-buahan, buah yang bagaimanakah kita akan pilih? yang baik diluar tetapi isinya busuk di dalam, yang buruk di luar tetapi isinya manis di dalam atau yang kulitnya cantik diluar dan isinya manis di dalam? (jawab jangan tak jawab)....mesti lah cantik di luar dan manis di dalam bukan? maka saYe nak kempan kepada yang bertudung agar menjaga kehormatan, jangan menjadi seperti buah yang cantik kulitnya tetapi busuk isinya (iliacus...) manakala teman-teman yang masih belum bertudung tetapi baik budi pekerti, jom lah menjadi buah yang manis isi dalamnya dan cantik kulit luarnya, cantik dengan bertudung :p sebagai akhirnya, saYe syorkan kepada yang dah bertudung tu, berfesyen lah sikit...hehehe...suka hati lah nak guna tudung Waheeda, Wardina, Ekin etc....so that dapat menarik perhatian yang 'belum tu'.....Happy New Year 1431H & 2010M :)

Thursday, December 3, 2009

Cinta Adam & Hawa


Baru-baru ni,lagu Cinta Adam & Hawa yang dinyanyikan oleh penyanyi kelahiran Kelantan Misha Omar layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL)...tidak syak lagi lagu ni memang ada'aura' tersendiri...siapa tahu tahun ni Misha sekali lagi menjadi favourite untuk merangkul gelaran lagu terbaik sekali lagi selepas pernah menjuarainya dengan lagu Bunga-Bunga Cinta beberapa tahun yang lepas.....tu hanya mukaddimah sahaja,tiada kaitan sama sekali dengan apa yang nak saYe coretkan sekarang,kalau ada pun kebetulan tajuk lagu Misha dan tajuk entry kali ni mempunyai persamaan...sekitar 1-2 tahun terakhir ni...semakin 'galak' kawan-kawan 'sepermainan' saYe menaiki pelamin menjadi Raja Sehari, barangkali 'sudah sampai seru' agaknya...setiap kali mendapat jemputan,saYe sedaya mungkin untuk hadir meraikan mempelai..andai tidak dapat hadir pun,saYe sama sekali tidak akan lupa untuk mendoakan mereka supaya bahagia dan dapat melahirkan zuriat keturunan soleh dan solehah serta dapat menegakkan kalimah Tauhid di muka bumi ini insya Allah....kawan-kawan yang sudah dan akan booked pasangan masing-masing melalui proses pertunangan pun boleh tahan ramainya...saYe ucapkan tahniah jugak...walaupun ia belum 'halal' tetapi setidak-tidaknya mereka telah setapak advanced untuk ke arah itu...yang nak dijadikan bahan jenaka di sini apabila ada yang mengusik saYe "lambat sangat la kau rahim,kan dah melepas" "kecewa ke dia dah bertunang" dan bermacam-macam dialog lagi....gelak guling dibuatnya....baiklah,saYe selalu berdoa dalam solat doa yang penting untuk kita amalkan,tak kira lah bujang,anak dara hatta suami isteri sekali pun "Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati) serta jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa" (Al Furquan:74)....fortunate or unfortunately, saYe keciciran menghadiri akad nikah serta reception kedua-dua kaklong dan angah saYe dek sibuk dengan peperiksaan di matrik dan juga blok exam di India dulu...dah beranak-pinak pun mereka....tinggal lah adik bongsu mereka ni....insya Allah masanya akan tiba jua....mak dan abah pun hanya akan memberi green light bila tamat pengajian MBBS...dalam mencari pasangan ni...Islam ajar molek dah kat kita melalui pesanan Nabi "Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah yang memiliki agama nescaya sejahtera hidupnya"....jadi kalau belum sampai masanya, rasanya tak payah nak menggatai untuk bercouple tak tentu hala...fikirkan lah dosa dan pahala, syurga dan neraka, setiap sentuhan tangan kita atas kulit pasangan yang kita ghairahkan itu...ada api yang akan merentungkannya..rentung yang tidak mati, tetapi rentung yang mengekalkan derita dan seksa...Wal'iazubillah!!!....mohon saja pada Allah untuk memberi yang terbaik untuk kita, dan yang lebih penting daripada itu adalah restu ibu bapa nanti...

Thursday, November 19, 2009

Final Year


Hari ini 1 Zulhijjah,tidak berapa lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Qurban dan 10 hari yang berikut ini, kita sangat-sangat dituntut untuk mendouble-triplekan amalan kita....di kala jemaah haji di Tanah Suci sedang menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu, kita pula di tanah air seharusnya merasakan aura mereka di sana...dalam bahasa mudahnya kita juga disarankan supaya memuliakan bulan ini sama seperti kita memuliakan saiyyidus-shahr Ramadan Al-Mubarak....Allah bertitah pada Surah Al-Fajr ayat yang pertama bermaksud "Demi waktu fajar dan HARI HARI YANG SEPULUH ITU"...Nabi SAW pula dalam satu mafhum hadith riwayat Al Bazzar menyebut "sebaik-baik hari di dunia adalah hari sepuluh itu" dan dalam mafhum yang lain riwayat Bukhari Nabi SAW mencucuk-cucuk umatnya lagi supaya menggandakan amalan "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini".....saYe syorkan diri sendiri dan anda di sana paling kurang pun jangan tinggalkan 3 perkara ini iaitu pertama banyakkan tasbih,tahmid dan takbir, kedua berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) dan yang terakhir banyakkan berdoa pada Hari Arafah tersebut (saYe dan anda banyak HAJAT kan?:>)....Alhamdulillah,Allah telah mengatur saYe dan kawan-kawan yang lain untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar tahun akhir MBBS...that means we only have around 36 weeks to complete the course....cumanya niat kita untuk menuntut ilmu hendaklah sentiasa diperbaharui...apa ada pada title dokter tu kalau sekadar mahu menunjuk-nunjuk...abah dan mak selalu peringatkan anak bongsu mereka supaya jadi doktor untuk tolong orang susah!!!....dalam konteks nasihat mak ayah ni, saYe tertarik nasihat ayah Nik Nur Madihah Bt Nik Mohd Kamal, Pelajar Terbaik SPM 2008 "jangan bercita-cita nak jadi doktor,peguam,jurutera dan sebagainya...Itu adalah cita-cita nak makan gaji..Tapi tanamlah azam untuk jadi orang cerdik...Kalau kita cerdik iA kerja akan datang sendiri pada kita".....hope for the best..ameen
p/s 1 : Tahniah pada bonda Hjh Mariyam Mohamad selepas dinaikkan pangkat menjadi Matron...
p/s 2 : Tahniah pada angah Lokman dan Kak Nora selepas menimang cahaya mata yang kedua

Monday, October 12, 2009

Jagalah Lidah


Bila menceritakan perihal lidah dalam konteks anatomikal, ia merupakan gabungan otot-otot yang punya peranan tersendiri....peranan utamanya adalah terlibat dalam pembentukan perkataan semasa konversasi atau pertuturan (forming words during speaking) di samping fungsi-fungsi lain yang tidak kurang pentingnya iaitu berkenaan dengan proses kunyah mengunyah (mastication), deria rasa atau taste sensation yang 5 itu manis,masam, masin, pahit dan umami....Andaikata kita tidak punya lidah bagaimana ya?Acap kali kita mendengar peribahasa "sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa" yang mana ia merujuk kepada seseorang supaya "jangan mulut laser"....hahaha....jangan katakan anda di sana...diri ini yang sedang asyik menaip ni pun sama 2x5 tapi bak kata Nabil Raja Lawak lu pikir la sendiri...Luqmanul Hakim yang berkulit hitam itu bila ditanya orang anggota badan yang manakah yang paling baik dan yang paling buruk, maka jawab beliau LIDAH...ya benar,lidah inilah yang bakal menjamin kita ke syurga dan lidah ini jugalah yang akan 'memudahkan' kita ke lubang neraka...Wal'iyazubillah....Pernah seorang 'alim berpesan "Jika kamu tidak mahu berbuat baik sekalipun sekurang-kurangnya berilah kerehatan kepada Raqib dan 'Atid di kanan dan kiri kamu"....Kalau kita mahu untung,berkatalah yang baik-baik,berkatalah benar tetapi jika sudah merasakan sudah cukup minimum requirement untuk ke syurga Allah,maka diamlah....untung tidak rugi pun tidak....Rugi yang dimaksudkan di sini apabila kita 'mengundang matawang dosa' ke dalam akaun kita....3 perkara yang memporak-perandakana keadaan...Fitnah, Ghibah (mengumpat) dan Namimah (mengadu domba)...yang dinamakan fitnah bila kita menceritakan sesuatu YANG TIDAK BENAR...mengumpat atau dalam bahasa jawa dipanggil bergonjeng pula bila kita menceritakan sesuatu YANG BENAR tetapi tidak disukai oleh individu berkenaan...adu domba pula dalam bahasa mudahnya batu api atau melaga-lagakan antara 2 pihak...sama ada sedar atau tidak,ketiga-tiganya tergolong dalam KABA'IR(dosa-dosa besar)....
p/s 1:13oct-13 nov berada di Negeri Di Bawah Bayu untuk elective posting di Queen's Elizabeth Hospital,Kota Kinabalu...Allah mudahkan
p/s 2:Tahniah kepada bonda Puan Hajjah (Sister) Mariyam Mohamed yang dianugerahkan pingat P.J.K daripada TYT Negeri Melaka

Friday, September 4, 2009

Ramadan Menggamit Memori

di Jabal Rahmah(pertemuan Adam dan Hawa)


bersama Sheikh Muhammad Syarif


Pejam celik pejam celik,macam tak perasan hari ni hari ke -14 kita "menahan diri daripada lapar dan dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa"...kita berada di fasa "wa au sotuhu maghfirah" iaitu fasa keampunan dosa dan noda....saYe punya kepastian kita semua sedang berebut-rebut untuk mengejar dan mengaut seberapa banyak 'jongkong emas' yang Allah sediakan pada bulan ini,janganlah jadikan Ramadan bulan untuk memboroikan perut..hehehe...tapi kadang-kadang sedih kuasa dua,...adela dua tiga kerat manusia(selamat guna perkataan manusia bukan yang lain,huh...)...(bukan kat Melaka tapi kat 'negeri lain') yang cuba melakukan pencemaran pemandangan apabila mengarak kepala *&#%! dek tidak puas hati atas 'sesuatu isu'....anda boleh ikuti ulasan kawan kita ni di sini, http://hanishahanom.blogspot.com/2009/08/is-it-right-to-protest-with-cows-head_4098.html ....cukup sekadar itu...masuk cerita bukak pose la pulak...Alhamdulillah,setiap hari dapat berbuka di Masjid Kampung Hulu...masjid ni merupakan antara masjid tertua di Malaysia...program berbuka puasa selama sebulan ni ditaja oleh hamba-hamba Allah yang murah hati,saYe yakin sangat-sangat mereka ni semua telah ditarbiyah dengan sepotong mafhum hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dari Salman Al-Farisi,sabda Nabi "Barangsia yang memberikan jamuan berbuka kepada orang yang berpuasa padanya (di dalam bulan Ramadan) maka diampunkan dosa-dosanya serta dibebaskan batang lehernya dari api neraka"....kalau lauk yang agak mewah skit ramai la orang datang tapi kalau lauk tu biase-biase je kureng skit jumlah yang datang,ada satu hari tu lauk itik masak kari,errr...not bad...ok,ni baru nak masuk entry proper,tadi tu mukaddimah je...Ramadan bagi saYe punya pengalaman,memori dan kenangan yang tak mungkin saYe lupakan...jom kita cuba senaraikan:
  1. Sejak 10 tahun yang lepas,di Melaka ni ada Imam dari Mekah datang untuk memimpin solat terawih dan qiyamullail...tahun pertama memang khatam satu Quran terawih di Masjid Al-Azim,tapi tahun-tahun berikutnya disebabkan orang komplen,diorg dah baca pendek je dan sekarang sorang Imam je yang datang dan round masjid-masjid di Melaka ni untuk terawih tapi 15 malam yang terakhir memang akan ada qiyamullail jam 1-3 pagi di Al-Azim (jom pakat-pakat datang)...saYe agak rapat dengan Imam Mekah ni namanye Sheikh Muhammad Syarif,tahun pertama kedatangannya,saYe cam jadi PA dia pulak,mana taknye..ikut dia pegi shopping lah,pastu kena jadi translator masa dia bagi tazkirah Subuh,pastu pada malam 27 Ramadan tu,dia tertinggal kertas doa khatam Quran yang akan dibaca pada terawih tersebut,dia terus bisik kat saYe suruh pegi amik kat bilik Hotel Strait Meridian..huh..keje gila betul ni...terus saYe berlari menuju ke hotel....nak dijadikan cerite...receptionist kat hotel tu tak pecaye kat saYe..aarrgghhh...orang lagi nak cepat ni...nego punye nego akhirnye die bagi jugak kunci bilik si Imam Mekah ni....
  2. Masa bulan Ramadan b4 join manipal ni,memang saYe punya masa yang terlebih-lebih,jadinya boleh la terawih 23 dan sambung tadarus sekali...cam terasa budak sangat sebab orang lain semua orang-orang pencen..huhu...ada la satu tahun tu,Radio Melaka FM nak buat siaran langsung tadarus Al-Quran buat julung kalinya...Imam Besar ketika itu Ust Yusof Musa Al-Hafiz yang juga guru tahfiz saYe memilih saYe untuk join la...alahai,bacaan saYe tak lah hebat bangat,biase-biase je tapi takpela dah orang nak bagi kita peluang bersiaran secara live...ketar-ketar jugak masa baca tu...huhuhu.....
  3. Bila masuk bulan Ramadan,teringat Ramadan di Tanah Suci...dah 5 tahun tak dapat nak datang semula ke sana....umat Islam tanpa mengira warna kulit pangkat sama-sama berkumpul tawaf dan saie bersama-sama,bila solat sebelah menyebelah,saYe tak kan lepaskan peluang bertaaruf dan bertukar-tukar pendapat...pernah berbual ngan orang Palestin,Yaman,Jordan,Turki dan lain-lain....hah...bulan pose ni jugak ramai menteri,selebriti yang pegi jugak....pernah terserempak ngan Yusof Haslam,Zahid Hamidi(Menteri Pertahanan),Ust Taib Azamudin(MP Baling),Datuk Abu Bakar Sujak(bekas Timb MB Selangor)....oh ya...kebiasaanya di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi,akan disediakan juadah kurma,yogurt dan manisan untuk berbuka sponsored by orang-orang kaya,satu perkara yang menarik,dari luar masjid lagi akan ada 'staf-staf' mereka yang akan tarik kita supaya duduk di kawasan juadah bos mereka...masa mula-mula tak tau tu kaget jugak apehal diorang tarik menarik ni...camtu sekali nak merebut pahala kan....satu lagi cerite...saYe memang admire ngan 2 Imam Masjidil Haram iaitu Sheikh Abd Rahman Sudais dan Sheikh Sa'ud Shuraim...biasanya imam-imam ni akan dikawal oleh polis,tapi saYe time tu nekad nak bersalaman ngan 2 hero ni...alhamdulillah,walaupun cuba ditepis oleh polis-polis tu,saYe berjaya jugak..huhuhu

p/s:satu hari tu steven and the geng bertanyakan soalan sama ada batalkah puasa patient yang ade IV cannula or injection,pliz correct me if i'm wrong,if i'm not mistaken,suntikan or even blood tranfusion tidak membatalkan puasa kerana ia tidak dikira sebagai rongga yang terbuka,even kita masukkan ubat kat mata pun tidak membatalkan puasa,wallahu a'lam


Friday, August 21, 2009

Di Ambang Ramadan



Bersyukurlah,Jangan jadi orang yang kufur!!!Bersyukurlah atas nikmat RAMADAN yang Allah kurniakan pada hamba-hambanNya...Allah beri peluang untuk ke sekian kalinya bertemu penghulu segala bulan ini...satu bulan yang di awalnya dipenuhi rahmat,di pertengahannya dijanjikan keampunan dan di akhirnya diberikan pembebasan dari api neraka...kalau tidak direbut 'hadiah Bonanza' ini bukanlah salah Sang Pencipta,tetapi salah hambaNya yang tidak ambil peduli...Amirul Mukminin Umar Al-Khattab ketika berada di ambang Ramadan berulang-ulang kali menuturkan "Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan" sehinggakan khadam beliau berkata seandainya manusia tidak mengetahui Ramadan itu nama bagi satu bulan nescaya mereka akan menyangka Umar sedang menunggu seorang lelaki yang bernama Ramadan...seingat saYe,kita perlu memperbanykkan 4 perkara, 2 daripadanya kalau kita lakukan akan mendapat Redha Allah dan 2 perkara lagi itu memang kita sangat-sangat berhajat kepadanya,maka perbanyakkanlah mengucapkan "Asyhadu al La ilaha illallah Astaghfirullah Nas alukal Jannah wa Na'u zubika minan Nar" yang bermaksud Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,Aku mohon keampunan kepadamu Ya Allah,kami mohon syurgamu dan jauhkanlah kami dari azab api neraka.....dalam satu hadith sahih Bukhari seorang sahabat Nabi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW naik ke atas mimbar kemudian berkata “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi SAW bersabda “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadan tetapi keluar dari bulan Ramadan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bersalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan ‘Amin’.”...kendonglah pesan Nabi ini selama sebulan agar di akhir Ramadan nanti andai panjang umur kita,dapatlah kita segulung ijazah daripada Universiti Ramadan ini iaitu TAQWA....kata Nabi "At-Taqwa Ha Huna sambil memberi isyarat jari menunjukkan Taqwa itu berada di dalam hati"....Taqwa itu dalam bahasa mudah di istilahkan sebagai sayang apa yang Allah sayang dan beci apa yang Allah benci...

Tuesday, August 11, 2009

H1N1 & Ramadan Kareem











Statistik sehingga entry ini ditulis, angka 'rasmi' kematian akibat H1N1 ialah 38 orang...kalau ikut kiraan Sister Mariyam(mak saYe) di GH Melaka sepatutnya lebih daripada itu dek kerana bila satu-satu pesakit tu meninggal dunia dan mayat dah dibawa pulang, keputusan makmal baru diterima,so kira ke tak tu?itu cerita dari GH Melaka...malam jumaat lepas saYe dengan kudrat yang ada diminta untuk menerangkan kepada jemaah surau DB pasal H1N1 ni,so explain la apa yang termampu,banyak jugak soalan-soalan cepu mas yang perlu dijawab,antaranya "kenapa pengusaha-pengusaha babi tak kene H1N1" "sekarang dah ade vaksin ke" "berapa lama infectivity period untuk H1N1 ni" "nak kene kuarantin berapa lama kalau suspected" dan lain-lain lagi.... untuk setakat ini seperti yang kita tahu vaksin untuk strain ni is still not available maka keluarlah teori-teori pencegahan oleh pakar-pakar kesihatan,banyakkan minum air kosong atau air susu atau air kelapa,proven or not is second thing,at least kita boleh amalkan..lagi apa yea untuk cegah daripada dijangkiti kuman(baca virus) ini?kerap basuh tangan dengan sabun dan dengan teknik yang betul, gunakan mask yang disyorkan iaitu N95 dan surgical mask...lagi?aha (sebut dengan nada Datuk Dr Rajagopal)....amalkanlah doa dalam dua kotak biru di atas...wat habeh boreh je Rasulullah SAW tinggalkan pusaka tu kalau umat baginda sendiri tak nak baca....zikir tu sebahagian daripada zikir pagi petang Rasulullah,ala semua mesti dah selalu baca kan,takpela sekadar ingatan,sekurang-kurangnya kita baca kali ni dengan hayati maknanya sekali,baru la masyuk!!!!....oh yea,kurang lebih 10 hari lagi nak puasa,kalau orang yang kaki ibadat dah tersenyum girang menunggu-nunggu bulan Ramadan ni,hopefully kita pon cam tu jugak la eh..ameen...cumanya kita pastikan lah Ramadan tahun ni much much better than tahun lepas....rasenya amalan yang patut kita top up ialah qiyamullail bersolat sunat tahajjud etc...Tok Guru Nik Aziz penah sebut "Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”...cantek kiasan dan sindiran Tok Guru...bagi saYe la,tak perlu solat sampai 12 rakaat pastu malam berikutnya kantoi,better tiap-tiap malam kita konsisten solat 2 rakaat je...tepuk dada tanyalah hati anda!!!!
((كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ))(( Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak memperolehi apa-apa melainkan berjaga sahaja)). Riwayat Imam Ahmad

p/s:khamis malam jumaat ni 13/8 selepas solat isya' akan diadakan solat hajat sempena xm p2s1&2 di surau DB dan akan diimamkan oleh Al-Fadhil Ust Abd Rahim Khalik Al-hafiz...everyone is invited...fud oso provided...