Monday, June 22, 2009

Macam-macam

cukuplah ALLAH sebagai Penolong
  1. Bila berbicara tentang UKHWAH, pasti tidak boleh tidak ia mestilah dirasai pahit manisnya, bukan sekadar teori semata-mata...Alhamdulillah, berada di bumi manipal ini tidak kurang juga memorinya, tetapi saYe lebih mahu memfokuskan ukhwah yang terbina atas dasar ukhwah fillah di 'Gate of Garden of Knowlege & Virtue' iaitu di Pusat Matrikulasi IIUM..selama 2 tahun di sana, saYe bagaikan seperti pelajar yang mengambil jurusan ukhwah...saYe berkawan tidak mengikut asal usul kenegerian,bukan juga kerana si fulan berserban atau bertudung labuh, saYe berkawan dengan semuanya, ada yang jenis bergosip sepanjang masa,ada pula yang bibirnya tidak lekang dengan ayat-ayat suci Al-Quran,tidak kurang juga yang menghadap buku pelajaran '25 jam' sehari!!...tetapi sesuatu yang pelik tapi benar,mereka semua bagaikan adik beradik saYe!!sungguh!!...dipendekkan cerita..saYe belajar erti 'kehidupan' di sana..setidak-tidaknya sebagai bekalan 5 tahun di bumi manipal ini...Pertemuan dengan Akh Badri,Akh Azreen serta zaujahnya Kak Ac minggu lepas di majlis walimah Dr Rif'an Abd Rahim menceritakan segala-galanya...saYe geli hati seorang diri bila Badri menanyakan soalan "nta dari Darul Quran kan?"...nak saje saYe menjawab "Ya,saYe pelajar pseudoDarul Quran"...iA jika diizinkanNya,saye berpeluang bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain di walimah Akh Al-Athiq(medic Jordan),walimah Ukt Mawarni(UDM) dan walimah Syifa' & Nasrul..ameen (p/s:seronok jumpa sahabat-sahabat lama!!!)
  2. Ahad (21/6) lepas Hari Bapa??...pura-pura saYe buat-buat tak tahu...seperti yang saYe maklumkan dalam entry terdahulu,saYe tidak akan wish hari kononnya spesial tu...setiap hari adalah Hari Abah saYe...Alhamdulillah dah 64 tahun umur abah..still nak kerja lagi nak menyara keluarga(tahun ni abah tak boleh tidak kene retire ok?!!)...awal bulan ni,abah selamat menjalani pembedahan 'laparoscopic cholecystectomy' (membuang hempedu) di bawah pakar bedah Hospital Putra Datuk A. Senasi...the more interesting part was Prof MV Kumar was assisting the surgery...Thanx Prof!!Also a bunch of thnx to those visiting my dad even i was not around that night sending Dr Ahmad Sayeed's wife and son to KLIA....abah keep telling me he still has a feel of phobia...it's done dad!!!...ingatkan kotla nak berehat di rumah,hampeh betul...minggu ni,abah dan mak terbang makan angin ke Jakarta & Bandung...if I were given a chance to follow them!!!!
  3. Sisters in Islam (SIS)...pernah dengar tak??sape tak penah dengar angkat tangan,saYe nak belanja die makan tengah hari!!!ringkas je saYe nak cakap kat sini...NGO ini disokong kuat oleh anak-anak 2 bekas PM kita(teka la,sape jawab betul belanja makan malam pulak)...ada yang mencadangkan nama SIS ditukar kerana pendirian NGO ini tidak selaras dengan namanya sendiri..antara cadangan nama yang baru seperti Sisters in Malaysia(SIM-macam sim kad pulak dah),Ikatan Wanita Kosmopolitan(IWK-macam Indah Water Konsortium la pulak)....bila suruh diharamkan,ada yang melenting kerana menyekat kebebasan bersuara(kononnya)...satu contoh kat sini....satu masa dulu seorang ulama dari Australia bernama Syeikh Tajuddin Al-Hilali menegur orang-orang perempuan yang tidak menutup aurat,maka 'bersilatlah' pengarah eksekutifnya bernama Zainah Anwar dengan berkata "and you know that guy is stupid"-rujuk http://www.international.ucla.edu/article.asp?parentid=80243 (die bekeng sangat sebab die sendiri pon tak pakai tudung)...pendirian mereka tentang faraidh dan poligami juga agak 'haru-biru' sikit....fenin dibuatnya
  4. Bila berada di Medicine posting ni,tersangatla common berjumpa dengan pesakit-pesakit buah pinggang kronik (Chronic Renal Failure)...ade yang masuk hospital untuk jalani rawatan hemodialysis,ada pula yang baru nak buat nak buat AV Fistula (buat 'tapak')...tapi saYe keep asking myself supaya mereka semua masih dapat menjalani ibadah solat khususnya seperti biasa walaupun keluar masuk hospital...sebagai panduan bersama saYe attachkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan..."Hukum sembahyang jamak kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah HARUS"....
  5. Quote of the day: Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri."

Sunday, June 14, 2009

Fathi Yakan (1933-2009)


Setiap yang hidup pasti akan mati...itulah sunnatullah yang telah ditetapkan,mana mungkin yang hidup tidak akan menemui kematian,maka jangan lupa 'tarikh' kematian kita!!!....Tanggal 13 Jun 2009 telah ditakdirkan pemergian seorang tokoh agung dalam dunia Islam iaitu Syeikh Dr Fathi Yakan...beliau meninggal dunia pada usia 76 tahun.Jasa beliau sangat besar dalam kancah harakah Islamiyyah..berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam..antara buku karangan beliau yang tersohor adalah 'Apa Erti Saya Menganut Islam' atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni' yang menjadi kitab rujukan usrah-usrah seantero dunia tidak terkecuali di Malaysia juga,maka jangan berbohong jika sistem usrah anda tidak menggunakan 'silibus' ini!!!...beliau menjadi contoh terbaik seorang ulama yang tidak terkecuali bergiat aktif dalam politik Lubnan apabila pernah memenangi kerusi Parlimen sedikit masa lalu...ini menjadikan hujjah kepada kita bahawa ulama perlu punya pendirian tegas dalam isu kenegaraan,bukan hanya tahu mengatakan hukum Islam yang lima(wajib,sunat,mubah,makruh,haram) itu sahaja...jadilah ulama yang 'tidak tidur atas timbunan duit' dek dikunci rapi dengan habuan dunia semata-mata!!!..sekitar 30 tahun yang lalu,beliau bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Almarhum Dato' Fadzil Nor,beliau mengingatkan akan penyakit 'ghurur' iaitu keangkuhan ahli gerakan Islam akibat kedangkalan ilmu dan miskin sifat tawadduk...subhanallah..marilah kita jangan asyik pandang ke langit sahaja,jenguk-jenguk lah yang di bawah itu..Allahumma ameen...moga Almarhum digolongkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa....AL-FATIHAH