Itulah tajuk yang terbaik dapat saYe berikan....sengaja saYe letakkn title "Hj" di situ untuk menggambarkan betapa inilah penyakit pak haji,pak lebai,org2 masjid dan sewaktu dengannya...saYe berikan contoh la eh,dlm bulan Ramadan,Hj Labu bukan saje mempertahankan solat terawih yang dilakukan sebanyak 20rakaat MALAH mencemuh Hj Labi kerana hanya solat terawih 8rakaat...ape lagi Hj Labi pon naik angin dan melakukan perkara yang sama la,Hj Labi cakap Nabi buat 8rakaat sahaja DAN menyalahkan Hj Labu memandai-mandai menambah sehingga 20rakaat...kasihan,1000 kali sayang,Allah dah berikan hidayah kepada mereka untuk berbuat amal,tetapi kerana MUNGKIN mereka berdua belum nampak the beauty of Islam lalu menyebabkan terjadinya insiden sedemikian....banyak lagi contoh2 yang boleh kita fikir2kan....tapi satu lagi contoh yang saYe nak bawa di sini mengenai selawat di atas...saYe introduce selawat di atas dalam Saturday Circle(synonymous usrah setelah diberi nafas baru)..alhamdulillah,dapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan student2 manipal dan saYe telah amanahkan kepimpinan sedia ada untuk meneruskannya setelah saYe pulang ke Melaka,sehinggalah baru-baru ini,adinda Zack,Presiden IYA(Islamic Youth Association) menelefon saYe melalui Skype(hehehe..maklumla nak saving),dia mengatakan adela sorang hamba Allah ni(Kasim bukan nama sebenar) mula mempertikaikan selawat tersebut....saYe ketawa terdekah-dekah...rupa2nya ade Hj Labu di Manipal sekarang....okla fine,atas dasar inilah saYe perlu jelaskan supaya penyakit ini tidak melakukan distant metatasis kepada orang lain....selawat itu saYe ambil daripada satu kitab yang bernama Maulid Dibaie' yang mempunyai 140muka surat yang dikarang oleh Syeikh Abd Rahman Ad-Dibaie',kebanyakan selawat yang terkandung dalam kitab ini telah dijadikan lagu-lagu nasyid kontemporari seperti Tola'al Badru 'Alaina,Ya Rabbibil Mustafa etc,ianya dibaca dan diratib dengan meluas di Malaysia especially di Melaka(Masjid Al-Azim,Masjid Kg Hulu,Masjid Kg Keling,Masjid Tengkera,Masjid Selat Melaka dan lain-lagi)dan juga di Asia Tenggara particularly Singapura dan Indonesia...so to summarise here..personally,kite janganlah berkelahi pada perkara2 yang tidak perlu,kalau Hj Labu nak beramal,silakan tetapi JANGAN sesekali menudung jari,menyalahkan apetah lagi menuduh Hj Labi salah dalam amalannya,ia hanya akan melemahkan umat Islam...benarlah kata-kata Rasulullah SAW...baginda mengatakan akan ada satu zaman umat Islam seperti buih-buih di lautan sahaja....wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment