Monday, December 29, 2008

Bon Annu


Tirai 1429H telah pun dilabuhkan menandakan bermulanya tahun baru 1430H...apa signifikannya kalau ia disambut dengan mandian darah ratusan penduduk Palestin angkara rejim Zionis laknatullah...itu cerita saudara-saudara seAGAMA kita nun jauh di sana...apa pula cerita 'menarik' di tanah air kita ni?ohh...ada yang mahu menjadi 'Pendekar Mustar' dengan mewujudkan blog yang menghina insan agung Muhammad SAW,barangkali si pendekar ini terlupa ataupun seperti judul lagu kumpulan Matta iaitu tidak ke'tahuan' akan seksaan yang amat dahsyat kepada sesiapa yang memperlekehkan baginda,saye tidak kisah sangat si pendekar ini sama ada dia bernama Mutusamy,Ricardo or even namenye Muhammad...tapi kepada sesiapa yang mengenali si pendekar itu,tolong belikannye sebuah buku yang berjudul Bustanuul 'Arifin karangan Imam Nawawi,tak mahal mana pun,lebih kurang RM1o camtu,pastu suruh si pendekar itu baca bukti-bukti orang-orang yang 'sekaum' dengannye....
  • sebuah mafhum hadith yang menyebut "para malaikat akan merendahkan sayapnya" lalu ade seorang yang cuba mempermainkan phrase tu dengan berkata "Aku nak letak paku kat bawah kasut aku nanti supaya malaikat tak boleh terbang lagi"....Allah balas ke'hero'annye itu apabila orang itu menjadi PARALYSED
  • sebuah lagi mafhum hadith "sesungguhnya bilamana engkau bangun tidur jangan terus masukkan tanganmu ke dalam bekas air"..seorang lagi sepupu sepapat si pendekar tu kot,die cam nak test jugak 'kebenaran' hadith ni,Allah tunjukkan balasan dengan memasukkan tangannya ke dalam lubang dubur sedalam 1 hasta!(wat PR pun tak sampai camtu...huhuhu)

saYe menyerulah kepada diri saYe dan para pembaca yang budiman bersempena sambutan Maal Hijrah 1430H ini,kite singkap kembali jerih payah Rasulullah nak sebarluaskan Islam,kite just dituntut supaya appreciate usaha baginda itu!!!!senangkan?....malam semalam jugak diadakan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Masjid Al-Azim,banyak anugerah tokoh-tokoh yang diberi mengikut kategori masing-masing,saYe hanya tertarik pada 3 kategori je iatu kategori tokoh penjawat awam(Mr Safian,HOD Surgery Hospital Melaka...p/s:'Mr' adalah gelaran kepada pakar-pakar perubatan),kategori tokoh saudara baru(beliau seorang berbangsa cina memeluk Islam pada tahun 1996 tetapi beliau telah berjaya mengISLAMkan 25 orang saudara baru,hebat bukan??!!!) dan yang terakhir kategori tokoh insan istimewa(OKU)....tahniah jugak kepada SS Datuk Seri Harussani Zakaria(Mufti Perak) yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan...yang macam inilah saYe katakan appreciate jasa Rasulullah SAW....jangan tanya apa Islam telah beri kepada kita,sebaliknya tanya apa yang kita dah beri kepada Islam...so apa azam tahun baru??memetik soalan-soalan dari seorang sahabat saYe di blog beliau:KERJA GEMPAK DENGAN GAJI YANG GEMPAK?DAPAT PAKAI KERETA BESAR?DAPAT ISTERI YANG CANTIK MACAM...err...sape ye?DAPAT BELI RUMAH BANGLO ATAS BUKIT?...Sekarang orang dah tak nak rasanya.Tanah runtuh beb!DAPAT JADI JUTAWAN?...akhir kalam,nak kempen puasa pada bulan Muharram,"Seafdhal-afdhal puasa selepas Ramadan ialah puasa pada bulan Muharram"(al-hadith),di awal Islam,umat Islam diwajibkan berpuasa pada hari 'Asyura(10 Muharram) sebelum puasa Ramadan difardhukan....antara hikmah terbesar ialah pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada kaum Bani Israil lalu baginda berpuasa tanda bersyukur...maka orang Yahudi pun 'mengamalkan sunnah' ini...jadi kita semua diajar untuk membezakan puasa kita dan puasa orang Yahudi...mengikut urutannya,paling afdhal puasa 9,10,11 Muharram @ 9,10 Muharram @ 10,11 Muharram @ puasa je la 10 Muharram....

Bon Annu!!! (dalam bahasa Portugis bermaksud Selamat Tahun Baru)...A new year,a new start,a new beginning....may the blessings of Allah fill our life with hepiness & open ALL doors of success...ameen


No comments: