Thursday, January 15, 2009
Saya pilih Helikopter Apatchie!!
Semenjak dua menjak ni,cuaca di sekitar Melaka ni agak tidak menentu,saYe katakan begitu bukan kerana hujan lebat atau ribut petir,tetapi kerana angin yang sangat kencang yang seingat saYe tidak pernah berlaku sebelum ini,sebelah malamnya pula tersangatlah sejukkkk sehingga saYe menyapa seorang kawan saYe "uish,kite sekarang kat oversea ni"...hmmmm,barangkali Allah Pemilik Alam ini nak memberi 'buah tangan' pada umat di muka bumi ini supaya jangan sekali-kali lupa dan lalai!!!MAUT tidak mengenal masa dan ketika,MAUT juga tidak mengenal umur,pangkat dan paras rupa...Kita semua pun tak tau mekanisma kematian masing-masing,baru seminggu dua ni,saYe mendapat berita dua kematian,seorang pakcik 'kaki masjid' meninggal di dalam bilik air ketika bersiap-siap nak pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat,seorang lagi bayi berusia 2 bulan(anak saudara saYe) yang tidak mempunyai bad prenatal,natal and post natal history tiba-tiba keluar buih di mulut serta jari dan bibir kebiruan(cyanosed) pada tengah harinya dan disahkan meninggal pada sebelah petangnya,ada juga yang meninggal dalam runtuhan seperti tragedi di Bukit Antarabangsa baru-baru ini dan ada yang mati syahid berperang melawan musuh seperti di PALESTIN sekarang!!!!Persoalannya batang tubuh kita akan terbujur dalam keadaan yang bagaimana???Allahu Akbar....usah dipandang kiri dan kanan,kita yang menentukannya berdasarkan amalan kita...janganlah sesekali nak mengaku diri sebagai TUAN di dunia ni dan orang lain sebagai hamba atau penumpang,bukankah kita semua tidak terkecuali apa jua bangsa pun yang kita ni hamba kepada Raja segala Raja???Ada pula manusia yang cuba mempermainkan hukum hudud,yang peliknya,orang-orang tersebut memakai 'lencana Islam',bukanlah satu kehairanan kalau yang namanya Sarjit atau Lim yang 'cuba' menentang kerana mereka tidak dapat pemahaman dalam isu ini lantaran kelemahan pemerintah untuk menerangkannya,pelaksanaan sesuatu hukum itu 'bukanlah seprti bermain guli atau congkak',ia memerlukan penelitian dari segenap aspek,tapi ia bukanlah alasan tidak dapat melaksanakannya atau pun alasan masyarakat majmuk,zaman Rasulullah dulu bukan masyarakat majmuk ke??...Subhanallah,moga Allah selamatkan kita semua,Amin...Doakan juga saudara-saudara kita di bumi Palestin,hari ni hari yang ke-19 Zionis Israel terus diserang,aktornya adalah tentera Israel manakala Amerika Syarikat menjadi pelakon pembantu yang sangat licik,meminjam kata-kata TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perbahasan dalam Sidang Parlimen Khas baru-baru ini "Padan dengan rakyat mengutuskan kasut ke atas muka Presiden yang akan berhenti beberapa hari lagi.Kita menyedari bahawa kasut bukan budaya kita tetapi itulah budaya orang kaki lima yang mengajar pemimpin yang tarafnya kaki lima juga"... angka kematian telah melepasi 1000 orang,buatlah apa saja yang kita terdaya dan termampu untuk tolong mereka i.e DOA,DEMO,DERMA...Kita masih ingat bagaimana ucapan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh pada 6 September 2003.Berikut sedutan ucapan As-Syahid :
Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.
Ucapan As-Syahid Dr Abd Aziz Ar-Rantisi(Paediatrician @ pakar kanak-kanak) sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS daripada As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin pula :
“Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie,saya memilih helikopter Apatchie!”
Sabda Nabi SAW:Sesiapa yang tidak mengabil berat urusan ( yang berlaku ke atas ) ummat Islam maka dia bukan di kalangan ummat Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment