Tuesday, March 24, 2009

hEpi BeSdAy Rasulullah SAW


Saban waktu saYe membuat analisis pada diri sendiri adakah kita ni layak digelar UMAT MUHAMMAD SAW....kalau ya apa buktinya???berapa kali sehari kita berselawat ke atas baginda??ke nak tunggu bulan maulid ni (Rabiul Awwal) baru nak menjerit melalak dan berarak memperingati kelahiran baginda?Sayang seribu kali sayang...di kala Malaikat Izra'il nak mencabut nyawa baginda,di kala itulah baginda masih menyebut UMMATI UMMATI UMMATI yang bermaksud umatku umatku umatku...sudah berapa kali kita menitiskan air mata setidak-tidaknya umtuk menghargai jerih payah baginda...thats why saYe kurang setuju untuk menyambut hari-hari pilihan seperti Hari Bapa, Hari Ibu dan yang sewaktu dengannya...personally saYe menganggapnya sebagai merepek dan kelakar...tapi takpela,pendapat masing-masing kan...bagi saYe setiap hari adalah Hari Bapa dan Ibu apatah lagi semulia-mulia makhluk yang mempunyai kuniyah Abu Qasim ini...setidak-tidaknya, dalam kesibukan harian kita ni (esp life as medical student...huhuhu) berilah ruang yang 'istimewa' untuk insan agung ini dalam 24 jam yang kita ada...nak mengaku sebagai umat Muhammad ini ada 2 pra-syarat yang perlu dipenuhi..CINTA+ITTIBA'--->Kalau kita hanya cintakan Rasulullah SAHAJA,cinta kita setaraf dengan uncle baginda iaitu Abu Talib...cinta Abu Talib kepada Nabi SAW tiada siapa yang dapat nafikan tapi cinta Abu Talib tidak disertakan dengan Ittiba' kepada baginda,nilai cinta Abu Talib itu Allah 'kurniakan' kepada beliau dengan seksaan yang paling ringan di Neraka iaitu dengan memakai kasut berAPI yang apabila dipakai akan menggelegak cerebral hemispheres....Kalau kita hanya Ittiba' (ikut Nabi) sahaja pula tanpa semaian cinta dan kasih kepada baginda nescaya kita hanya setaraf dengan Menteri Munafiq iaitu Abdullah bin Ubai,jangan main-main..Abdullah bin Ubai sembahyang di belakang baginda SAW!!...Satu lagi bab yang jika tidak dibicarakan tidak akan lengkap Maulid Nabi SAW iaitu kepentingan mencintai para sahabat Nabi dan orang-orang alim...mari kita ambil contoh setiap satu, seorang sahabat Nabi yang bernama Abdullah bin Zaid yang terkenal kerana mencadangkan kepada baginda mekanisma untuk memanggil umat Islam datang solat berjemaah di masjid..ketika meeting tersebut antara Rasulullah SAW bersama para sahabat,banyakla cadangan-cadangan yang dilontarkan antaranya dengan meyalakan api (ditolak kerana menyerupai agama Majusi), membunyikan loceng (ditolak kerana menyerupai agama Nasrani) lantas Abdullah bin Zaid bermimpi pada satu malam supaya dilafazkan kalimah-kalimah yang mulia,maka Rasulullah SAW menerima cadangan beliau...nak cerita cinta dan kasihnya beliau ke atas baginda apabila dikhabarkan kewafatan Nabi SAW, beliau terus mengangkat tangan berdoa "Ya Allah butakan mataku ini kerana mataku hanya khusus untuk melihat batang tubuh Rasulullah SAW" lalu Allah kabulkan doa beliau...antara kita dan Abdulah bin Zaid bagai lagit dengan bumi!!Kita juga patut mengasihi,mencontohi dan tidak sekali-kali mengherdik orang-orang alim...Jangan lupa pesan baginda "Ulama itu pewaris Nabi"..mari kita mengamati penghormatan Imam Malik ke atas Nabi SAW,Imam Malik ketika berada di Madinah Al-Munawwarah,beliau tidak akan sekali-kali memakai selipar/kasut dan tidak akan menunggang sebarang tunggangan kerana satu sebab iaitu menghormati seorang insan mulia yang disemadikan di situ...Akhir bicara, jangan jadikan kisah Baginda SAW sekadar dibaca setahun sekali tetapi kenanglah baginda sepanjang hidup ini,sematkan baginda di hati...
اللهم صل على نبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

1 comment:

Dek JA said...

tersentuh dgn post dr.glocal.. sedih juga dgn seblgn msyrkt skrg yg pandng enteng pd ulama.. smg kita semua dpt mltkkn cinta pd Allah dn RasulNya sbg cinta utama..
--> YA RABBI.. letakknlah akhirat dihati kami dan dunia sekdr dtgn kami.. amiin..