Sunday, May 31, 2009

Al-Fateh & P.Ramlee

















saYe bercadang pada mulanya nak sediakan entry ini pada 29 Mei lepas tetapi disebabkan kekangan yang ada, ia terpaksa ditangguhkan pada hari ini, moga ada manfaatnya....2 'manusia' dalam tajuk entry ini 'sama tapi tak serupa'..elok la dulu kita 'borak' manusia yang kedua itu dahulu iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, tanggal 29 Mei lepas genap 36 tahun pemergian beliau, berdusta lah anda jika tidak mengenalinya, sebut sahaja mana-mana dialog dalam filem beliau, pasti kita dapat menamakan filem tersebut (surprise test:dialog "satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku.....")...bakat beliau tidak perlu untuk dicungkil daripada mana-mana program realiti TV, beliau meng'akademi'kan diri beliau sendiri, beliau juga saYe kira 'tidak pernah lupa daratan' dek kemasyhuran yang diterima...terimalah cabaran ini wahai anak-anak seni di luar sana!!!Anda patut menjadi ikon yang soleh dan solehah untuk masyarakat, bukannya hanya tahu memenuhkan perut sahaja...moga Allahyarham diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman(Al-Fatihah)....kita jengah manusia yang satu lagi pula iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh...terus terang saYe bukan master dalam bab-bab sejarah ni tapi tu la kene pandai-pandai 'mencari' baru boleh 'jumpa' kan?....seingat saYe la kali pertama mengetahui nama Al-Fateh bila sahabat junior saYe B19 iaitu Akh Afiq mempunyai ID YM menggunakan nama tersebut, ketika itu takdela nak endahkan sangat...sekali lagi pada Seminar Kepimpinan Islam di MMU Feb lepas, salah seorang speaker jemputan Ust Dzulkhairi (Presiden GAMIS) yang kali pertama berpeluang mendengar pidato beliau yang sangat 'berapi', beliau menukilkan kata-kata Al-Fateh ketika usia kecilnya, Al-Fateh sambil memandang ke arah Kota Konstantinople seraya berkata "Akulah yang akan membebaskan Kota Konstantinople seperti yang disebut dalam hadith Nabi"...barangkali Al-Fateh merujuk kepada sepotong hadih Nabi ini..


لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُMaksudnya Kota konstentinopel akan dibuka (dikuasai oleh orang islam). Rajanya adalah raja yang baik. Tenteranya adalah tentera itu(Ahmad)


Al-Fateh menakluki kota tersebut daripada pemerintahan Kristian Ortodoks pada 29 Mei 1453 perlu diingat ada 2 point penting untuk kita bicara mengenai Al-Fateh di sini, pertamanya usia beliau ketika itu ialah 19 tahun!!!usia kita pula ketika itu???masuk keluar dewan kuliah bla bla bla...mana mungkin tanpa kekutan dalaman ruhiyyah yang jitu beliau berjaya melaksanakan 'misi mustahil ini ditambah dengan faktor strategi yang berkesan...keduanya saYe berpendapat Al-Fateh merupakan seorang yang menyahut cabaran Nabi untuk menakluki kota tersebut...antara sahabat nabi yang berjuang ke arah membuka kota konstentinopel adalah Ali bin Abi Talib, Muawiyyah bin Abi Sufyan dan Abu Ayub Al-Ansari. Dari kalangan khalifah selepas sahabat pula, seperti sultan Sulaiman, Khalifah Harun As-Rashid, Sultan Beyazid, dan banyak lagi, tetapi semuanya menemui kegagalan dalam usaha tersebut.Pun begitu, di zaman pemerintahan Sultan Murad yang merupakan bapa kepada Sultan Muhammad Al-Fateh, beliau juga ada berusaha untuk menguasai kota konstentinopel, tetapi menyedihkan usaha beliau tidak mencapai kejayaan disebabkan termakan propaganda musuh yang mendakwa ada bala tentera dari eropah yang akan menyerang kerajaan Sultan murad...pendek ceritanya antara kita dengan generasi terdahulu bagai 'langit dengan bumi'....maka formulanya INSAF---> MUHASABAH--->ATUR LANGKAH....iA Islam statusnya bukan sahaja dijadikan agama rasmi dalam perlembagaan tapi Islam wajib(tidak boleh tidak) didaulatkan....


p/s 1:video Al-Fateh ihsan dari rijal82.blogspot.com


p/s 2: mohon doakan abah saYe selamat untuk pembedahan cholecystectomy 2 Jun ini..ameen

No comments: