Tuesday, August 4, 2009
Hanafee dan Cendol Brunei
Tuesday, July 28, 2009
di satu petang yang damai (juLy baBieS bDay picnic)
special appearence:cikgu nebby
semua dapat sorang satu,jangan risau laterima kasih,thnx a bunch,syukran 'alaikum,arigato gozaimas,sei sei!!!!!
Sunday, July 12, 2009
Ada Apa Dengan Solat

Nasrul & Syifa'
Monday, June 22, 2009
Macam-macam
cukuplah ALLAH sebagai Penolong- Bila berbicara tentang UKHWAH, pasti tidak boleh tidak ia mestilah dirasai pahit manisnya, bukan sekadar teori semata-mata...Alhamdulillah, berada di bumi manipal ini tidak kurang juga memorinya, tetapi saYe lebih mahu memfokuskan ukhwah yang terbina atas dasar ukhwah fillah di 'Gate of Garden of Knowlege & Virtue' iaitu di Pusat Matrikulasi IIUM..selama 2 tahun di sana, saYe bagaikan seperti pelajar yang mengambil jurusan ukhwah...saYe berkawan tidak mengikut asal usul kenegerian,bukan juga kerana si fulan berserban atau bertudung labuh, saYe berkawan dengan semuanya, ada yang jenis bergosip sepanjang masa,ada pula yang bibirnya tidak lekang dengan ayat-ayat suci Al-Quran,tidak kurang juga yang menghadap buku pelajaran '25 jam' sehari!!...tetapi sesuatu yang pelik tapi benar,mereka semua bagaikan adik beradik saYe!!sungguh!!...dipendekkan cerita..saYe belajar erti 'kehidupan' di sana..setidak-tidaknya sebagai bekalan 5 tahun di bumi manipal ini...Pertemuan dengan Akh Badri,Akh Azreen serta zaujahnya Kak Ac minggu lepas di majlis walimah Dr Rif'an Abd Rahim menceritakan segala-galanya...saYe geli hati seorang diri bila Badri menanyakan soalan "nta dari Darul Quran kan?"...nak saje saYe menjawab "Ya,saYe pelajar pseudoDarul Quran"...iA jika diizinkanNya,saye berpeluang bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain di walimah Akh Al-Athiq(medic Jordan),walimah Ukt Mawarni(UDM) dan walimah Syifa' & Nasrul..ameen (p/s:seronok jumpa sahabat-sahabat lama!!!)
- Ahad (21/6) lepas Hari Bapa??...pura-pura saYe buat-buat tak tahu...seperti yang saYe maklumkan dalam entry terdahulu,saYe tidak akan wish hari kononnya spesial tu...setiap hari adalah Hari Abah saYe...Alhamdulillah dah 64 tahun umur abah..still nak kerja lagi nak menyara keluarga(tahun ni abah tak boleh tidak kene retire ok?!!)...awal bulan ni,abah selamat menjalani pembedahan 'laparoscopic cholecystectomy' (membuang hempedu) di bawah pakar bedah Hospital Putra Datuk A. Senasi...the more interesting part was Prof MV Kumar was assisting the surgery...Thanx Prof!!Also a bunch of thnx to those visiting my dad even i was not around that night sending Dr Ahmad Sayeed's wife and son to KLIA....abah keep telling me he still has a feel of phobia...it's done dad!!!...ingatkan kotla nak berehat di rumah,hampeh betul...minggu ni,abah dan mak terbang makan angin ke Jakarta & Bandung...if I were given a chance to follow them!!!!
- Sisters in Islam (SIS)...pernah dengar tak??sape tak penah dengar angkat tangan,saYe nak belanja die makan tengah hari!!!ringkas je saYe nak cakap kat sini...NGO ini disokong kuat oleh anak-anak 2 bekas PM kita(teka la,sape jawab betul belanja makan malam pulak)...ada yang mencadangkan nama SIS ditukar kerana pendirian NGO ini tidak selaras dengan namanya sendiri..antara cadangan nama yang baru seperti Sisters in Malaysia(SIM-macam sim kad pulak dah),Ikatan Wanita Kosmopolitan(IWK-macam Indah Water Konsortium la pulak)....bila suruh diharamkan,ada yang melenting kerana menyekat kebebasan bersuara(kononnya)...satu contoh kat sini....satu masa dulu seorang ulama dari Australia bernama Syeikh Tajuddin Al-Hilali menegur orang-orang perempuan yang tidak menutup aurat,maka 'bersilatlah' pengarah eksekutifnya bernama Zainah Anwar dengan berkata "and you know that guy is stupid"-rujuk http://www.international.ucla.edu/article.asp?parentid=80243 (die bekeng sangat sebab die sendiri pon tak pakai tudung)...pendirian mereka tentang faraidh dan poligami juga agak 'haru-biru' sikit....fenin dibuatnya
- Bila berada di Medicine posting ni,tersangatla common berjumpa dengan pesakit-pesakit buah pinggang kronik (Chronic Renal Failure)...ade yang masuk hospital untuk jalani rawatan hemodialysis,ada pula yang baru nak buat nak buat AV Fistula (buat 'tapak')...tapi saYe keep asking myself supaya mereka semua masih dapat menjalani ibadah solat khususnya seperti biasa walaupun keluar masuk hospital...sebagai panduan bersama saYe attachkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan..."Hukum sembahyang jamak kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah HARUS"....
- Quote of the day: Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri."
Sunday, June 14, 2009
Fathi Yakan (1933-2009)

Sunday, May 31, 2009
Al-Fateh & P.Ramlee
saYe bercadang pada mulanya nak sediakan entry ini pada 29 Mei lepas tetapi disebabkan kekangan yang ada, ia terpaksa ditangguhkan pada hari ini, moga ada manfaatnya....2 'manusia' dalam tajuk entry ini 'sama tapi tak serupa'..elok la dulu kita 'borak' manusia yang kedua itu dahulu iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, tanggal 29 Mei lepas genap 36 tahun pemergian beliau, berdusta lah anda jika tidak mengenalinya, sebut sahaja mana-mana dialog dalam filem beliau, pasti kita dapat menamakan filem tersebut (surprise test:dialog "satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku.....")...bakat beliau tidak perlu untuk dicungkil daripada mana-mana program realiti TV, beliau meng'akademi'kan diri beliau sendiri, beliau juga saYe kira 'tidak pernah lupa daratan' dek kemasyhuran yang diterima...terimalah cabaran ini wahai anak-anak seni di luar sana!!!Anda patut menjadi ikon yang soleh dan solehah untuk masyarakat, bukannya hanya tahu memenuhkan perut sahaja...moga Allahyarham diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman(Al-Fatihah)....kita jengah manusia yang satu lagi pula iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh...terus terang saYe bukan master dalam bab-bab sejarah ni tapi tu la kene pandai-pandai 'mencari' baru boleh 'jumpa' kan?....seingat saYe la kali pertama mengetahui nama Al-Fateh bila sahabat junior saYe B19 iaitu Akh Afiq mempunyai ID YM menggunakan nama tersebut, ketika itu takdela nak endahkan sangat...sekali lagi pada Seminar Kepimpinan Islam di MMU Feb lepas, salah seorang speaker jemputan Ust Dzulkhairi (Presiden GAMIS) yang kali pertama berpeluang mendengar pidato beliau yang sangat 'berapi', beliau menukilkan kata-kata Al-Fateh ketika usia kecilnya, Al-Fateh sambil memandang ke arah Kota Konstantinople seraya berkata "Akulah yang akan membebaskan Kota Konstantinople seperti yang disebut dalam hadith Nabi"...barangkali Al-Fateh merujuk kepada sepotong hadih Nabi ini..
لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُMaksudnya Kota konstentinopel akan dibuka (dikuasai oleh orang islam). Rajanya adalah raja yang baik. Tenteranya adalah tentera itu(Ahmad)
Al-Fateh menakluki kota tersebut daripada pemerintahan Kristian Ortodoks pada 29 Mei 1453 perlu diingat ada 2 point penting untuk kita bicara mengenai Al-Fateh di sini, pertamanya usia beliau ketika itu ialah 19 tahun!!!usia kita pula ketika itu???masuk keluar dewan kuliah bla bla bla...mana mungkin tanpa kekutan dalaman ruhiyyah yang jitu beliau berjaya melaksanakan 'misi mustahil ini ditambah dengan faktor strategi yang berkesan...keduanya saYe berpendapat Al-Fateh merupakan seorang yang menyahut cabaran Nabi untuk menakluki kota tersebut...antara sahabat nabi yang berjuang ke arah membuka kota konstentinopel adalah Ali bin Abi Talib, Muawiyyah bin Abi Sufyan dan Abu Ayub Al-Ansari. Dari kalangan khalifah selepas sahabat pula, seperti sultan Sulaiman, Khalifah Harun As-Rashid, Sultan Beyazid, dan banyak lagi, tetapi semuanya menemui kegagalan dalam usaha tersebut.Pun begitu, di zaman pemerintahan Sultan Murad yang merupakan bapa kepada Sultan Muhammad Al-Fateh, beliau juga ada berusaha untuk menguasai kota konstentinopel, tetapi menyedihkan usaha beliau tidak mencapai kejayaan disebabkan termakan propaganda musuh yang mendakwa ada bala tentera dari eropah yang akan menyerang kerajaan Sultan murad...pendek ceritanya antara kita dengan generasi terdahulu bagai 'langit dengan bumi'....maka formulanya INSAF---> MUHASABAH--->ATUR LANGKAH....iA Islam statusnya bukan sahaja dijadikan agama rasmi dalam perlembagaan tapi Islam wajib(tidak boleh tidak) didaulatkan....
p/s 1:video Al-Fateh ihsan dari rijal82.blogspot.com
p/s 2: mohon doakan abah saYe selamat untuk pembedahan cholecystectomy 2 Jun ini..ameen
Monday, May 25, 2009
Selayang Pandang Kursus Jenazah 240509
ready nak solatkan 'jenazah apis'
Al-Fadhil Ust Sulaiman Daud
handout KJ
akram n luqman mengkafankan apisFriday, May 15, 2009
hAdiTh ophthal
Diabetic maculopathy(CSMO)
Salam Soleh....Alhamdulillah,berakhir sudah posting ophthalmology selama sebulan..semalam merupakan hari perhitungan a.k.a end posting test(EPT)...initially kami satu group agak tidak kepastian coz setiap lecturer ade style masing-masing,Dr Nath suh wat light reflex in d dark room,Dr Nagi pulak prefer to do in natural illumination..cukup la satu contoh ni untuk menerangkan 'perkhilafan' mereka,tak nak cite lebih-lebih politik dalam ophthalmology department kat sini..moral of d story is mintak penjelasan mereka prior to d exam so dat kita clear method masing-masing...angin sepoi-sepoi bahasa jugak menyebut kat medicine much much more variable...satu lagi 'gud or bad' news bila pagi tu kami dimaklumkan hosp staff i.e Dr Fazillah wil b oso taking our ept...hahaha..lagi la menjadikan kami tak keruan,fine...redah saje..no pain no gain...di pendekkan cerita,ant segment dapat Dr Nath.."Rahim,you can examine right eye of dat patient"...ape lagi,5 min je beb...terus saYe membuka langkah..check punya check..tak jumpa any +ve findings pon,finally mase wat direct light reflex,mata pakcik berkopiah tu tak constrict..hati saYe mula mengatakan RAPD and saYe kompemkan dengan swinging flash test..alhamdulillah itulah yang dicari-cari...masuk bilik kedua,Dr Fazillah dan Dr Nagi dah bersedia nak 'pukul' saYe...Dr Fazillah memberikan arahan "examine right eye of dis patient"...walaupon honestly 2 minggu pertama posting saYe terkial-kial nak tengok fundus di kala kawan-kawan lain dah boleh identify exudates,hemorrhages etc. tapi berkat kesabaran dan izin dariNya,d last 2 weeks saYe berjaya 'meneropong' setiap mata patient (provided mata patient dilated la),balik pada patient tadi..saYe pon membuat muka yakin menjawab ade hard exudates kat superior temporal aspect..Dr Fazillah tersenyum sinis,die kasi peluang tengok balik kat macula area...Ohhh...rupenye exudates tu surrounding macular area,so Dx=diabetic maculopathy with features of CSMO(clinically significant macular odema)...Dr Fazillah bgtau kalo tak nampak neovascular pon kne mention,tht's important relevant negative finding...habis cite ept,pasni berhijrah ke medicine posting..saYe tinggalkan anda dengan mafhum sepotong hadith Rasulullah tentang ophthal...." 2 mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka i.e mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga pada jalan Allah"...kita sama-sama renungkanlah...mata kita termasuk ke tak....
Kursus Pengurusan Jenazah & Solat Pesakit

Thursday, April 23, 2009
Amy Search & orang cina baca Quran
Semenjak dua menjak di Melaka ni cuaca tersangat lah PANAS,BAHANG etc...saYe sebagai tuan rumah di sini pun terasa kelainannya,bila buat survey kat student-student lain macam tu jugak la jawapan yang diberi,konklusinya kepada kita "ni baru panas dunia beb..tak tau la panas sambaran api neraka!!! Wal'iyazubillah"... laman ni saYe rasakan medium terbaik untuk saYe berkongsi ekspresi,harapan dan matlamat penghidupan kita sehari-hari...kalau nak dikira SIBUK,BUSY,BANYAK HAL dan semaksud dengannya alamat kita masuk kubur bertemu dengan Sang Pencipta dengan membawa beg galas yang kosong la...bila soalan ditanya "adakah kamu mengetahui dan mengambil berat masalah saudara seagama kamu?adakah terdetik di hatimu dan punya azam untuk mengajak membe-membe kamu yang bernama Ah Leng,Kumar atau pun John untuk mengenali Islam?"Jawapannya ada di tangan masing-masing bukan??...iA saYe dan anda akan memberikan jawapan YA!!!
Lagenda rock jumpa tok guru???!!! satu perkara yang menarik untuk kita tatapi...tak terfikir langsung dalam benak kepala saYe bilamana penyanyi yang terkenal dengan lagu Isabela itu bukan sahaja bertemu secara tidak sengaja malahan menjemput 'si tua' itu datang ke restoran milik beliau di KL dan kali ini beliau datang ke negeri pantai timur itu sebagai kunjungan dan tetamu kehormat kepada tok guru...ALHAMDULILLAH...ungkapan itu sahajalah yang dapat saYe ucapkan..tak cukup dengan seorang artis,seorang lagi bekas penyanyi kumpulan Arrow iaitu Renggo juga hadir dan berbesar hati untuk membantu tok guru dalam menyemarakkan panji-panji Islam ini...lepas tu bila Datuk cT pulak datang dengan Datuk K jumpa tok guru dan satu ketika dulu Maya Karin juga hadir dalam satu bual bicara anjuran kerajaan negeri serta Mawi World mengadakan 'konsert halal pertama di Kelantan' maka saYe dah tak hairan la...Alhamdulillah sekali lagi....kalau anda belum mengenali insan yang dah berumur 78 tahun ini,seciput nasihat saYe kepada kalian dengarkanlah mutiara-mutiara kata beliau ini,yang keluar dari mulut beliau tidak lain dan tidak bukan hanyalah kalam Tuhan dan kalam Rasul yang mulia...one thing saYe amat tertarik adalah tok guru suka untuk memberikan perumpamaan apabila cuba untuk menerangkan sesuatu..satu contoh yang saYe tak kan lupa iA bila beliau mengumpamakan Islam ini seperti preskrepsi ubat daripada doktor,jika seorang pesakit tu nak baik kene la makan ubat,tak jadi hanya baca nama ubat dan dosnya sahaja..kalau nak kan Islam tak jadi la hanya kita baca Quran sahaja TANPA kita aplikasikan isi kandungan Quran itu sendiri,tak gitu???
Orang Cina itu baca dan terjemah ayat Quran,boleh ke?? Islam diturunkan sebagai rahmatal lil 'alamin i.e pembawa rahmat semesta alam,Islam bukan eksklusif untuk orang Arab sahaja,jauh sekali untuk orang Melayu,so jangan jadikan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam...It's TOTALLY WRONG!!sebab tu jangan terperanjat orientalis Barat lebih mahir isi kandungan Islam daripada umat Islam itu sendiri,ambil contoh pakcik Nabi Abu Lahab dibenarkan membaca dan memahami surah 'beliau' itu,even Saidina Umar ketika sebelum memeluk Islam juga pernah merampas lalu membaca potongan ayat dari Surah Toha daripada tangan adik beliau...Isunya si Cina ni baca salah??dah dia bukan Qari jemputan dari Mesir!!!Kalau salah betulkan la bukan pergi report polis,tak gitu??hatta segelintir umat Islam pun merangkak-rangkak nak baca Ayat-ayat lazim...saYe panjatkan SYUKUR kepada Allah kerana tak sia-sia ditengking dan dimarahi oleh mak masa kecik-kecik semata-mata suruh anaknya baca Quran setiap hari..nway,jangan jadikan perselisihan politik sebagai wadah untuk menyerang membuta-tuli...tulisan ini pun bukan untuk menyerang atau mempertahankan puak-puak tertentu di luar sana!!!Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk menjadi mata rantai perjuangan dakwah Rasullullah SAW...Ameen..Kalau bukan kita siapa lagi??
Monday, April 6, 2009
10

- Cita-cita saYe pada asalnya bukanlah mahu menjadi seorang dokter tetapi sebagai pilot kapal terbang kerana dek teruja boleh terbang ke sana dan ke mari tetapi 'ditentang hebat' oleh nenek saYe...huhuhu,maka berkuburlah hasrat itu...cita-cita selepas itu pula mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama...walaubagaimanapun..kita merancang Allah juga merancang,perancangan Allah jua akhirnya yang terbaik untuk kita...
- Sebelum ditawarkan mengikuti MBBS Twinning Program di Melaka Manipal Medical College ini (a.k.a money making medical college...tak gitu?huhu),saYe telah mendapat tawaran awal di 2 buah universiti di Indonesia atas tajaan JPA iaitu Universitas Andalas,Padang dan Universitas Brawijaya(UNIBRAW),Malang tetapi sebelum itu saYe juga dipanggil untuk temuduga ijazah perubatan di Universiti Al-Azhar,Mesir atas tajaan Kerajaan Negeri Melaka tetapi sebelum itu saYe juga dijanjikan tawaran untuk menjutkan pelajaran di negara kelahiran Dr Myat Maw dan Dr Htar Htar Aung tetapi sekali lagi sebelum itu saYe dijadualkan untuk terbang bersama-sama Azizul Ismie dan Aswad ke Odessa State Medical University(OSMU),Ukraine....kita merancang Allah juga merancang maka perancangan Allah jua akhirnya yang terbaik untuk kita...
- Sewaktu di bangku sekolah ketika Darjah Satu, saYe dengan 'riangnya' pergi ke sekolah dengan berseluar pendek (masa tu zaman-zaman 'kegelapan' lagi..huhu)
- Pernah dapat top 10 dalam pertandingan Aloha Mental Arithmetic peringkat kebangsaan di PWTC dengan mendapat hadiah sijil serta sebotol pati ayam..pertandingan ini menguji kecekapan peserta melalui pengiraan menggunakan jari-jari tangan,sempoa dan congak
- Mula memakai cermin mata sewaktu berusia 14 tahun tapi point yang saYe nak stress kat sini power kedua-dua belah mata tak balance (R:800, L:250)...ish9,ade ke patut ade org cakap saYe suka 'skodeng'...bertepatan lah maksud firman Allah dalam surah Ar-Rahman "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"...kalau tengok ayat ni tak pulak disebut terma ni'mat sebaliknya digunakan terma 'Aaala'...itulah keindahan bahasa arab viz dalam kontek ayat ni mata itu sendiri merupakan ni'mat manakala 'Aaala' itu merujuk kepada penglihatan kita
- Walaupun nama penuh saYe Abd Rahim Abdullah tetapi pada hakikatnya saYe juga dipanggil orang dengan nickname-nickname yang lain...dalam perbualan harian di rumah saYe bahasakan diri saYe dengan nama Daim(Da-yim),ade juga ahli keluarga kembangan yang lain memanggil Aim,abang saYe pula dengan slumbernye panggil saYe koci atau kaswi sempena nama kuih-muih kerana saYe peminat fanatik dua kuih tersebut (so pasrah je la dengan nama tu),ada pula yang memanggil nama ustaz tetapi saYe berasa tidak selesa dengan nama itu,kenalan yang lain pula ada menggelarkan saYe Hishamuddin(sempena nama YB Hishamuddin),saYe hanye bersetuju dengan dua huruf di hadapan nama Hishamuddin tu je tetapi nama itu sendiri saYe kureng bersetuju,ade juga beberapa kerat yang menggelarkan saYe Banji sempena nama dalam cerita Prince of Tennis...(updated:Prof Hande cikgu medicine saYe di Udupi Hospital,Manipal panggil saYe Abdomen,sebabnya mudah,dia nampak nametag saYe tertera Abd Rahim,so Abd tu short form of Abdomen...no comment)
- saYe mulakan dengan permohonan 1000 kemaafan...saYe memang anti gile ahli-ahli rokok..saYe tidak anti orang itu per se tapi benci,hate dan ape-apela yang sewaktu dengannya that kind of habit...memang setuju sangat saranan Dr Asri Zainul Abidin supaya bakal pengantin memilih pasangan yang bukan di kalangan 'ahli' itu
- saYe pernah cuba dirisik oleh mak bapak budak beberapa kali,huh...YES Islam tak pernah menghalang pihak perempuan untuk merisik pihak lelaki so tak kisah la perigi cari timba ke atau timba cari perigi...nak cakap nya kat sini i'm single but only available after MBBS
- Ada bau-bau bacang dengan former Inspector General of Police(IGP) Tan Sri Abdul Rahim Noor,ada juga bau-bau bacang dengan VC UiTM Prof Ibrahim Abu Shah,ada juga bau-bau bacang dengan Thor batch 16
- sangat suka kalau bertemu dengan orang-orang 'alim,jumpa mereka dan mintak mereka tolong doakan saYe berjaya...ameen
Tuesday, March 24, 2009
hEpi BeSdAy Rasulullah SAW

Saturday, March 14, 2009
moga abah cepat sembuh

Thursday, February 26, 2009
Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris: Wajarkah?










