Tuesday, March 24, 2009

hEpi BeSdAy Rasulullah SAW


Saban waktu saYe membuat analisis pada diri sendiri adakah kita ni layak digelar UMAT MUHAMMAD SAW....kalau ya apa buktinya???berapa kali sehari kita berselawat ke atas baginda??ke nak tunggu bulan maulid ni (Rabiul Awwal) baru nak menjerit melalak dan berarak memperingati kelahiran baginda?Sayang seribu kali sayang...di kala Malaikat Izra'il nak mencabut nyawa baginda,di kala itulah baginda masih menyebut UMMATI UMMATI UMMATI yang bermaksud umatku umatku umatku...sudah berapa kali kita menitiskan air mata setidak-tidaknya umtuk menghargai jerih payah baginda...thats why saYe kurang setuju untuk menyambut hari-hari pilihan seperti Hari Bapa, Hari Ibu dan yang sewaktu dengannya...personally saYe menganggapnya sebagai merepek dan kelakar...tapi takpela,pendapat masing-masing kan...bagi saYe setiap hari adalah Hari Bapa dan Ibu apatah lagi semulia-mulia makhluk yang mempunyai kuniyah Abu Qasim ini...setidak-tidaknya, dalam kesibukan harian kita ni (esp life as medical student...huhuhu) berilah ruang yang 'istimewa' untuk insan agung ini dalam 24 jam yang kita ada...nak mengaku sebagai umat Muhammad ini ada 2 pra-syarat yang perlu dipenuhi..CINTA+ITTIBA'--->Kalau kita hanya cintakan Rasulullah SAHAJA,cinta kita setaraf dengan uncle baginda iaitu Abu Talib...cinta Abu Talib kepada Nabi SAW tiada siapa yang dapat nafikan tapi cinta Abu Talib tidak disertakan dengan Ittiba' kepada baginda,nilai cinta Abu Talib itu Allah 'kurniakan' kepada beliau dengan seksaan yang paling ringan di Neraka iaitu dengan memakai kasut berAPI yang apabila dipakai akan menggelegak cerebral hemispheres....Kalau kita hanya Ittiba' (ikut Nabi) sahaja pula tanpa semaian cinta dan kasih kepada baginda nescaya kita hanya setaraf dengan Menteri Munafiq iaitu Abdullah bin Ubai,jangan main-main..Abdullah bin Ubai sembahyang di belakang baginda SAW!!...Satu lagi bab yang jika tidak dibicarakan tidak akan lengkap Maulid Nabi SAW iaitu kepentingan mencintai para sahabat Nabi dan orang-orang alim...mari kita ambil contoh setiap satu, seorang sahabat Nabi yang bernama Abdullah bin Zaid yang terkenal kerana mencadangkan kepada baginda mekanisma untuk memanggil umat Islam datang solat berjemaah di masjid..ketika meeting tersebut antara Rasulullah SAW bersama para sahabat,banyakla cadangan-cadangan yang dilontarkan antaranya dengan meyalakan api (ditolak kerana menyerupai agama Majusi), membunyikan loceng (ditolak kerana menyerupai agama Nasrani) lantas Abdullah bin Zaid bermimpi pada satu malam supaya dilafazkan kalimah-kalimah yang mulia,maka Rasulullah SAW menerima cadangan beliau...nak cerita cinta dan kasihnya beliau ke atas baginda apabila dikhabarkan kewafatan Nabi SAW, beliau terus mengangkat tangan berdoa "Ya Allah butakan mataku ini kerana mataku hanya khusus untuk melihat batang tubuh Rasulullah SAW" lalu Allah kabulkan doa beliau...antara kita dan Abdulah bin Zaid bagai lagit dengan bumi!!Kita juga patut mengasihi,mencontohi dan tidak sekali-kali mengherdik orang-orang alim...Jangan lupa pesan baginda "Ulama itu pewaris Nabi"..mari kita mengamati penghormatan Imam Malik ke atas Nabi SAW,Imam Malik ketika berada di Madinah Al-Munawwarah,beliau tidak akan sekali-kali memakai selipar/kasut dan tidak akan menunggang sebarang tunggangan kerana satu sebab iaitu menghormati seorang insan mulia yang disemadikan di situ...Akhir bicara, jangan jadikan kisah Baginda SAW sekadar dibaca setahun sekali tetapi kenanglah baginda sepanjang hidup ini,sematkan baginda di hati...
اللهم صل على نبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Saturday, March 14, 2009

moga abah cepat sembuh


Salam holiday break...ketika saYe menulis entry ini,saYe baru pulang dari hospital melawat abah di Putra Specialist Hospital,saYe menghantar abah 2 hari yang lepas selepas abah complained of 2 episodes of bleeding per rectal,saYe cukup bimbang sebab abah punya previous history of the same 2 tahun lepas,masa tu saYe masih mengaji di Manipal...pagi tadi lebih kurang jam 730am abah baru saja selamat menjalani minor procedure i.e colonoscopy,tak lama pun,kurang lebih 10minit...alhamdulillah,surgeon yang bertanggungjawab Lt Col(Rtd) Datuk Dr A. Senasi memberikan penjelasan panjang lebar kepada saYe dan juga mak..."your father got multiple polyps and diverticulum especially along ascending colon,for the time being,i prefer to use conservative treatment only and operation is not required"...kami lega mendengar ulasan beliau...beliau sempat berseloroh dengan saYe "which area you want to specialise later on?" saYe dengan yakin menjawab "Sir, i think i want to be either an obstetrician or orthopaedic surgeon"...beliau sempat gelak sebelum menjawab "i'm not suggesting O&G lorr, you want to have a family right, you better take orthopaedic" terkedu seketika mendengar pandangan beliau,saYe hanya membalas dengan senyuman sinis...semalam pulak, Dr Senasi mahu abah menjalani CT abdomen...incidental finding--->they identified gall stones in the gall bladder...overall, beliau akan bekalkan abah dengan medication covering all those disorders, saYe emphasize gak pada abah supaya stop anti platelet medicaton i.e low dose aspirin which has known side effect of gastric irritation...apa pun, saYe masih ade cuti seminggu sebelum semester 8 bermula...moga abah cepat sembuh, amin..