Sunday, May 31, 2009

Al-Fateh & P.Ramlee

















saYe bercadang pada mulanya nak sediakan entry ini pada 29 Mei lepas tetapi disebabkan kekangan yang ada, ia terpaksa ditangguhkan pada hari ini, moga ada manfaatnya....2 'manusia' dalam tajuk entry ini 'sama tapi tak serupa'..elok la dulu kita 'borak' manusia yang kedua itu dahulu iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, tanggal 29 Mei lepas genap 36 tahun pemergian beliau, berdusta lah anda jika tidak mengenalinya, sebut sahaja mana-mana dialog dalam filem beliau, pasti kita dapat menamakan filem tersebut (surprise test:dialog "satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku.....")...bakat beliau tidak perlu untuk dicungkil daripada mana-mana program realiti TV, beliau meng'akademi'kan diri beliau sendiri, beliau juga saYe kira 'tidak pernah lupa daratan' dek kemasyhuran yang diterima...terimalah cabaran ini wahai anak-anak seni di luar sana!!!Anda patut menjadi ikon yang soleh dan solehah untuk masyarakat, bukannya hanya tahu memenuhkan perut sahaja...moga Allahyarham diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman(Al-Fatihah)....kita jengah manusia yang satu lagi pula iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh...terus terang saYe bukan master dalam bab-bab sejarah ni tapi tu la kene pandai-pandai 'mencari' baru boleh 'jumpa' kan?....seingat saYe la kali pertama mengetahui nama Al-Fateh bila sahabat junior saYe B19 iaitu Akh Afiq mempunyai ID YM menggunakan nama tersebut, ketika itu takdela nak endahkan sangat...sekali lagi pada Seminar Kepimpinan Islam di MMU Feb lepas, salah seorang speaker jemputan Ust Dzulkhairi (Presiden GAMIS) yang kali pertama berpeluang mendengar pidato beliau yang sangat 'berapi', beliau menukilkan kata-kata Al-Fateh ketika usia kecilnya, Al-Fateh sambil memandang ke arah Kota Konstantinople seraya berkata "Akulah yang akan membebaskan Kota Konstantinople seperti yang disebut dalam hadith Nabi"...barangkali Al-Fateh merujuk kepada sepotong hadih Nabi ini..


لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُMaksudnya Kota konstentinopel akan dibuka (dikuasai oleh orang islam). Rajanya adalah raja yang baik. Tenteranya adalah tentera itu(Ahmad)


Al-Fateh menakluki kota tersebut daripada pemerintahan Kristian Ortodoks pada 29 Mei 1453 perlu diingat ada 2 point penting untuk kita bicara mengenai Al-Fateh di sini, pertamanya usia beliau ketika itu ialah 19 tahun!!!usia kita pula ketika itu???masuk keluar dewan kuliah bla bla bla...mana mungkin tanpa kekutan dalaman ruhiyyah yang jitu beliau berjaya melaksanakan 'misi mustahil ini ditambah dengan faktor strategi yang berkesan...keduanya saYe berpendapat Al-Fateh merupakan seorang yang menyahut cabaran Nabi untuk menakluki kota tersebut...antara sahabat nabi yang berjuang ke arah membuka kota konstentinopel adalah Ali bin Abi Talib, Muawiyyah bin Abi Sufyan dan Abu Ayub Al-Ansari. Dari kalangan khalifah selepas sahabat pula, seperti sultan Sulaiman, Khalifah Harun As-Rashid, Sultan Beyazid, dan banyak lagi, tetapi semuanya menemui kegagalan dalam usaha tersebut.Pun begitu, di zaman pemerintahan Sultan Murad yang merupakan bapa kepada Sultan Muhammad Al-Fateh, beliau juga ada berusaha untuk menguasai kota konstentinopel, tetapi menyedihkan usaha beliau tidak mencapai kejayaan disebabkan termakan propaganda musuh yang mendakwa ada bala tentera dari eropah yang akan menyerang kerajaan Sultan murad...pendek ceritanya antara kita dengan generasi terdahulu bagai 'langit dengan bumi'....maka formulanya INSAF---> MUHASABAH--->ATUR LANGKAH....iA Islam statusnya bukan sahaja dijadikan agama rasmi dalam perlembagaan tapi Islam wajib(tidak boleh tidak) didaulatkan....


p/s 1:video Al-Fateh ihsan dari rijal82.blogspot.com


p/s 2: mohon doakan abah saYe selamat untuk pembedahan cholecystectomy 2 Jun ini..ameen

Monday, May 25, 2009

Selayang Pandang Kursus Jenazah 240509

khusyuknye mendengar...

ready nak solatkan 'jenazah apis'

Al-Fadhil Ust Sulaiman Daud


handout KJ



akram n luqman mengkafankan apis


Alhamdulillah...itulah ungkapan yang dapat saYe titipkan di sini apabila kursus jenazah(KJ) berakhir dengan jayanya...seramai 33 orang menyertai KJ yang buat julung kalinya diadakan di MMMC Melaka Campus ini...iA,kalau tiada aral,saYe merasakan KJ ini patut diadakan lagi buat batch-batch junior nanti,actualy...Al-Fadhil Ust Sulaiman Daud banyak memberikan input-input yang berguna serta berkongsi pengalaman berharga beliau...satu je yang saYe ingin berkongsi di sini iaitu tentang SABUN TAHARAH...anda penah dengar tak??anda HARUS tahu pasal sabun ni (p/s:dimaklumkan hebahan ini tidak membawa kepada kenuntungan mana-mana syarikat!!)...sabun ini diperbuat daripada 3 elemen viz 90% tanah + 5% minyak zaitun + 5% pewangi halal...sabun ni traditionaly digunakan semasa memandikan mayat BUT WAIT!!!sabun ini juga boleh digunakan untuk membasuh najis mughalazah(samak) [boleh digantikan kaedah biasa pembasuhan 7 kali air tanah + 1 kali air mutlak...] & sabun ini juga boleh kita gunakan untuk mandian sehari-hari...menarik bukan?mari kita tinggalkan Palmolive,Lux,Dove or even Zaitun(nama cukup main sedap,tapi bukan dimiliki oleh 'orang kita') dan beralih ke SABUN TAHARAH...thnx to kay for d pics...











Friday, May 15, 2009

hAdiTh ophthal

RAPD(swinging flash test)


Diabetic maculopathy(CSMO)

Salam Soleh....Alhamdulillah,berakhir sudah posting ophthalmology selama sebulan..semalam merupakan hari perhitungan a.k.a end posting test(EPT)...initially kami satu group agak tidak kepastian coz setiap lecturer ade style masing-masing,Dr Nath suh wat light reflex in d dark room,Dr Nagi pulak prefer to do in natural illumination..cukup la satu contoh ni untuk menerangkan 'perkhilafan' mereka,tak nak cite lebih-lebih politik dalam ophthalmology department kat sini..moral of d story is mintak penjelasan mereka prior to d exam so dat kita clear method masing-masing...angin sepoi-sepoi bahasa jugak menyebut kat medicine much much more variable...satu lagi 'gud or bad' news bila pagi tu kami dimaklumkan hosp staff i.e Dr Fazillah wil b oso taking our ept...hahaha..lagi la menjadikan kami tak keruan,fine...redah saje..no pain no gain...di pendekkan cerita,ant segment dapat Dr Nath.."Rahim,you can examine right eye of dat patient"...ape lagi,5 min je beb...terus saYe membuka langkah..check punya check..tak jumpa any +ve findings pon,finally mase wat direct light reflex,mata pakcik berkopiah tu tak constrict..hati saYe mula mengatakan RAPD and saYe kompemkan dengan swinging flash test..alhamdulillah itulah yang dicari-cari...masuk bilik kedua,Dr Fazillah dan Dr Nagi dah bersedia nak 'pukul' saYe...Dr Fazillah memberikan arahan "examine right eye of dis patient"...walaupon honestly 2 minggu pertama posting saYe terkial-kial nak tengok fundus di kala kawan-kawan lain dah boleh identify exudates,hemorrhages etc. tapi berkat kesabaran dan izin dariNya,d last 2 weeks saYe berjaya 'meneropong' setiap mata patient (provided mata patient dilated la),balik pada patient tadi..saYe pon membuat muka yakin menjawab ade hard exudates kat superior temporal aspect..Dr Fazillah tersenyum sinis,die kasi peluang tengok balik kat macula area...Ohhh...rupenye exudates tu surrounding macular area,so Dx=diabetic maculopathy with features of CSMO(clinically significant macular odema)...Dr Fazillah bgtau kalo tak nampak neovascular pon kne mention,tht's important relevant negative finding...habis cite ept,pasni berhijrah ke medicine posting..saYe tinggalkan anda dengan mafhum sepotong hadith Rasulullah tentang ophthal...." 2 mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka i.e mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga pada jalan Allah"...kita sama-sama renungkanlah...mata kita termasuk ke tak....

Kursus Pengurusan Jenazah & Solat Pesakit


Salam kawan-kawan...saYe pohon maaf pada kebanyakan daripada kawan-kawan yang bertanyakan info lengkap tentang kursus ini...selain kesibukan EPT Ophthal,saYe juga tidak berpeluang untuk berjumpa dengan penceramah dek kesibukan beliau juga...baru sekejap tadi saYe menemui beliau dan berbincang berkenaan dengan kursus ini,so kat sini saYe attachkan details program ini,harap dapat sebar luaskan,gracias!!
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH & SOLAT PESAKIT
Tarikh : 24/5/09 (Ahad)
Masa : 8 am - 12 pm
Tempat : Surau Desa Baru
Bayaran : RM 15
Penceramah : Al-Fadhil Ust Hj Sulaiman Daud
Tentatif Program
0815-0845 : Kehadiran peserta & Pendaftaran
0900-1030 : TEORI
1030-1045 : Kudapan
1050-1130 : PRAKTIKAL
1130-1200 : Slot Bonus-Tayammum & Solat Pesakit
1200-1230 : Makan Tengah Hari & Bersurai
Jawatan yang pernah disandang oleh Tuan Penceramah di JAIM selama 30 tahun
-Guru Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
-Pegawai Pusat Zakat Melaka
-Pegawai Penguatkuasa JAIM
-Pengetua Maahad Tahfiz
-Pegawai Dakwah JAIM
*sekarang aktif menjadi tenaga pengajar kursus Haji, kursus pengurusan jenazah dan menjadi Hakim Tilawah Al-Quran
p/s:kawan-kawan boleh la mendaftar terus kepada saYe thru sms@ym atau kepada fid17,ilyani18,intan15,krel19,tasnim16