Thursday, April 23, 2009

Amy Search & orang cina baca Quran

Dari kiri:Renggo Arrow,TG Nik Aziz dan Amy Search






Semenjak dua menjak di Melaka ni cuaca tersangat lah PANAS,BAHANG etc...saYe sebagai tuan rumah di sini pun terasa kelainannya,bila buat survey kat student-student lain macam tu jugak la jawapan yang diberi,konklusinya kepada kita "ni baru panas dunia beb..tak tau la panas sambaran api neraka!!! Wal'iyazubillah"... laman ni saYe rasakan medium terbaik untuk saYe berkongsi ekspresi,harapan dan matlamat penghidupan kita sehari-hari...kalau nak dikira SIBUK,BUSY,BANYAK HAL dan semaksud dengannya alamat kita masuk kubur bertemu dengan Sang Pencipta dengan membawa beg galas yang kosong la...bila soalan ditanya "adakah kamu mengetahui dan mengambil berat masalah saudara seagama kamu?adakah terdetik di hatimu dan punya azam untuk mengajak membe-membe kamu yang bernama Ah Leng,Kumar atau pun John untuk mengenali Islam?"Jawapannya ada di tangan masing-masing bukan??...iA saYe dan anda akan memberikan jawapan YA!!!

Lagenda rock jumpa tok guru???!!! satu perkara yang menarik untuk kita tatapi...tak terfikir langsung dalam benak kepala saYe bilamana penyanyi yang terkenal dengan lagu Isabela itu bukan sahaja bertemu secara tidak sengaja malahan menjemput 'si tua' itu datang ke restoran milik beliau di KL dan kali ini beliau datang ke negeri pantai timur itu sebagai kunjungan dan tetamu kehormat kepada tok guru...ALHAMDULILLAH...ungkapan itu sahajalah yang dapat saYe ucapkan..tak cukup dengan seorang artis,seorang lagi bekas penyanyi kumpulan Arrow iaitu Renggo juga hadir dan berbesar hati untuk membantu tok guru dalam menyemarakkan panji-panji Islam ini...lepas tu bila Datuk cT pulak datang dengan Datuk K jumpa tok guru dan satu ketika dulu Maya Karin juga hadir dalam satu bual bicara anjuran kerajaan negeri serta Mawi World mengadakan 'konsert halal pertama di Kelantan' maka saYe dah tak hairan la...Alhamdulillah sekali lagi....kalau anda belum mengenali insan yang dah berumur 78 tahun ini,seciput nasihat saYe kepada kalian dengarkanlah mutiara-mutiara kata beliau ini,yang keluar dari mulut beliau tidak lain dan tidak bukan hanyalah kalam Tuhan dan kalam Rasul yang mulia...one thing saYe amat tertarik adalah tok guru suka untuk memberikan perumpamaan apabila cuba untuk menerangkan sesuatu..satu contoh yang saYe tak kan lupa iA bila beliau mengumpamakan Islam ini seperti preskrepsi ubat daripada doktor,jika seorang pesakit tu nak baik kene la makan ubat,tak jadi hanya baca nama ubat dan dosnya sahaja..kalau nak kan Islam tak jadi la hanya kita baca Quran sahaja TANPA kita aplikasikan isi kandungan Quran itu sendiri,tak gitu???

Orang Cina itu baca dan terjemah ayat Quran,boleh ke?? Islam diturunkan sebagai rahmatal lil 'alamin i.e pembawa rahmat semesta alam,Islam bukan eksklusif untuk orang Arab sahaja,jauh sekali untuk orang Melayu,so jangan jadikan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam...It's TOTALLY WRONG!!sebab tu jangan terperanjat orientalis Barat lebih mahir isi kandungan Islam daripada umat Islam itu sendiri,ambil contoh pakcik Nabi Abu Lahab dibenarkan membaca dan memahami surah 'beliau' itu,even Saidina Umar ketika sebelum memeluk Islam juga pernah merampas lalu membaca potongan ayat dari Surah Toha daripada tangan adik beliau...Isunya si Cina ni baca salah??dah dia bukan Qari jemputan dari Mesir!!!Kalau salah betulkan la bukan pergi report polis,tak gitu??hatta segelintir umat Islam pun merangkak-rangkak nak baca Ayat-ayat lazim...saYe panjatkan SYUKUR kepada Allah kerana tak sia-sia ditengking dan dimarahi oleh mak masa kecik-kecik semata-mata suruh anaknya baca Quran setiap hari..nway,jangan jadikan perselisihan politik sebagai wadah untuk menyerang membuta-tuli...tulisan ini pun bukan untuk menyerang atau mempertahankan puak-puak tertentu di luar sana!!!Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk menjadi mata rantai perjuangan dakwah Rasullullah SAW...Ameen..Kalau bukan kita siapa lagi??

Monday, April 6, 2009

10


2 TOKOH 'BERSATU'
Entry kali ni khusus untuk me'reveal' 10 perkara yang maybe orang tak tau selepas kene tag oleh 'orang tu'...puas memikir dan inilah hasilnya :
  1. Cita-cita saYe pada asalnya bukanlah mahu menjadi seorang dokter tetapi sebagai pilot kapal terbang kerana dek teruja boleh terbang ke sana dan ke mari tetapi 'ditentang hebat' oleh nenek saYe...huhuhu,maka berkuburlah hasrat itu...cita-cita selepas itu pula mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama...walaubagaimanapun..kita merancang Allah juga merancang,perancangan Allah jua akhirnya yang terbaik untuk kita...
  2. Sebelum ditawarkan mengikuti MBBS Twinning Program di Melaka Manipal Medical College ini (a.k.a money making medical college...tak gitu?huhu),saYe telah mendapat tawaran awal di 2 buah universiti di Indonesia atas tajaan JPA iaitu Universitas Andalas,Padang dan Universitas Brawijaya(UNIBRAW),Malang tetapi sebelum itu saYe juga dipanggil untuk temuduga ijazah perubatan di Universiti Al-Azhar,Mesir atas tajaan Kerajaan Negeri Melaka tetapi sebelum itu saYe juga dijanjikan tawaran untuk menjutkan pelajaran di negara kelahiran Dr Myat Maw dan Dr Htar Htar Aung tetapi sekali lagi sebelum itu saYe dijadualkan untuk terbang bersama-sama Azizul Ismie dan Aswad ke Odessa State Medical University(OSMU),Ukraine....kita merancang Allah juga merancang maka perancangan Allah jua akhirnya yang terbaik untuk kita...
  3. Sewaktu di bangku sekolah ketika Darjah Satu, saYe dengan 'riangnya' pergi ke sekolah dengan berseluar pendek (masa tu zaman-zaman 'kegelapan' lagi..huhu)
  4. Pernah dapat top 10 dalam pertandingan Aloha Mental Arithmetic peringkat kebangsaan di PWTC dengan mendapat hadiah sijil serta sebotol pati ayam..pertandingan ini menguji kecekapan peserta melalui pengiraan menggunakan jari-jari tangan,sempoa dan congak
  5. Mula memakai cermin mata sewaktu berusia 14 tahun tapi point yang saYe nak stress kat sini power kedua-dua belah mata tak balance (R:800, L:250)...ish9,ade ke patut ade org cakap saYe suka 'skodeng'...bertepatan lah maksud firman Allah dalam surah Ar-Rahman "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"...kalau tengok ayat ni tak pulak disebut terma ni'mat sebaliknya digunakan terma 'Aaala'...itulah keindahan bahasa arab viz dalam kontek ayat ni mata itu sendiri merupakan ni'mat manakala 'Aaala' itu merujuk kepada penglihatan kita
  6. Walaupun nama penuh saYe Abd Rahim Abdullah tetapi pada hakikatnya saYe juga dipanggil orang dengan nickname-nickname yang lain...dalam perbualan harian di rumah saYe bahasakan diri saYe dengan nama Daim(Da-yim),ade juga ahli keluarga kembangan yang lain memanggil Aim,abang saYe pula dengan slumbernye panggil saYe koci atau kaswi sempena nama kuih-muih kerana saYe peminat fanatik dua kuih tersebut (so pasrah je la dengan nama tu),ada pula yang memanggil nama ustaz tetapi saYe berasa tidak selesa dengan nama itu,kenalan yang lain pula ada menggelarkan saYe Hishamuddin(sempena nama YB Hishamuddin),saYe hanye bersetuju dengan dua huruf di hadapan nama Hishamuddin tu je tetapi nama itu sendiri saYe kureng bersetuju,ade juga beberapa kerat yang menggelarkan saYe Banji sempena nama dalam cerita Prince of Tennis...(updated:Prof Hande cikgu medicine saYe di Udupi Hospital,Manipal panggil saYe Abdomen,sebabnya mudah,dia nampak nametag saYe tertera Abd Rahim,so Abd tu short form of Abdomen...no comment)
  7. saYe mulakan dengan permohonan 1000 kemaafan...saYe memang anti gile ahli-ahli rokok..saYe tidak anti orang itu per se tapi benci,hate dan ape-apela yang sewaktu dengannya that kind of habit...memang setuju sangat saranan Dr Asri Zainul Abidin supaya bakal pengantin memilih pasangan yang bukan di kalangan 'ahli' itu
  8. saYe pernah cuba dirisik oleh mak bapak budak beberapa kali,huh...YES Islam tak pernah menghalang pihak perempuan untuk merisik pihak lelaki so tak kisah la perigi cari timba ke atau timba cari perigi...nak cakap nya kat sini i'm single but only available after MBBS
  9. Ada bau-bau bacang dengan former Inspector General of Police(IGP) Tan Sri Abdul Rahim Noor,ada juga bau-bau bacang dengan VC UiTM Prof Ibrahim Abu Shah,ada juga bau-bau bacang dengan Thor batch 16
  10. sangat suka kalau bertemu dengan orang-orang 'alim,jumpa mereka dan mintak mereka tolong doakan saYe berjaya...ameen