Wednesday, January 28, 2009

Post-CNY entry


Salam Soleh,Salam ukhwah....ape kabar IMAN?(A-bertambah;B-berkurang;C-statik;D-not sure)...harapnye..saYe,anda dan semua umat Muhammad memilih jawapan 'A' la...5 hari cuti sempena New Lunar Year,hajat di hati nak cover semua topik-topik Ortho yang dah 'belajau' kat clinics tapi apekan daya...huhuhu...malas tu one of the reasons but tau-tau jela dah duk umah,escort mak abah pergi orang kawin la,lagipun jiran sebelah pun tak ketinggalan untuk 'mendirikan masjid'...ape lagi wajib rewang la...tapi yang menarik,bertambahnye cucu Hj Dolah menjadi 4 orang apabila my sis selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Melaka Isnin lepas....harapnye si mamat ini(nama belum diberi ketika entry ini ditulis) bakal menjadi anak yang soleh,tinggi akhlaknya dan menjadi aset kepada Islam itu sendiri,Amin....cuti baru ni jugak 1st time saYe meluangkan masa menonton rancangan Tom Tom Bak...nak analyze and assess sendiri sebab banyak dengar suara-suara yang menentang program yang dihoskan oleh Hj Aznil Nawawi ini...'mungkin' ada sebahagian daripada kita yang menyokongnya 100% tapi personally saYe memang bersetuju dengan 'suara-suara' itu...saYe sejak kecil lagi memang dibesarkan dengan suasana agama,waktu di zaman pra sekolah selalu ikut ayah ke masjid untuk mengikuti kuliah agama(tapi kat masjid tidur,huhuhu) hatta masuk pertandingan pakaian beragam pun mengenakan pakaian jubah dan serban(tak reti la nak dressing maut seperti peserta-peserta lain masa tu) tapi bebudak zaman sekarang,menari dan menyanyi menjadi 'zikir tetap' mereka,saYe pelik,inikah modal insan yang diuar-uarkan oleh 'bos-bos kat atas tu' yang kita nak lahirkan???Kanak-kanak serta remaja-remaji zaman sekarang diistilahkan sebagai golongan 'techno-savvy' viz golongan yang sangat mahir dan mempunyai banyak maklumat terhadap teknologi moden tetapi pada hakikatnya buta agama dan menghala mereka ke arah memberhalakan hiburan yang menghancurkan nilai agama!!!hiburan tidak boleh disekat kerana ia merupakan keinginan semula jadi fitrah manusia,yang saYe risaukan ialah kita memperkenalkan hiburan kepada kanak-kanak TERLALU AWAL,jangan silap faham maksud saYe hiburan yang me'lagha'kan,kalau setakat melodi-melodi indah memang kita galakkan kerana ia dapat merangsang minda mereka,cukuplah komen tu,that is more than enough....satu lagi perkara menarik cuti ni ialah berlakunya gerhana matahari...pada zaman Rasulullah SAW ketika anak baginda yang bernama Ibrahim meninggal dunia,berlakunya gerhana lantas baginda memperbetulkan persepsi umat ketika itu "berlakunya gerhana ini bukan kerana mati atau hidupnya seseorang tetapi ia merupakan salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah..." pada hari tu(Isnin),saYe dan abah ke Masjid Peringgit untuk menunaikan solat sunat gerhana,penuh sesak masjid...solat dilakukan selepas waktu asar(kerana gerhana berlaku sekitar 5.30-6.30ptg)...saYe pun tak ingat sebelum ni pernah solat gerhana ke tidak tapi nak royaknya kat sini solat ni memang sangat UNIK kerana setiap rakaat mempunyai 2 kali rukuk dan setiap rakaat disunatkan memanjangkan bacaan,tak hairan la apabila solat yang dipimpin oleh Ust Abd Rahim Khaliq Al-Hafiz ini mengambil masa hampir 25 minit walaupun hanya 2 rakaat...habis solat disusuli dengan khutbah...ada 2 points yang saYe cukup ingat...1)SEDEKAH-satu mafhum hadith dari Anas bin Malik R.A baginda menggalakkan umat Islam bersedekah kerana sedekah dapat menjauhkan diri daripada api neraka..2)TAUBAT-satu mafhum hadtih dari Abu Huraira R.A Demi Allah!!Aku meminta ampun kepada Allah setiap hari lebih daripada 70 kali...saYe buka bicara ini dengan bertanyakan iman kita dan saYe labuhkan tirai entry ini juga perkara yang sama berkaitan dengan 2 points tu...tepuk dada tanya iman...

4 comments:

djambu puadovich said...

ni akak ko yg aku dtg kenduri dia dulu tu ke?

alhamdulillah...kalo nk anak buah soleh, pak cik kene la mendidik nye...;)

Ista said...

kita pernah solat gerhana kat sultan muhammad...time form 2...ustaz rahim morocco jadi imam n bace khutbah.

Anem Arnamee said...

Salam ziarah;)

dr gLoCaL said...

@djambu-aah yeop...tu je akak ak seorang...orait,akan ak didiks muhammad salim dengan sebaik2ny

@istajib-lorr,ye ke jib,hampir lupe gue kite penah solat gerhana kat sultan dulu...huhuhu

@arnamee-thnx for ziarah,do visit it again