Tuesday, December 29, 2009

eiii...! rimasla

saYe memberanikan diri untuk bercerita tentang AURAT kali ini...saYe sedar topik ini bukanlah topik favourite tetapi saYe tak sanggup lagi untuk hipokrit pada diri sendiri...cukuplah medan ini menjadi bukti padaNya bahawa saYe pernah cuba untuk tolong kawan-kawan saYe dan yang lain-lain jugak untuk memahami peri pentingnya kita semua menjaga AURAT....dalam monthly assembly kat Dato' Pathmanaban Hall takde cerita akan hal ni, dalam ruangan tazkirah bersama Prof Izi Hj Ali kat radio HotFM saYe kurang pasti walaupun saluran tersebut menjadi idaman di hati....sebelum saYe membuka langkah yang seterusnya, saYe pohon maaf andai ada yang tersinggung ataupun cuba untuk bersikap agitated behaviour pada saYe, anggaplah tulisan ini seperti pertandingan gores & menang yang mana hadiah utamanya merupakan percutian di SYURGA buat selama-lamanya...Amin...baiklah kita mulakan dengan menjengah perintah kewajipan menutup AURAT yang dinukilkan dalam Surah An-Nur kepada kaum Adam dahulu "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang LELAKI yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan (ayat 30) " kemudian disambung kepada kaum Hawa "Dan katakanlah kepada orang PEREMPUAN yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup dada dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka (ayat 31) "....ok, let us to be more practical rather than discussing the theory part...isu pertama adalah "tak sampai seru lagi nak pakai tudung, nanti tunggulah umur 40 tahun baru pakai"....isu ini merupakan isu paling hangat...mana tak nya, si dia hanya mahu pakai tudung (baca: tutup aurat dengan sempurna) dengan kerelaan hatinya, bukan paksaan dari sesiapa...jawapan saYe berupa bentuk soalan "agak-agaknya lah kan, Malaikat Izrail nak tunggu kita tutup AURAT dulu baru cabut nyawa kita ke atau bila dah sampai 'time' jalan, Izrail terus jalankan tugasnya?"...ingatlah wahai teman, ajal maut kita tak kan cepat atau lambat sesaat pun!!!!...isu yang kedua pakaian yang jarang (tudung,baju,blouse etc)....saYe tidak pasti lah, boleh jadi saudari-saudari boleh tolong verify and clarify kan doubt saYe ni...ade orang pakai tudung tapi tudungnya lutsinar, bole nampak lehernya malah necklace nya, ade orang pakai tudung tapi 'pakai baju adiknya'...ade orang pakai tudung tapi kainnya terbelah situ sana sini...pokoknya sekarang pengetahuan tentang AURAT itu yang perlu dititik beratkan...nak laksanakan kewajipan perlu ada ilmu..tanya lah pada yang tahu...contohnya, prinsip yang paling asas yang ramai terlepas pandang, tudung sepatutnya bawah dada supaya 'apa yang ada di situ' terlindung dari pandangan bukan mahram, Islam bagi arahan sebegitu kerana Islam nak jaga perempuan supaya tidak terlalu bebas nanti terbabas...isu yang ketiga pula "bertudung tapi buat jahat,tak bertudung tapi baik"...huh, puas nak cari jawapan pada persoalan KBKK ni....SaYe pasti satu perkara, tudung yang dipakai tentunya bukan sesuatu yang menggalakkan mereka berkelakuan tidak senonoh. Samada bertudung atau tidak, kalau sudah dikuasai nafsu maka terjerumuslah ia. Maka tidak sepatutnya tudung dipersalahkan!!!!....kalau kita pergi ke pasar malam kat flat Seri Siantan setiap hari Isnin nak beli buah-buahan, buah yang bagaimanakah kita akan pilih? yang baik diluar tetapi isinya busuk di dalam, yang buruk di luar tetapi isinya manis di dalam atau yang kulitnya cantik diluar dan isinya manis di dalam? (jawab jangan tak jawab)....mesti lah cantik di luar dan manis di dalam bukan? maka saYe nak kempan kepada yang bertudung agar menjaga kehormatan, jangan menjadi seperti buah yang cantik kulitnya tetapi busuk isinya (iliacus...) manakala teman-teman yang masih belum bertudung tetapi baik budi pekerti, jom lah menjadi buah yang manis isi dalamnya dan cantik kulit luarnya, cantik dengan bertudung :p sebagai akhirnya, saYe syorkan kepada yang dah bertudung tu, berfesyen lah sikit...hehehe...suka hati lah nak guna tudung Waheeda, Wardina, Ekin etc....so that dapat menarik perhatian yang 'belum tu'.....Happy New Year 1431H & 2010M :)

9 comments:

{ Miss Syahira } said...

thanks bro.

dr gLoCaL said...

cousin: sama2 :p

hida said...

"kepada yang dah bertudung tu, berfesyen lah sikit..." :)

fesyen, fesyen jugak. asal TAK tabrruj sudey. [dan x selekeh, kan?]

Si Jelita said...

apsal ayat las tu cam pelik je bunyinye rahim...haha....
sory tergelak plak....

dr gLoCaL said...

dah 3 org yg 'attracted' pada ayt terakhir tu...ayt itu bermaksud spy org yg sudah menutup aurat menggunakan fesyen tudung tu sbg 'daya penarik' kepada yg belum bertudung tetapi masih dalam ruang lingkup yg dibenarkan dlm Islam(tidak tabarruj)
p/s:harap saYe menjawab soalan hida n si jelita

yaNie said...

Well said, Rahim.

dr gLoCaL said...

yani:trimas!!!ini hanya sekelumit usaha dari seorg insan daif

Anonymous said...

tudung yg jarang, yg nmpk neck-betol2 sahabat elakkan la!
if i can say it here sorryyyyy-tudung bawal kita elakkan ye n tell ur mom n sisters too
oke tudung ekin/waheeda pon mmg byk skrg tp jgn beli yg jarang jgk ye!!!!! de byk versi skrg
if kalu de tudung jarang pon-lilit la/ pki 2 lapis ke jd berfesyen tudung tu smpi jd x jarang-
-pedulikn ape org nk kata-terleby bergaya ke, x heran! asalkan kita jg! sama2 kita jg ye insyaAllah
(thanx rahim membiarkn sy menulis disini heheh =)

dr gLoCaL said...

dina:i do appreciate ur words...spread Islam by means of writing articles