Wednesday, March 3, 2010

Bila sebut nama Rasulullah.....



  1. 1.Bila sebut nama Rasulullah SAW, saYe terus teringat akan selawat...Selawat inilah yang akan mengundang syafaat (baca:talian hayat) di yaumil akhirat kelak....dont play play, Nabi sebut dalam satu mafhum hadith "orang yang paling bakhil adalah seorang yang apabila disebut namaku dia tidak berselawat kepadaku"...tapi adala sekelumit manusia yang membidaahkan sekelompok manusia yang lain dengan alasan selawat itu tidak datang daripada Rasulullah SAW....saYe pon setuju selawat yang afdhal adalah seperti selawat Ibrahimiyyah (selawat pada tahiyyat akhir) tapi bukanlah adab seorang Muslim nak attack sebegitu rupa.....
  2. Bila sebut nama Rasulullah SAW, saYe terus teringat akan jerih payah Nabi nak sebarluaskan Islam....Nabi tak berdakwah dalam bilik yang berhawa dingin, tapi Nabi ajar para sahabat baginda Islam ni agama perjuangan....janganlah kita hanya duduk di tepi gelanggang sahaja!!!....para sahabat yang dapat tarbiyyah direct daripada Nabi menzahirkan kecintaan mereka pada Allah dan Rasul...ambil contoh perang Uhud bilamana sahabat yang bernama Thalhah bin Ubaidillah putus tangan dan jari jemari beliau, tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi perlindungan pada batang tubuh insan mulia itu (sahih Bukhari)...Saidina Hamzah pula syahid di medan yang sama, lantaran daripada itu, si bedebah Hindun membelah hati Hamzah lalu mengunyahnya...Hindun menjadikan telinga-telinga dan hidung Hamzah sebagai gelang kaki (Zaadul Maad)....
  3. Bila sebut nama Rasulullah SAW, saYe terus teringat akan pesan baginda supaya berhati-hati dengan golongan munafik (baca:manusia 'bermuka ganda')....mereka hanya mengaku Islam di bibir tetapi tidak di hati...inilah musuh dalam selimut yang perlu dijaga...Bapa Kemunafikan Abdullah bin Ubai punya lah 'warak' sampaikan solat berjemaah dibelakang Nabi tapi tup tup dia dan konco-konconya yang memporak-perandakan umat Islam...kisah sebegini benar-benar menjadi pelajaran yang berguna untuk kita....janganlah namanya Abd Rahim (baca:hamba yang mengasihani) tapi perangai macam %$#*(&@!)&^......
  4. Bila sebut nama Rasulullah SAW, saYe terus teringat ulama-ulama besar Islam...Imam Syafie salah seorang daripadanya...hafal Quran usia 7 tahun, hafal kitab Muwatta' umur 10 tahun dan gurunya membenarkan beliau mengeluarkan fatwa pada hayat 15 tahun...kalau nak buat frank comparison, saYe masih ingat masa umur 7 tahun saYe ke sekolah rendah berseluar pendek, umur 10 tahun, saYe sangat gian bermain hantu galah @ galah panjang, umur 15 tahun baru nak mula hafal hadith pendek-pendek....seorang lagi permata Islam adalah Imam Malik, nak cerita keluhuran peribadi beliau...ada kisah Imam Malik seperti yg dinukilkan dalam Siyaril A'lam bahawa beliau tidak memakai sepatu sepanjang berada di bumi Madinah dengan alasan "bagaimanakah saya sanggup memakai sepatu memijak tanah yg bersemadinya di bawah bumi itu jasad RasululLah SAW"....pada satu hari, beliau yang mendapat jolokan Imam Daril Hijrah ( imam bumi Hijrah RasulilLah) telah dihadiahkan seekor kuda yg cantik untuk kegunaannya...Beliau menerimanya lalu menghadiahkan kepada orang lain yg memerlukannya....Bagi beliau memijak bumi yang hebat itu dengan sepatunya pun tidak sepatutnya, inikan pula dengan menaiki kuda, tentulah lebih-lebih lagi tidak patut....
  5. Bila sebut nama Rasulullah SAW, saYe terus teringat akan koleksi doa-doa yang patut kita amalkan dalam rutin kita...ada sepotong doa yang dibaca oleh Nabi bila baginda mendapat wahyu surah al-Mukminun...dengan basis ini kita juga boleh amalkan bilamana kita selesai menuntut ilmu...maksud doa ini tersangatlah cantik dan 'RUGI' kuasa dua jika kita tak baca اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا ، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا. Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”

No comments: