Wednesday, April 14, 2010

bapa derhaka anak




MEMBINA GENERASI CEMERLANG....itulah tajuk untuk ceramah bulanan di Masjid Al-Azim, tersenyum girang saYe apabila dapat tahu penceramahnya adalah Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz...kebizian paeds posting sedikit pon tidak dapat menghalang saYe untuk menghadiri majlis ilmu ini...sepertimana ym status saYe tempoh hari "i nid to entertain my soul after spending hours wit kids and toys"....Ust Hassan Din merupakan salah seorang daripada 3 beradik tokoh agama di negara kita selain Dato' Dr Haron Din dan Ust Ishak Din (seperti gambar di atas)...keilmuan beliau sangat-sangat ditagih oleh umat, selain pernah menjadi Imam Besar Masjid Negara, jawatan terakhir dalam kerajaan adalah Pegawai Agama Istana Negara, sekarang menyandang jawatan Pengerusi Panel Syariah Bank Rakyat dan sebuah lagi bank di Thailand....menjadi kewajipan saYe untuk berkongsi dengan anda semua isi-isi penting dalam ceramah beliau....Ust Hassan Din memulakan bicara dengan membawa satu statistik tidak rasmi bahawa masyarakat Melayu Malaysia yang menjaga solat 5 waktu tidak sampai 40%!!!! Subhanallah....cemerlang sungguh bukan??!!! kemudian Ust Hassan berkongsi satu cerita yang mana beliau dijemput untuk menyampaikan satu ceramah kepada rekrut tentera baru seramai 600 orang...seorang komandan tentera berbisik kepada beliau bahawa out of 600 tu, tak sampai separuh boleh membaca surah Al-Fatihah dan 4 orang daripadanya belum bersunat (baca berkhatan)....Ust Hassan menggaru kepala sebentar...kemudian beliau menekankan tanggungjawab ibu bapa nombor wahid dalam tumbesaran anak seperti mana pesan Nabi SAW dalam satu mafhum hadith, ada 3 perkara...pertama sebaik anak itu dilahirkan berikanlah nama yang baik-baik dan elok maknanya bukan ikut sedap bunyi je...kedua sebaik sahaja anak itu mumaiyyiz (tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara) atau aqil baligh (baca balagha 'aqilun) hendaklah mengajarkan anak itu ilmu yang berguna dan yang terakhir apabila anak itu meningkat dewasa ibu bapa bertanggungjawab menentukan jodoh anaknya (baca ibu bapa bertanggungawab approve atau tidak calon pasangan anak mereka)....Ust Hassan memperincikan lagi dengan membawa satu kisah di zaman pemerintahan Saidina Umar yang mana beliau pernah menghukum seorang bapa yang 'derhaka' pada anaknya kerana apabila disiasat, bapa tersebut tidak menjalankan perkara-perkara di atas dan si anak menjawab "Demi Allah bapaku tiada syarat-syarat itu"...maka Umar menjatukan hukuman ke atas si bapa itu dek kerana 'derhaka' pada anaknya sebelum anaknya derhaka kepadanya.....kemudian daripada itu, Ust Hassan menekankan kepentingan exclusive breasfeeding dan membawa pendapat para ulama yang mengatakan mana-mana manusia yang disusukan dengan susu lembu maka pasti dalam dirinya akan ada sifat-sifat kebinatangan (baca kelembuan).....pengisian malam tu benar-benar menyentuh kalbu saYe....moga ada manfaatnya,amin.....

1 comment:

Dek JA said...

tambahan dr pengisian Datuk Hassan Din ntk post dr.glocal--> manusia ini ada 2 jenis.. AN-NASS dan AL-INSAAN.. Allah telah menyebut 'an-nass' sbyk 273 kali di dalam warkah suci Al-Quran dn cuma hanya 92 kali bg 'al-insaan'.. ratio ini bermakna,setiap 3org an-nass ada 1org al-insaan.. menurut datuk Hassan Din lg, penggunaan an-nass adalah merujuk kpd ayat suci makiyyah, manakala al-insaan pula merujuk kpd surah2 madaniyah.. jika kita perhati kehidupan manusia 'an-nass' ini diselimuti identiti jahiliah yg mana pnuh dgn sifat mazmumah dan kehinaan walaupun mrk unggul dr segi economi(Allah telah menyebut kenikmatan yg tinggi bg mrk dlm surah Al-Quraisy yg mana Allah permudahkn kaum Quraish dlm urusan perdgagn, sumber mknn dan keamanan-namun mrk tidak erti bersyukur).. berbeza sama sekali dgn manusia 'al-insaan' yg lahir di zaman islam gemilang di madinah yg sempurna peribadi mencakupi segenap aspek kehidupan, bilamana ISLAM adalah ad-deen.. stlh itu jelas lh kita mengapa generasi kini bukan generasi cemerlang krn kita sendiri memilih ntk menjd an-nass, bukan al-insaan.. amat menyedihkan.. ini selari dgn ratio an-nass:al-insaan [3:1] di dlm warkah suci al-Quran dgn generasi akhir zaman ini.. oleh itu, ayuhlah saya, kamu dan kita yg menyedari keadaan ini, bersama mengurangkan ratio nass:insaan ini demi kemaslahatan agama.. jgnlh jd spt si celik yg buta lg tuli, kaku paku ntk bergerak demi Islam, Msia tercinta.. kita berperanan dlm dakwah dn tarbiyyah, insyaAllah amiin..

-Dek JA-