Wednesday, November 26, 2008

Dam haji



Salam wbth....1-2 hari lagi kita akan masuk ke bulan Zulhijjah....dah nak raya haji rupanya,puas jugak saYe pergi kenduri bakal-bakal haji dan hajjah aritu,mudah-mudahan bila pulang nanti dengan membawa title true Haji @ Hajjah,mendapat haji yang mabrur,takdela nanti ade cakap-cakap si anu tu sebelum pergi dan lepas balik haji same je,bawak balik haji malboro la jawabnya..satu lagi bila ke sana tu mestila well-prepared,bukannya 'hantam kromo' je,ataupun pergi sekadar untuk melancong,Makkah & Madinah tak sama dengan Paris,Dubai,Bali dan yang lain-lain...sifat SABAR itu sangat penting,macam-macam dugaan ada di sana!!ok habis cerita orang yang nak ke sana,so ahli-ahli persatuan tak pergi haji ni buat apa ya di bulan Zulhijjah nanti?ideally speaking,bulan yang terakhir dalam kalendar Islam ini merupakan bulan yang Allah nak bagi kita second chance untuk pulun dengan amal ibadah kepadaNya,kiranya ala-ala jualan penghabisan stok hujung tahun di pusat membeli belah gitu...majoriti mufassirin bersetuju bahawa maksud ayat Quran dalam surah Al-Fajr "Demi hari-hari yang sepuluh" merujuk kepada 10hari pertama dalam bulan Zulhijjah dan ia disokong dengan 2potong hadith "Sebaik-baik hari di dunia itu adalah sepuluh hari itu(Al-Bazzar)" & "Tiada hari-hari yang disukai Allah untuk hamba-hambanya memperbanyakkan amalan melainkan sepuluh hari itu(Bukhari)"...so ape tunggu lagi eh?DIY(Do It Yourself)...kita kurangkan berkata-kata tapi digantikan dengan melazimi lidah dengan berzikir,ingat kita mesti jadikan zikir itu seperti sebahagian daripada batang tubuh badan kita,kemudian jomla pakat-pakat puasa 1-9 Zulhijjah,kalau rasa tak mampu(saYe?),jangan tidak-tidak puasa pada 9Zulhijjah a.k.a Hari Arafah(menghapuskan dosa yang lalu dan tahun yang kemudian)...tak lupa juga untuk kita bertakbir(time-sejurus selepas solat subuh Hari Arafah hingga hujung waktu Asar hari ketiga Tasyriq iaitu pada 13 Zulhijjah)...wallahu a'lam

2 comments:

djambu puadovich said...

haji memborong...

dr gLoCaL said...

aik?ade istilah haji memborong ke yeop?tak tau lak aku...hehehe