Thursday, April 23, 2009

Amy Search & orang cina baca Quran

Dari kiri:Renggo Arrow,TG Nik Aziz dan Amy Search






Semenjak dua menjak di Melaka ni cuaca tersangat lah PANAS,BAHANG etc...saYe sebagai tuan rumah di sini pun terasa kelainannya,bila buat survey kat student-student lain macam tu jugak la jawapan yang diberi,konklusinya kepada kita "ni baru panas dunia beb..tak tau la panas sambaran api neraka!!! Wal'iyazubillah"... laman ni saYe rasakan medium terbaik untuk saYe berkongsi ekspresi,harapan dan matlamat penghidupan kita sehari-hari...kalau nak dikira SIBUK,BUSY,BANYAK HAL dan semaksud dengannya alamat kita masuk kubur bertemu dengan Sang Pencipta dengan membawa beg galas yang kosong la...bila soalan ditanya "adakah kamu mengetahui dan mengambil berat masalah saudara seagama kamu?adakah terdetik di hatimu dan punya azam untuk mengajak membe-membe kamu yang bernama Ah Leng,Kumar atau pun John untuk mengenali Islam?"Jawapannya ada di tangan masing-masing bukan??...iA saYe dan anda akan memberikan jawapan YA!!!

Lagenda rock jumpa tok guru???!!! satu perkara yang menarik untuk kita tatapi...tak terfikir langsung dalam benak kepala saYe bilamana penyanyi yang terkenal dengan lagu Isabela itu bukan sahaja bertemu secara tidak sengaja malahan menjemput 'si tua' itu datang ke restoran milik beliau di KL dan kali ini beliau datang ke negeri pantai timur itu sebagai kunjungan dan tetamu kehormat kepada tok guru...ALHAMDULILLAH...ungkapan itu sahajalah yang dapat saYe ucapkan..tak cukup dengan seorang artis,seorang lagi bekas penyanyi kumpulan Arrow iaitu Renggo juga hadir dan berbesar hati untuk membantu tok guru dalam menyemarakkan panji-panji Islam ini...lepas tu bila Datuk cT pulak datang dengan Datuk K jumpa tok guru dan satu ketika dulu Maya Karin juga hadir dalam satu bual bicara anjuran kerajaan negeri serta Mawi World mengadakan 'konsert halal pertama di Kelantan' maka saYe dah tak hairan la...Alhamdulillah sekali lagi....kalau anda belum mengenali insan yang dah berumur 78 tahun ini,seciput nasihat saYe kepada kalian dengarkanlah mutiara-mutiara kata beliau ini,yang keluar dari mulut beliau tidak lain dan tidak bukan hanyalah kalam Tuhan dan kalam Rasul yang mulia...one thing saYe amat tertarik adalah tok guru suka untuk memberikan perumpamaan apabila cuba untuk menerangkan sesuatu..satu contoh yang saYe tak kan lupa iA bila beliau mengumpamakan Islam ini seperti preskrepsi ubat daripada doktor,jika seorang pesakit tu nak baik kene la makan ubat,tak jadi hanya baca nama ubat dan dosnya sahaja..kalau nak kan Islam tak jadi la hanya kita baca Quran sahaja TANPA kita aplikasikan isi kandungan Quran itu sendiri,tak gitu???

Orang Cina itu baca dan terjemah ayat Quran,boleh ke?? Islam diturunkan sebagai rahmatal lil 'alamin i.e pembawa rahmat semesta alam,Islam bukan eksklusif untuk orang Arab sahaja,jauh sekali untuk orang Melayu,so jangan jadikan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam...It's TOTALLY WRONG!!sebab tu jangan terperanjat orientalis Barat lebih mahir isi kandungan Islam daripada umat Islam itu sendiri,ambil contoh pakcik Nabi Abu Lahab dibenarkan membaca dan memahami surah 'beliau' itu,even Saidina Umar ketika sebelum memeluk Islam juga pernah merampas lalu membaca potongan ayat dari Surah Toha daripada tangan adik beliau...Isunya si Cina ni baca salah??dah dia bukan Qari jemputan dari Mesir!!!Kalau salah betulkan la bukan pergi report polis,tak gitu??hatta segelintir umat Islam pun merangkak-rangkak nak baca Ayat-ayat lazim...saYe panjatkan SYUKUR kepada Allah kerana tak sia-sia ditengking dan dimarahi oleh mak masa kecik-kecik semata-mata suruh anaknya baca Quran setiap hari..nway,jangan jadikan perselisihan politik sebagai wadah untuk menyerang membuta-tuli...tulisan ini pun bukan untuk menyerang atau mempertahankan puak-puak tertentu di luar sana!!!Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk menjadi mata rantai perjuangan dakwah Rasullullah SAW...Ameen..Kalau bukan kita siapa lagi??

5 comments:

FiDieYaaa said...

Betul2. Yang orang Islam taknak bace Quran, x kecoh lak diyer... huhu

dr gLoCaL said...

Dr Riduan Tee Abdullah dan Ust Farid Ravi-2 contoh tokoh muallaf yang jauuuuuh lebih baik daripada Melayu Islam yang ada2 ni(termasuklah saYe)...marilah kite sama2 kecohkan kat org Islam spy baca+amal pusaka Nabi ini

aku dr amin said...

ALHAMDULILLAH . itulah tuan guru yang saya kenal selama ini. tak lekang dr menyampaikan tazkirah dengan ungkapan ungkapan berbisa yang keluar dr mulut beliau . beliau suka memberi perupamaan. seumpama kata kata beliau terhadap orang yang tak percaya pada islam. suruh mereka buat dunia lain dan hidup sendirian . andaikata mere ni hebat sgt. salam buat abg rahim. rasanya abg ni bekas presiden iya manipal kan? salam perkenalan

dr gLoCaL said...

beruntunglah kamu menjadi rakyat sebuah negeri yang dipimpin oleh seorang ulama yang disegani kawan dan lawan...tinggal bekas je,tak lebih dari itu..teruskan memacu IYA disana dengan penuh idealisme...jawatan merupakan taklif,tidak sekali-kali anggap ia sebagai tasyrif..

aku dr amin said...

insya allah. bersama kawan kawan seperjuangan disini.