Sunday, June 14, 2009

Fathi Yakan (1933-2009)


Setiap yang hidup pasti akan mati...itulah sunnatullah yang telah ditetapkan,mana mungkin yang hidup tidak akan menemui kematian,maka jangan lupa 'tarikh' kematian kita!!!....Tanggal 13 Jun 2009 telah ditakdirkan pemergian seorang tokoh agung dalam dunia Islam iaitu Syeikh Dr Fathi Yakan...beliau meninggal dunia pada usia 76 tahun.Jasa beliau sangat besar dalam kancah harakah Islamiyyah..berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam..antara buku karangan beliau yang tersohor adalah 'Apa Erti Saya Menganut Islam' atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni' yang menjadi kitab rujukan usrah-usrah seantero dunia tidak terkecuali di Malaysia juga,maka jangan berbohong jika sistem usrah anda tidak menggunakan 'silibus' ini!!!...beliau menjadi contoh terbaik seorang ulama yang tidak terkecuali bergiat aktif dalam politik Lubnan apabila pernah memenangi kerusi Parlimen sedikit masa lalu...ini menjadikan hujjah kepada kita bahawa ulama perlu punya pendirian tegas dalam isu kenegaraan,bukan hanya tahu mengatakan hukum Islam yang lima(wajib,sunat,mubah,makruh,haram) itu sahaja...jadilah ulama yang 'tidak tidur atas timbunan duit' dek dikunci rapi dengan habuan dunia semata-mata!!!..sekitar 30 tahun yang lalu,beliau bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Almarhum Dato' Fadzil Nor,beliau mengingatkan akan penyakit 'ghurur' iaitu keangkuhan ahli gerakan Islam akibat kedangkalan ilmu dan miskin sifat tawadduk...subhanallah..marilah kita jangan asyik pandang ke langit sahaja,jenguk-jenguk lah yang di bawah itu..Allahumma ameen...moga Almarhum digolongkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa....AL-FATIHAH