Sunday, July 12, 2009

Ada Apa Dengan Solat



saYe menggelarkan bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadan sebagai BULAN 3 BERADIK...ada yang berpuasa 3 bulan terus dan ada yang telah mula memperbanyakkan amalan-amalan soleh sebagai 'warm up' sebelum mengharungi 'Battle of The Ramadan' nanti....bila kita sebut bulan Rejab,mustahil untuk kita tidak bicara mengenai Isra' & Mikraj walaupun pada hakikatnya masih ada event yang lain berlaku pada bulan ini seperti Perang Tabuk dan Pembebasan Al-Aqsa oleh Salehuddin Al-Ayyubi...di sini saYe sekadar nak peringat diri sendiri dan anda semua tentang peristiwa Isra' & Mikraj ini yang mana perintah kewajipan Solat,benda-benda ni kena lah selalu diperingatkan,dah la setahun sekali,kalau tak analisa dan tak diisi molek-molek,lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja...Allah telah menjemput Nabi SAW naik ke langit selain untuk terima sendiri 'arahan' solat malah Allah nak tunjukkan kepada baginda tanda-tanda kebesaran Allah...syurga dan keseronokannya serta neraka dan kepedihannya....Untuk itu Allah mengarahkan malaikat untuk membelah dada baginda dan membuang segala 'daki-daki maksiat' dan digantikan dengan Nur dan Hikmah...Ketika Nabi menemui Allah, lantas baginda memberikan salam kepada-Nya...Itulah yang kita baca dalam solat yang dikenali sebagai Tahiyyat...secara tidak langsung peristiwa ini mengajar kita supaya 'ringankan mulut' untuk memberi salam kapada saudara seagama kita sama ada yang kita kenal ataupun tidak (mafhum hadith)...jangan lah sampai 'berlanggar bahu' pun buat-buat tak tahu je!!lagi bagus kalau kita ucapkan dengan ucapan yang penuh...untuk makluman,Kris Dayanti pun bisa mengucapkan salam yang penuh di Anugerah Planet Muzik (APM '08)!!..Tahiyyat bermaksud segala perbuatan dan perkataan yang menunjukkan rendah diri hanya untuk Allah,Allah menjawab semula salam Nabi tersebut dengan "Selamat untukmu wahai Nabi....." Allah tidak berkata begini "Selamat untukmu wahai Muhammad..." ini menunjukkan title Nabi itu yang merupakan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Allah...habis cerita naik ke langit,perkara yang paling paling paling penting sekarang bagaimana kita nak 'comelkan' solat kita baik dari segi teknikal mahupun aspek khusyuk dalam solat itu sendiri...saYe syorkan dua buku di atas yang boleh kita jadikan guideline dalam membaikpulih solat kita,moga ada manfaatnya...kalau boleh tonton Transformers dan Twillight mengapa tidak keluarkan duit sikit untuk 'aset' kita di akhirat
Allahumma bariklana fi Rajabi wa Sya'ban, wa ballighna Ramadan...ameen


1 comment: