Thursday, January 1, 2009

ALLAH mudahkan kamu & kami!!!









Setiap kali tiba tahun baru,maka kita berkesempatan melakukan dua perkara; merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang telah berlalu pergi(2008) serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai(2009).Justeru kita perlu terus mara ke hadapan dan anjakan paradigma(ISLAH) itu harus bertunjangkan aqidah yang mantap.Semoga apa yang dicita-citakan mendapat redha Allah Rabbul Jalil.Tidak dilupakan juga nasib saudara kita di bumi Palestin yang terus 'bermain dengan pancutan darah' di sana.

Ubah sebelum parah,ubah demi maruah.

Monday, December 29, 2008

Bon Annu


Tirai 1429H telah pun dilabuhkan menandakan bermulanya tahun baru 1430H...apa signifikannya kalau ia disambut dengan mandian darah ratusan penduduk Palestin angkara rejim Zionis laknatullah...itu cerita saudara-saudara seAGAMA kita nun jauh di sana...apa pula cerita 'menarik' di tanah air kita ni?ohh...ada yang mahu menjadi 'Pendekar Mustar' dengan mewujudkan blog yang menghina insan agung Muhammad SAW,barangkali si pendekar ini terlupa ataupun seperti judul lagu kumpulan Matta iaitu tidak ke'tahuan' akan seksaan yang amat dahsyat kepada sesiapa yang memperlekehkan baginda,saye tidak kisah sangat si pendekar ini sama ada dia bernama Mutusamy,Ricardo or even namenye Muhammad...tapi kepada sesiapa yang mengenali si pendekar itu,tolong belikannye sebuah buku yang berjudul Bustanuul 'Arifin karangan Imam Nawawi,tak mahal mana pun,lebih kurang RM1o camtu,pastu suruh si pendekar itu baca bukti-bukti orang-orang yang 'sekaum' dengannye....
  • sebuah mafhum hadith yang menyebut "para malaikat akan merendahkan sayapnya" lalu ade seorang yang cuba mempermainkan phrase tu dengan berkata "Aku nak letak paku kat bawah kasut aku nanti supaya malaikat tak boleh terbang lagi"....Allah balas ke'hero'annye itu apabila orang itu menjadi PARALYSED
  • sebuah lagi mafhum hadith "sesungguhnya bilamana engkau bangun tidur jangan terus masukkan tanganmu ke dalam bekas air"..seorang lagi sepupu sepapat si pendekar tu kot,die cam nak test jugak 'kebenaran' hadith ni,Allah tunjukkan balasan dengan memasukkan tangannya ke dalam lubang dubur sedalam 1 hasta!(wat PR pun tak sampai camtu...huhuhu)

saYe menyerulah kepada diri saYe dan para pembaca yang budiman bersempena sambutan Maal Hijrah 1430H ini,kite singkap kembali jerih payah Rasulullah nak sebarluaskan Islam,kite just dituntut supaya appreciate usaha baginda itu!!!!senangkan?....malam semalam jugak diadakan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Masjid Al-Azim,banyak anugerah tokoh-tokoh yang diberi mengikut kategori masing-masing,saYe hanya tertarik pada 3 kategori je iatu kategori tokoh penjawat awam(Mr Safian,HOD Surgery Hospital Melaka...p/s:'Mr' adalah gelaran kepada pakar-pakar perubatan),kategori tokoh saudara baru(beliau seorang berbangsa cina memeluk Islam pada tahun 1996 tetapi beliau telah berjaya mengISLAMkan 25 orang saudara baru,hebat bukan??!!!) dan yang terakhir kategori tokoh insan istimewa(OKU)....tahniah jugak kepada SS Datuk Seri Harussani Zakaria(Mufti Perak) yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan...yang macam inilah saYe katakan appreciate jasa Rasulullah SAW....jangan tanya apa Islam telah beri kepada kita,sebaliknya tanya apa yang kita dah beri kepada Islam...so apa azam tahun baru??memetik soalan-soalan dari seorang sahabat saYe di blog beliau:KERJA GEMPAK DENGAN GAJI YANG GEMPAK?DAPAT PAKAI KERETA BESAR?DAPAT ISTERI YANG CANTIK MACAM...err...sape ye?DAPAT BELI RUMAH BANGLO ATAS BUKIT?...Sekarang orang dah tak nak rasanya.Tanah runtuh beb!DAPAT JADI JUTAWAN?...akhir kalam,nak kempen puasa pada bulan Muharram,"Seafdhal-afdhal puasa selepas Ramadan ialah puasa pada bulan Muharram"(al-hadith),di awal Islam,umat Islam diwajibkan berpuasa pada hari 'Asyura(10 Muharram) sebelum puasa Ramadan difardhukan....antara hikmah terbesar ialah pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada kaum Bani Israil lalu baginda berpuasa tanda bersyukur...maka orang Yahudi pun 'mengamalkan sunnah' ini...jadi kita semua diajar untuk membezakan puasa kita dan puasa orang Yahudi...mengikut urutannya,paling afdhal puasa 9,10,11 Muharram @ 9,10 Muharram @ 10,11 Muharram @ puasa je la 10 Muharram....

Bon Annu!!! (dalam bahasa Portugis bermaksud Selamat Tahun Baru)...A new year,a new start,a new beginning....may the blessings of Allah fill our life with hepiness & open ALL doors of success...ameen


Wednesday, December 10, 2008

Budin dan ceritanya




Salam alaik....still dalam mood raye haji lagi,para hujjaj sedang melontar jamrah yang tiga sekarang ni,antara rakyat Malaysia yang pergi kali ni seperti Anak-anak Sidek,Angkasawan Negara Dr Sheikh Muzapar,YB Zulkifli Nordin,YB Salahudin Ayub,YB TG Haji Hadi,Dr Abd Basit Abd Rahman,Aznil Nawawi,Sheila Majid dan yang lain-lain,moga balik dengan haji yang mabrur ameen...diam tak diam,dah 3bulan saYe run blog Soleh & Islah ni,ade yang bertanye ape hadaf(tujuan)blog ni,dalam erti kata lain,ape sebenarnye tema blog ni disebalik pemilihan heading tersebut,hmmm....its so simple,kita hidup ni bukan kita sorang nak jadi baik,bukan kita sorang nak masuk syurga,nanti Allah tanye kat setiap orang daripada kita samada kita endahkan atau tidak urusan saudara seagama kita...dalam Islam tiada istilah 'jangan jaga tepi kain orang'....teringat bila dalam pengajian kuliah tasawuf Ust Abd Rahman Jaafar yang memberi analogi "kita mestilah menjadi seperti air mutlak i.e suci lagi meyucikan"...pokok pangkalnya,kita kene 'clear' dulu la,tapi nak tunggu diri yang kerdil ni perfect susahla,kerja dakwah @ invite people to the right path mesti diteruskan,bukankah ia merupakan sunnah yang teragung??....saYe yakin masing-masing punya tanggungjawab yang sangat banyak,macam saYe la kan,dengan sang Pencipta sebagai hamba Allah dan khalifah atas muka bumi ni(banyak lagi tak setel ni..huhuhu),dengan ayahanda dan bonda sebagai anak(dah dapat title anak soleh ke belum?harusla ke arah itu!!),dengan adik-beradik sebagai yang bongsu sekali(masa kecik-kecik dok asyik bertumbuk dengan angah,hahaha),dengan anak saudara yang 3orang tu viz A'ai,Sarah & Irdina sebagai Pak Busu,medical students(no need to eloborate,action speaks louder than words,huh...),kawan-kawan dan yang lain-lain lagi(seriously its endless list)....kali ni saYe nak berKONGSI diari kehidupan seorang yang bernama Budin(bukan nama sebenar),mungkin terdapat sedikit olahan daripada cerita sebenar,moga kita dapat ambil mana-mana yang baik la eh.........Budin merupakan seorang house officer(HO) di sebuah hospital di Manjung Perak,sekarang bertugas di Emergency Department,paham-paham je la dengan kesibukan rutin hariannye,bekerja around the clock,lebih-lebih lagi musim hujan sekarang ni,kejap-kejap ambulans sampai,Primary & Secondary Survey menjadi 'zikir' hariannya...bila dapat relax seketika,die selalu terfikir tak dapat nak join solat fardhu berjemaah di surau berdekatan,tapi die nekad esok atau lusa die nak ambil MC 3 hari,nak 'hilangkan penat',hari pertama cuti,die puas hati dapat berjemaah di surau,Budin ni seorang yang observant(doktor la katakan)...so masa lepak-lepak kat masjid tu sementara tunggu waktu isyak,tak jauh dari tempat Budin duduk,ade 2 orang pak haji tengah 'layan' Dunhill,berkepol-kepol asap...Budin jadi passive smoker malam tu..bak kata orang melaka 'sabau je la'....2 perkara yang Budin paling 'hairan bin ajaib',firstly-kedua-dua pak haji tu Budin memang kenal sangat,sorang nama die Hj Leman(Imam 1 surau),sorang lagi Hj Kadir(tok siak surau) dan satu lagi mereka merokok di dalam surau!!!!..."kalau bukan sebab aku nak solat berjemaah,tak hingin aku nak datang surau ni,baik aku semayang tempat lain" jerit Budin dalam hatinya..."sia-sia je Kerajaan habis RM22 juta untuk Kempen Tak Nak Merokok(Parlimen:1Dis08),bukannya diorang tak tau bende alah tu haram"katanya lagi...Budin terus mengambil pen dan kertas di dalam koceknya lalu menulis perkataan ROKOK dan RUKUK,Budin mengharapkan mudah-mudahan mereka yang sentiasa merokok akan bertukar menjadi hamba yang rukuk (patuh) kepada kehendakNya,to be continued............

Thursday, November 27, 2008

Mumbai Terror Attacks:Why blame Islam??!!

Blood smeared the floor of the Chhatrapati Shivaji rail station(pernah sampai satu ketika dulu)
some of the victims

Taj Hotel blast


once upon a time during my tour
Mumbai @ Bombay diserang!!!!!atau lebih tepat lagi 'mereka' mahu menyerang orang kulit putih(warga Britain dan US) yang berada di dua hotel mewah berdekatan i.e Taj Hotel & Oberoi Hotel yang setakat ini telah 'mengorbankan' 100+ orang dan beratus-ratus lagi cedera parah...saYe bukan wartawan daripada mana-mana akhbar ataupun tabloid baik di Malaysia dan India tapi sekadar nak menjawab ISU yang timbul...ape isunya di sini??setiap kali berlaku insiden-insiden seperti ini,adela kumpulan-kumpulan militan Islam yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut...tidak pasti samada ia adalah fakta ataupun sekadar mainan 'konco-konco' Iblis dan Syaitan..let say it was true,so the next question arise "Why should Muslim do all those things?Aren't we promote PEACE all the time??"lalu kawan saYe menulis satu mesej yang diterima daripada seorang warganegara US di status YM nya seperti berikut "Islam is hard at work spreading love and piece in India,100 innocent dead"....let put it this way,Islam does not agree with the act of killing,so when there are some Muslims get involved in terrorism,it is not Islam that has to be blamed but in fact, the individuals who do not fully understand is to be blamed..Islam is nothing to do with this #$&*,jangan sewenang-wenang nak condemn,I'm really annoyed!!!Killing is one of the big SIN in Islam...dalam konsep Maqasid Syar'iyyah yang mana ditekankan pemeliharaan NYAWA(others:aqidah,harta,akal,nasab)..meaning tiada sebab untuk anda membunuh manusia yang lain melainkan dalam empat hal iatu dalam hukuman ke atas orang Islam yang murtad,hukuman rejaman zina(yang dah kawin la),dalam hal perang dan hukum qisas(bunuh balas bunuh),so Mumbai attack ni(atau mane-mane attack la),saYe tak nampak ianya fit pada salah satu sebab-sebab di atas...wallahu a'lam


Wednesday, November 26, 2008

Dam haji



Salam wbth....1-2 hari lagi kita akan masuk ke bulan Zulhijjah....dah nak raya haji rupanya,puas jugak saYe pergi kenduri bakal-bakal haji dan hajjah aritu,mudah-mudahan bila pulang nanti dengan membawa title true Haji @ Hajjah,mendapat haji yang mabrur,takdela nanti ade cakap-cakap si anu tu sebelum pergi dan lepas balik haji same je,bawak balik haji malboro la jawabnya..satu lagi bila ke sana tu mestila well-prepared,bukannya 'hantam kromo' je,ataupun pergi sekadar untuk melancong,Makkah & Madinah tak sama dengan Paris,Dubai,Bali dan yang lain-lain...sifat SABAR itu sangat penting,macam-macam dugaan ada di sana!!ok habis cerita orang yang nak ke sana,so ahli-ahli persatuan tak pergi haji ni buat apa ya di bulan Zulhijjah nanti?ideally speaking,bulan yang terakhir dalam kalendar Islam ini merupakan bulan yang Allah nak bagi kita second chance untuk pulun dengan amal ibadah kepadaNya,kiranya ala-ala jualan penghabisan stok hujung tahun di pusat membeli belah gitu...majoriti mufassirin bersetuju bahawa maksud ayat Quran dalam surah Al-Fajr "Demi hari-hari yang sepuluh" merujuk kepada 10hari pertama dalam bulan Zulhijjah dan ia disokong dengan 2potong hadith "Sebaik-baik hari di dunia itu adalah sepuluh hari itu(Al-Bazzar)" & "Tiada hari-hari yang disukai Allah untuk hamba-hambanya memperbanyakkan amalan melainkan sepuluh hari itu(Bukhari)"...so ape tunggu lagi eh?DIY(Do It Yourself)...kita kurangkan berkata-kata tapi digantikan dengan melazimi lidah dengan berzikir,ingat kita mesti jadikan zikir itu seperti sebahagian daripada batang tubuh badan kita,kemudian jomla pakat-pakat puasa 1-9 Zulhijjah,kalau rasa tak mampu(saYe?),jangan tidak-tidak puasa pada 9Zulhijjah a.k.a Hari Arafah(menghapuskan dosa yang lalu dan tahun yang kemudian)...tak lupa juga untuk kita bertakbir(time-sejurus selepas solat subuh Hari Arafah hingga hujung waktu Asar hari ketiga Tasyriq iaitu pada 13 Zulhijjah)...wallahu a'lam

Friday, November 21, 2008

Michael Jackson becomes a Muslim!!!


Pop star Michael Jackson has changed his name to Mikaeel and become a Muslim, according to a UK newspaper report.Jackson, 50, wore a special Islamic hat to pledge allegiance to the Koran in a ceremony at a friend's mansion in Los Angeles, The Sun said.British singer Yousef Islam - formerly Cat Stevens - was reportedly in attendance as Jackson recited the shahada, the Muslim declaration of belief.Jackson had rejected an initial name choice of Mustafa in favour of Mikaeel, the name of an angel in Islam, the Sun reported.It said the ceremony was held at the home of Toto keyboard player Steve Porcaro.The reclusive Jackson is due to testify in court next week in a lawsuit brought by a Bahraini prince, who claims the singer agreed to record songs and failed to deliver.
Source:YahooNews....

Thursday, November 20, 2008

hEpi BeSdAy


sELaMaT uLanG taHuN keLaHirAn buat ANGAH & KAKLONG pada 20 dan 21/11....moga panjang umur dan murah rezeki la hendaknya....mereka berdua dah berkerjaya,berumahtangga,mempunyai anak-anak dan yang sewaktu dengannya,tinggal lah adiknya yang sorang ni..huhuhu...abang saYe ni seorang pensyarah kejuruteraan di Universiti Teknikal Malaysia(UtEM),die cakap by the time saYe grad nanti,die nak sambung PHD,akak saYe pula seorang akauntan di SME Bank di Ipoh....apepun,all the best in your future undertakings...doakanlah jugak adikmu yang sorang ni...sebut pasal besday ni,teringat satu mafhum hadith yang diri diriwayatkan oleh sorang sahabat bernama Abdullah bin Busr,beliau meriwayatkan sebanyak 50hadith daripada Rasulullah,mase di zaman kanak-kanaknye,Rasullulah pernah pegang kepalanye seraya baginda bersabda "budak ni akan hidup selama satu kurun"..subhanallah!!!dapat jaminan Nabi tu,benarlah kata-kata Nabi bilamana beliau meninggal dunia pada usianye 94 tahun,berbalik pada mafhum hadith tadi,Rasulullah menyebut bahawa "sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya DAN baik amalannya"...memang elok sangatla ni sebut hadith ni kat besday boy or girl kan...oh ya,tak lupa juga nak wish kat 2 org kawan saYe sekali iaitu Akram Ghazali & Nurhafizah Abdullah pada 23 dan 24/11 ni....wallahu a'lam

Monday, November 17, 2008

Sehari bersama Tok Guru's







Salam 2all....pohon kemaafan kepada para pembaca yang budiman kerana tidak punye mase untuk update blog ni,bak kate sorang kenalan pun "blog dah berhabuk tu",kerana aulawiyyat(priority) kepada akademik,sibuk dengan persiapan untuk EOP(end of posting) bagi subjek Paediatric....nway,entry kali ini,saYe suke untuk berKONGSI something bout Seminar Rawatan Islam di Shah Alam yang dihadiri lebih kurang 300 orang peserta,antaranya Azmil Mustapa fka Ali Setan(see pic above),UiTM students etc,it's really worth it walaupun fees die agak 'mahai',bak kate sorang kawan saYe pon "pegi tengok Madagascar bole,tak kan nak pegi seminar ni tak boleh"....saYe beserta 9 orang lagi yang lain(pakwan,jul,akram,atobe,krun,olin,marie,che ah n tengku)bertolak dengan 2 kenderaan rasmi i.e DBG & JJR,sungguh bahagia rasenye hidup that day,ape taknye,seharian 'berkampung' di masjid plus dikelilingi dengan tokoh agama yang terkenal di kalangan manusia dan makhluk-makhluk yang lain.Slot pertama memperkenalkan 2 orang tokoh muda dalam bidang perubatan Islam iaitu Ust Syeikh Hanafi Abd Rahman & Ust Hanif Ghazali(beliau banyak menulis buku-buku agama yang terdapat di pasaran),ape yang menarik dalam slot ni adalah bilamana speaker menerangkan betapa peri pentingnye kita mempunyai zikir-zikir,doa-doa dan amalan-amalan yang konsisten supaya ia betul-betul menjadi MATANG dan SEBATI dalam hidup kite,inilah masalah umat Islam sekarang,tak istiqamah dalam segala segi,aduh!!!!it's so simple,kite ni ingat kat Tuhan macam biskut chipsmore,kejap ingat,kejap lupe,mase tengah susah,punyela ingat mengalahkan tok lebai,mase senang,sumenye entah ke mane...huhuhu....okla kite beralih ke slot kedua oleh Tuan Guru Prof Dato' Dr Haron Din yang saYe kire pelopor perubatan Islam di Malaysia ini.Beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk 'Asas dan Konsep Perubatan Islam:Antara Kebenaran dan Kepalsuan'..ade beberapa perkara yang ditekankan oleh tok guru dalam slot beliau selama 1jam 45min itu,antara ayat yang mula-mula tok guru ungkapkan adalah "Islam itu dizalimi oleh musuh-musuhnya & juga penganutnya sendiri"...hmmm....dalam segenap hal,ekonomi(riba disanjung),perundangan(tak confidence nak laksana hukum Allah malah bantah pulak seperti isu 'pengkid' baru-baru ni) dan termasuklah dalam hal perubatan Islam known as At-Tibbun Nabawi(Prophet's Medicine) yang mana tak diiktiraf langsung kewujudan cabang ilmu tersebut oleh ********...saYe summarise kan dalam bentuk point form:






  • Antara bahan makanan yang sangat digalakkan kita makan adalah madu lebah.Kualiti madunya bergantung pada kedudukan sarang lebah itu sendiri,the best one sarang lebah yang terletak di gua atau bukit followed by sarang lebah atas pokok & lastly sarang lebah ternakan(so how?kat pasaran tu yang mana satu ye?)



  • Alternatif kepada curative treatment untuk bronchial asthma ade 2 iaitu samada anak burung yang 'fresh'(buat sup) ataupun lendir belut(belut terbaik adalah belut liar)



  • Bagi pregnant lady yang nak mudah bersalin beramal dengan memakan buah kurma/tamar/rutob(basis:peristiwa Maryam semasa mahu melahirkan Isa)



  • Person with migraine boleh amalkan membaca ayat 19 daripada Surah Al-Waqi'ah("Whereform they get no aching of the head nor get any madness")






Pada sebelah petang pula slot forum yang membariskan panel seperti Dr Haron Din sendiri dan Dato' Ismail Kamus manakala Ust Fauzi Mustafa(Al-Kuliyyah tv3) sebagai moderator.Para ahli panel berjaya mengupas segala aspek perubatan Islam dan merungkaikan segala permasalahan yang timbul,saYe sangat tertarik satu perkara iaitu berkaitan konsep TANGKAL,pastinye biase kite akan nampak bilamana bayi yang baru lahir di pergelengan tangan diikatkan dengan benang berwarna hitam.KENAPA??!!itu sume SYIRIK,ia berlainan dengan konsep gelang yang dipakai oleh orang zaman sekarang yang mendakwa mempunyai magnetic dan ia DIBOLEHKAN,tapi kalo setakat bangle yang berwarna-warni tu,kem salam je la,ia memang TAK BOLEH.....program berakhir sekitar waktu asar dan saYe mengharapkan anda sume juge akan terlibat dengan majlis-majlis ilmu seperti ini,dunia kite kejar,akhirat kite tidak lupakan....wallahu a'lam




p/s:NiTe CiRcLe coming soon......Al-Fatihah buat bapa kepada sahabat saYe Nasrul Hadi yang telah meninggal dunia ahad lepas...moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam golongan solihin

Thursday, November 6, 2008

kenape papa kene tangkap?sebab papa jahat!


'Ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari'.....rasenye satu malaya dah tahu cerite mereka ni,front page punye berita la katakan,hmmm....TAPI is it necessary for us to know THEIR story in detail?sampai nak letak kat front page sebuah "akhbar",dah takde berita yang lebih penting ke?(bukan marah,angry je)...saYe melihatkan macam media ni yang menjadi aggravating factor terhadap masalah mereka ni,let them solve their problem themselves!!ini adalah urusan dalaman rumah tangga mereka dan it is wrong sebenarnye dihebah2kan keaiban ini,aduh...tak salah untuk kite kesian kat mereka,saYe pon camtu jugak,once upon a time nampak both of them bole jadi role model pasangan artis tapi ntah mane silapnye jadi begini,Allahu Akbar!!bagilah kekuatan kepada mereka berdua,amin...camne Agama mengajar kite menangani hal sebegini,jom usha maksud Surah An-Nisa' ayat 55 "Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya" ORANG TENGAH dalam ayat ini kita panggil HAKAM iaitu orang ke-3 dalam usaha untuk mendamaikan pertelingkahan yang berlaku,manela tau berkat syura tersebut,Allah satukan semula hati-hati mereka.Walaubagaimanapun,si isteri semacam nekad untuk 'berpisah' dengan si suami,alahai.....so pity,anaknye yang 'terbaru' berumur 40+hari,anaknye yang lain pula bertanye kepada si ibu "kenapa papa kene tangkap?"hmm....mak saYe acap kali berpesan kepada anak bongsu nye "ape2 yang berlaku depan mata kite sebenarnye menjadi pengajaran kepada kite"wallahu a'lam

Tuesday, October 28, 2008

Selayang Pandang


Salam sejahtera semua,moga saYe dan anda dirahmati selalu olehNya....esok get back to usual life setelah bercuti 4hari sempena Diwali,aktiviti cuti saYe sangat la typical viz follow mak dan abah pergi memenuhi jemputan perkahwinan...oh ya sebelum terlupa,nak KONGSI info sikit,rasanye kita biase baca kad kawin kan,kat sebelah atas kad tersebut tertera phrase Walimatul 'Urus...masa semester lepas dalam kelas Islamic Studies,Ust Fahim ade menyebut it is grammatically wrong,it should be written as Walimatul 'Arus,saYe pun baru tahu time tu...bolela lepas ni nak tukar untuk korang punye wedding nanti...hehehe...sambung balik cerite pegi rumah orang kawin tadi,nak dijadikan cerite,huhuhu...kami sampai tersalah pegi majlis orang lain,adeh!!!....sempat balun cendol die...serius...dalam satu kawasan tu,ade 3 majlis yang berlainan....hari ahad lepas sempat menyelak helaian akhbar Mingguan Malaysia,kebetulan dah ade kat rumah sebab abah beli,for sure i never ever but it...saYe rasa anda setuju jika saYe cakap akhbar berkenaan seolah-olah nak menyalakan api perkauman yang teramat sangat,kalau dulu-dulu,bole belah lagi,ade satu-dua kolum je yang hampeh,sekarang ni situ sana sini cerite yang memualkan....kebetulan ade satu page tu temu ramah bersama YB Zulkifli Nordin,ade satu quote beliau yang menarik untuk diKONGSI di sini....I am a Muslim first,a party member second,I am a Muslim first,a lawyer second,I am a Muslim first,an MP second,I am a Muslim first,everything else is second...saYe juga teringat kata-kata seorang lagi tokoh muda yang bernama Muhtar Suhaili,bekas Presiden Student Representative Council(SRC) di UIAM,sekarang beliau merupakan seorang jurutera di syarikat Shell,kebetulan beliau kenalan rapat abang saYe,beliau mengungkapkan akademik nombor satu,tetapi tanggungjawab sebagai daie' bukan nombor dua...inilah mutiara-mutiara daripada orang bijak pandai yang perlu kite contohi,cubalah calculate diri kite sebanyak mana jasa kite pada Islam yang membolehkan Allah hadiahkan kepada kite dengan SyurgaNya....beberapa hari lepas juga,kite kehilangan seorang tokoh agama iaitu Datuk Hj Mohamad bin Amat yang kembali ke rahmatullah,Almarhum merupakan anak kelahiran Melaka tetapi lama menetap di Mekah dan Madinah dan pernah menjadi Mufti Negeri Sabah,saYe masih terbayang-bayang bila Almarhum masih mengajar Kuliah Subuh di Masjid Al-Azim walaupun dalam keadaan uzur dan berkerusi roda,moga Allah rahmati rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh....Al-Fatihah

Thursday, October 23, 2008

Raya & Diwali Wish


Alhamdulillah,pujian setinggi-tingginya saYe panjatkan ke hadrat Allah,Tuhan Semesta Alam,dapat saYe habiskan puasa 6 Syawal hari ni,dah cadang ngan pakwan dan man nak makan besar esok malam....aktiviti rutin seperti biase,still ade sebulan lagi di hospital muar bermain dengan kanak-kanak(Paeds posting),alahai...kat sini menangis,kat sana menangis,fenin dibuatnya..huhuhu...hari ni jugak dapat call dari Ust Hamid(GPK HEM Sultan),beliau nak saYe bagi motivational talk 6Nov ni,nak tolak pon tak sampai hati,memikirkan budak-budak kat sekolah tu memang perlukan sesuatu,pengalaman saYe kat sekolah dulu pon memang macam tu,macam katak bawah tempurung,tak tahu selok belok dunia luar ni,nak-nak sekolah lelaki,lagi la...pantang nampak pompuan...hahahah....okla,berbalik pada topik persoalan sama ada boleh wish ke tak Hepi Diwali kat Amita Bacan,Preti Zinta,Rani,Kajol dan lain-lagi ni??bila soalan-soalan ni masuk dalam inbox hanset saYe,ape lagi,terpaksa la saYe buat homework skit,maklumla..bukan senang nak puaskan hati semua pihak,jawapan samada boleh atau tak,kene la bagi justifikasi dan basis di sebalik jawapan yang diberi...hmmm....macam ni la,ape-ape pon masalah dan persoalan yang timbul,kite kene tengok ia ada berkait dengan akidah atau tak,sebab hal-hal bersangkut-paut dengan akidah,sama sekali kite tak boleh berkompromi,lain daripada tu,silakan jika nak berbeza pendapat,no problem at all,so Diwali for sure la something to do with ritual and faith,but here in this case got exception...kalau kita kaji their religion,ia bukanlah dikategorikan sebagai agama langit(Samawi) seperti Islam,Nasara(Kristian) dan Yahudi(Jews),agama mereka ini adalah agama ciptaan manusia(Wadaie'),so di situ sebahagian para ulama masih memberi ruang untuk membenarkan kita mengucapkan selamat kepada mereka provided ia bukan bermakna kite bersetuju dengan pegangan dan ajaran mereka,saYe cuba untuk lebih bersikap mengambil pandangan yang ringan ini walaupun sebahagian para ulama yang lain tidak membezakan kedua-dua jenis agama di atas,mereka terus mengharamkan kite untuk wish mereka,terpulanglah untuk kita mengikut keperluan dan keadaan bagi menjamin keterbukaan Islam untuk ucap atau tidak, ziarah atau tidak,kalau tak perlu maka ia berakhir di situ sahaja.Pendapat ini telah di endorsed oleh Ust Ahmad Fahim Robani(MMU lecturer cum MMMC Islamic Studies lecturer).Wallahu a'lam
p/s:rindu nak tengok pertunjukan mega bunga api di KMC Green

Tuesday, October 21, 2008

Perkelahian Hj Labu dan Hj Labi



Itulah tajuk yang terbaik dapat saYe berikan....sengaja saYe letakkn title "Hj" di situ untuk menggambarkan betapa inilah penyakit pak haji,pak lebai,org2 masjid dan sewaktu dengannya...saYe berikan contoh la eh,dlm bulan Ramadan,Hj Labu bukan saje mempertahankan solat terawih yang dilakukan sebanyak 20rakaat MALAH mencemuh Hj Labi kerana hanya solat terawih 8rakaat...ape lagi Hj Labi pon naik angin dan melakukan perkara yang sama la,Hj Labi cakap Nabi buat 8rakaat sahaja DAN menyalahkan Hj Labu memandai-mandai menambah sehingga 20rakaat...kasihan,1000 kali sayang,Allah dah berikan hidayah kepada mereka untuk berbuat amal,tetapi kerana MUNGKIN mereka berdua belum nampak the beauty of Islam lalu menyebabkan terjadinya insiden sedemikian....banyak lagi contoh2 yang boleh kita fikir2kan....tapi satu lagi contoh yang saYe nak bawa di sini mengenai selawat di atas...saYe introduce selawat di atas dalam Saturday Circle(synonymous usrah setelah diberi nafas baru)..alhamdulillah,dapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan student2 manipal dan saYe telah amanahkan kepimpinan sedia ada untuk meneruskannya setelah saYe pulang ke Melaka,sehinggalah baru-baru ini,adinda Zack,Presiden IYA(Islamic Youth Association) menelefon saYe melalui Skype(hehehe..maklumla nak saving),dia mengatakan adela sorang hamba Allah ni(Kasim bukan nama sebenar) mula mempertikaikan selawat tersebut....saYe ketawa terdekah-dekah...rupa2nya ade Hj Labu di Manipal sekarang....okla fine,atas dasar inilah saYe perlu jelaskan supaya penyakit ini tidak melakukan distant metatasis kepada orang lain....selawat itu saYe ambil daripada satu kitab yang bernama Maulid Dibaie' yang mempunyai 140muka surat yang dikarang oleh Syeikh Abd Rahman Ad-Dibaie',kebanyakan selawat yang terkandung dalam kitab ini telah dijadikan lagu-lagu nasyid kontemporari seperti Tola'al Badru 'Alaina,Ya Rabbibil Mustafa etc,ianya dibaca dan diratib dengan meluas di Malaysia especially di Melaka(Masjid Al-Azim,Masjid Kg Hulu,Masjid Kg Keling,Masjid Tengkera,Masjid Selat Melaka dan lain-lagi)dan juga di Asia Tenggara particularly Singapura dan Indonesia...so to summarise here..personally,kite janganlah berkelahi pada perkara2 yang tidak perlu,kalau Hj Labu nak beramal,silakan tetapi JANGAN sesekali menudung jari,menyalahkan apetah lagi menuduh Hj Labi salah dalam amalannya,ia hanya akan melemahkan umat Islam...benarlah kata-kata Rasulullah SAW...baginda mengatakan akan ada satu zaman umat Islam seperti buih-buih di lautan sahaja....wallahu a'lam

Saturday, October 18, 2008

2 in 1


Puasa Qadha' dan Puasa 6 Syawal boleh gabung ke tak??persoalan yang selalu diajukan kepada saYe especially dari kalangan girlz...hmmm,jenuh jugak nak jawab..maklumla saYe ni bukan 'alim,adela seciput ilmu yang tak seberapa,tapi cuba sedaya upaya satisfykan kawan-kawan,walaupun saYe kire agak lambat untuk menjawab persoalan ni tp still sempat lagi kalo nk puase kan?arini baru 18Syawal kan?even me baru dapat 2hari,it is better late than never :p personally,saYe berpendapat ia seharusnya dibuat separately...cubelah salah satu options seperti di bawah:
a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa 6
b)Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa 6 di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.
c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, automatik akan dapat untuknya pahala puasa 6 sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.
adapun begitu,actually terdapat khilaf di kalangan para ulama....but inilah jawapan yang saYe dapat utarakan,harap dapat memberi teguran andai terdapat kesilapan...wallahu a'lam

Sunday, October 12, 2008

Datuk Shah Rukh Khan???


Salam Aleykum.....weekend ni dok sakan beraye..hehe...maklumla,qada' 3+2tahun dh xraye kt mesia ni,semalam kami konvoi 6kete g umh afie,syikin,luq,kay n syam,smpi melaka blk almost 1am,tu pon dh skip 2-3umh lg like umh kak pah,abg kak eza etc,makanan xpayah nk citela,smpi kenyang ular sawa dibuatny,nway thnx 4ur invitation,arini hmmmm smbg lg saYe beraye umh cikgu2 sek men i.e cik surati(clas teacher),Puan jamilah yg comel n cikgu mozaimi...sebenarnye kn d more important thing kite nk sambungkn tali silaturrahim tu,if not mistaken(sila btolkn kalo silap) ade hadith menyebut kalo nk murah rezeki dlm hidup ni,kne smbg2kn silaturrahim,yg penting kite g beraye ni niatla,kalo x niat kenyang mkn satay,laksa,rendang,mee kari n sewaktu dgnnye jela...meanwhile,dlm seminggu dua ni ade gak isu2 yg hot kt malaysia ni,berita kt perlis ade bebudak melayu muslim ni g join perarakan Buddha,lucu pon ade,geram pon ade,alahai..selamatla mufti negeri tu dh sound kt sek tu n alhamdulillah diorg admit kesalahan diorg,satu lg pasai anugerah Datukship kt Raja Bollywood Shah Rukh Khan,kalo tanye org n bc kt mn2 website pon,mmg kne fire la,termasukla saYe,however la...saYe jmp sendiri cikgu mozaimi yg saYe g umh raye die td,die ni skrg S/U Sulit kpd Datuk Ali Rustam,die pon bg strong reason...die ckp anugerah ni sebagai satu strategi la,sbb si pelakon ni kn cm byk contact worldwide,so cm bole promo n tarik pelancong dtg ke negeri tanah tumpah darah saYe ni,pk2 balik ade gkla logiknye,masing2 bole pk la kn secara rasional,okay nnti dh dpt pics raye bole saYe upload di sini,c u

Tuesday, October 7, 2008

Kepulangan Parentsku


Salam 'alaik....moga2 kite berade dlm peliharaan Allah,arini tanggal 7 Syawal,dh seminggu pon kite merayekn eidul fitr,i mean we r stil in a raya mood rite,huhuhu.....ahad lepas,saYe ke KLIA amik parents balik dr umrah,hmm....bayangkanlah betape rindu kt diorg,saYe sanggup berdiri kt depan pintu arrival tu dari kol 2.50pm(kapal terbang baru landing) til 4.30pm,tga dok tunggu tu nampak atuk2 n nenek2 yg bertongkat n berkerusi roda je kuar,mana org2 yg sihat walafiat ni??shame shame la...ok kongsi skit la cite dr Tanah Suci,sekarang ni abah ckp tga musim panas yg terik gitu,abah saYe ble dpt hujan mase on d way balik ke kg dr airport tu happy gle sbb dh lame xjmp hujan,bilangan org kt sane xpayah ckp la,mmg jejak 3juta org,mak saYe ckp tahun ni byk org India n Pakistan...nampak kn pic di ats tu sampaikn beberapa tingkat Hilton Hotel declared as part of masjid!!!!other thn dat, Masjidil Haram tga wat renovation,alahai..besarkn mcm mane pon xkn cukupla,ape2pon syukurla sume sihat n selamat smpi,yg sedeynye malam tu nk kne balik dh cz sok dh stat clinics as usual,sok n lusa saYe diberi tiket percuma percutian di labor room hospital muar,okla nk KONGSI gambar dalaman Kaabah kt anda sume,ade skali time saYe ke sane,diorg bukak pintu Kaabah cz hanye VVIP saje yg berpeluang masuk ke dalam....

p/s:stil dpt duit raye,7 angpow bernilai rm240...sounds weird kn...err....thnx a bunch buat kaklong sponsor baju raye cream color n buat angah krn sudi membelikn adiknye 2helai tshirt :p