
Tuesday, March 24, 2009
hEpi BeSdAy Rasulullah SAW

Saturday, March 14, 2009
moga abah cepat sembuh

Thursday, February 26, 2009
Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris: Wajarkah?

Sunday, February 15, 2009
M.A.T.I
Wahai pemuda serta pemudi
Harapan bangsa tiang negeri
Jangan leka berhias diri
Amal ibadat segera dicari
Kepada Allah jangan berhenti
Menjunjung titah berbuat bakti
Dosa maksiat jangan kita campuri
Terbakar kulit dijilat api
Ingat kita kepada Tuhan
Jangan leka minum dan makan
Amal ibadat kumpul2kan
Dosa maksiat jauh2kan
Bila tiba insafnya diri
Kain putih pembalut badan
Tinggal semua yang kita cintai
Berbakti hidup sepanjang zaman
Tua muda miskin dan kaya
Habis sudah meninggal dunia
Di dalam kubur tempatnya dia
Sakit dan senang kembali amalnya
Bila tiba ajalnya mati
Tinggal anak saudara saudari
Air mata mengalir ke pipi
Tidak boleh minta kembali
Bila tiba ke liang lahad
Baru nak ingat buat ibadat
Sedekah puasa sembahyang dan zakat
Tapi semuanya sudah terlambat
Wednesday, January 28, 2009
Post-CNY entry

Thursday, January 15, 2009
Saya pilih Helikopter Apatchie!!

Semenjak dua menjak ni,cuaca di sekitar Melaka ni agak tidak menentu,saYe katakan begitu bukan kerana hujan lebat atau ribut petir,tetapi kerana angin yang sangat kencang yang seingat saYe tidak pernah berlaku sebelum ini,sebelah malamnya pula tersangatlah sejukkkk sehingga saYe menyapa seorang kawan saYe "uish,kite sekarang kat oversea ni"...hmmmm,barangkali Allah Pemilik Alam ini nak memberi 'buah tangan' pada umat di muka bumi ini supaya jangan sekali-kali lupa dan lalai!!!MAUT tidak mengenal masa dan ketika,MAUT juga tidak mengenal umur,pangkat dan paras rupa...Kita semua pun tak tau mekanisma kematian masing-masing,baru seminggu dua ni,saYe mendapat berita dua kematian,seorang pakcik 'kaki masjid' meninggal di dalam bilik air ketika bersiap-siap nak pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat,seorang lagi bayi berusia 2 bulan(anak saudara saYe) yang tidak mempunyai bad prenatal,natal and post natal history tiba-tiba keluar buih di mulut serta jari dan bibir kebiruan(cyanosed) pada tengah harinya dan disahkan meninggal pada sebelah petangnya,ada juga yang meninggal dalam runtuhan seperti tragedi di Bukit Antarabangsa baru-baru ini dan ada yang mati syahid berperang melawan musuh seperti di PALESTIN sekarang!!!!Persoalannya batang tubuh kita akan terbujur dalam keadaan yang bagaimana???Allahu Akbar....usah dipandang kiri dan kanan,kita yang menentukannya berdasarkan amalan kita...janganlah sesekali nak mengaku diri sebagai TUAN di dunia ni dan orang lain sebagai hamba atau penumpang,bukankah kita semua tidak terkecuali apa jua bangsa pun yang kita ni hamba kepada Raja segala Raja???Ada pula manusia yang cuba mempermainkan hukum hudud,yang peliknya,orang-orang tersebut memakai 'lencana Islam',bukanlah satu kehairanan kalau yang namanya Sarjit atau Lim yang 'cuba' menentang kerana mereka tidak dapat pemahaman dalam isu ini lantaran kelemahan pemerintah untuk menerangkannya,pelaksanaan sesuatu hukum itu 'bukanlah seprti bermain guli atau congkak',ia memerlukan penelitian dari segenap aspek,tapi ia bukanlah alasan tidak dapat melaksanakannya atau pun alasan masyarakat majmuk,zaman Rasulullah dulu bukan masyarakat majmuk ke??...Subhanallah,moga Allah selamatkan kita semua,Amin...Doakan juga saudara-saudara kita di bumi Palestin,hari ni hari yang ke-19 Zionis Israel terus diserang,aktornya adalah tentera Israel manakala Amerika Syarikat menjadi pelakon pembantu yang sangat licik,meminjam kata-kata TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perbahasan dalam Sidang Parlimen Khas baru-baru ini "Padan dengan rakyat mengutuskan kasut ke atas muka Presiden yang akan berhenti beberapa hari lagi.Kita menyedari bahawa kasut bukan budaya kita tetapi itulah budaya orang kaki lima yang mengajar pemimpin yang tarafnya kaki lima juga"... angka kematian telah melepasi 1000 orang,buatlah apa saja yang kita terdaya dan termampu untuk tolong mereka i.e DOA,DEMO,DERMA...Kita masih ingat bagaimana ucapan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh pada 6 September 2003.Berikut sedutan ucapan As-Syahid :
Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.
Ucapan As-Syahid Dr Abd Aziz Ar-Rantisi(Paediatrician @ pakar kanak-kanak) sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS daripada As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin pula :
“Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie,saya memilih helikopter Apatchie!”
Sabda Nabi SAW:Sesiapa yang tidak mengabil berat urusan ( yang berlaku ke atas ) ummat Islam maka dia bukan di kalangan ummat Islam.
Thursday, January 1, 2009
ALLAH mudahkan kamu & kami!!!

Setiap kali tiba tahun baru,maka kita berkesempatan melakukan dua perkara; merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang telah berlalu pergi(2008) serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai(2009).Justeru kita perlu terus mara ke hadapan dan anjakan paradigma(ISLAH) itu harus bertunjangkan aqidah yang mantap.Semoga apa yang dicita-citakan mendapat redha Allah Rabbul Jalil.Tidak dilupakan juga nasib saudara kita di bumi Palestin yang terus 'bermain dengan pancutan darah' di sana.
Ubah sebelum parah,ubah demi maruah.
Monday, December 29, 2008
Bon Annu

Tirai 1429H telah pun dilabuhkan menandakan bermulanya tahun baru 1430H...apa signifikannya kalau ia disambut dengan mandian darah ratusan penduduk Palestin angkara rejim Zionis laknatullah...itu cerita saudara-saudara seAGAMA kita nun jauh di sana...apa pula cerita 'menarik' di tanah air kita ni?ohh...ada yang mahu menjadi 'Pendekar Mustar' dengan mewujudkan blog yang menghina insan agung Muhammad SAW,barangkali si pendekar ini terlupa ataupun seperti judul lagu kumpulan Matta iaitu tidak ke'tahuan' akan seksaan yang amat dahsyat kepada sesiapa yang memperlekehkan baginda,saye tidak kisah sangat si pendekar ini sama ada dia bernama Mutusamy,Ricardo or even namenye Muhammad...tapi kepada sesiapa yang mengenali si pendekar itu,tolong belikannye sebuah buku yang berjudul Bustanuul 'Arifin karangan Imam Nawawi,tak mahal mana pun,lebih kurang RM1o camtu,pastu suruh si pendekar itu baca bukti-bukti orang-orang yang 'sekaum' dengannye....
- sebuah mafhum hadith yang menyebut "para malaikat akan merendahkan sayapnya" lalu ade seorang yang cuba mempermainkan phrase tu dengan berkata "Aku nak letak paku kat bawah kasut aku nanti supaya malaikat tak boleh terbang lagi"....Allah balas ke'hero'annye itu apabila orang itu menjadi PARALYSED
- sebuah lagi mafhum hadith "sesungguhnya bilamana engkau bangun tidur jangan terus masukkan tanganmu ke dalam bekas air"..seorang lagi sepupu sepapat si pendekar tu kot,die cam nak test jugak 'kebenaran' hadith ni,Allah tunjukkan balasan dengan memasukkan tangannya ke dalam lubang dubur sedalam 1 hasta!(wat PR pun tak sampai camtu...huhuhu)
saYe menyerulah kepada diri saYe dan para pembaca yang budiman bersempena sambutan Maal Hijrah 1430H ini,kite singkap kembali jerih payah Rasulullah nak sebarluaskan Islam,kite just dituntut supaya appreciate usaha baginda itu!!!!senangkan?....malam semalam jugak diadakan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Masjid Al-Azim,banyak anugerah tokoh-tokoh yang diberi mengikut kategori masing-masing,saYe hanya tertarik pada 3 kategori je iatu kategori tokoh penjawat awam(Mr Safian,HOD Surgery Hospital Melaka...p/s:'Mr' adalah gelaran kepada pakar-pakar perubatan),kategori tokoh saudara baru(beliau seorang berbangsa cina memeluk Islam pada tahun 1996 tetapi beliau telah berjaya mengISLAMkan 25 orang saudara baru,hebat bukan??!!!) dan yang terakhir kategori tokoh insan istimewa(OKU)....tahniah jugak kepada SS Datuk Seri Harussani Zakaria(Mufti Perak) yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan...yang macam inilah saYe katakan appreciate jasa Rasulullah SAW....jangan tanya apa Islam telah beri kepada kita,sebaliknya tanya apa yang kita dah beri kepada Islam...so apa azam tahun baru??memetik soalan-soalan dari seorang sahabat saYe di blog beliau:KERJA GEMPAK DENGAN GAJI YANG GEMPAK?DAPAT PAKAI KERETA BESAR?DAPAT ISTERI YANG CANTIK MACAM...err...sape ye?DAPAT BELI RUMAH BANGLO ATAS BUKIT?...Sekarang orang dah tak nak rasanya.Tanah runtuh beb!DAPAT JADI JUTAWAN?...akhir kalam,nak kempen puasa pada bulan Muharram,"Seafdhal-afdhal puasa selepas Ramadan ialah puasa pada bulan Muharram"(al-hadith),di awal Islam,umat Islam diwajibkan berpuasa pada hari 'Asyura(10 Muharram) sebelum puasa Ramadan difardhukan....antara hikmah terbesar ialah pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada kaum Bani Israil lalu baginda berpuasa tanda bersyukur...maka orang Yahudi pun 'mengamalkan sunnah' ini...jadi kita semua diajar untuk membezakan puasa kita dan puasa orang Yahudi...mengikut urutannya,paling afdhal puasa 9,10,11 Muharram @ 9,10 Muharram @ 10,11 Muharram @ puasa je la 10 Muharram....
Bon Annu!!! (dalam bahasa Portugis bermaksud Selamat Tahun Baru)...A new year,a new start,a new beginning....may the blessings of Allah fill our life with hepiness & open ALL doors of success...ameen
Wednesday, December 10, 2008
Budin dan ceritanya


Thursday, November 27, 2008
Mumbai Terror Attacks:Why blame Islam??!!



Wednesday, November 26, 2008
Dam haji

Salam wbth....1-2 hari lagi kita akan masuk ke bulan Zulhijjah....dah nak raya haji rupanya,puas jugak saYe pergi kenduri bakal-bakal haji dan hajjah aritu,mudah-mudahan bila pulang nanti dengan membawa title true Haji @ Hajjah,mendapat haji yang mabrur,takdela nanti ade cakap-cakap si anu tu sebelum pergi dan lepas balik haji same je,bawak balik haji malboro la jawabnya..satu lagi bila ke sana tu mestila well-prepared,bukannya 'hantam kromo' je,ataupun pergi sekadar untuk melancong,Makkah & Madinah tak sama dengan Paris,Dubai,Bali dan yang lain-lain...sifat SABAR itu sangat penting,macam-macam dugaan ada di sana!!ok habis cerita orang yang nak ke sana,so ahli-ahli persatuan tak pergi haji ni buat apa ya di bulan Zulhijjah nanti?ideally speaking,bulan yang terakhir dalam kalendar Islam ini merupakan bulan yang Allah nak bagi kita second chance untuk pulun dengan amal ibadah kepadaNya,kiranya ala-ala jualan penghabisan stok hujung tahun di pusat membeli belah gitu...majoriti mufassirin bersetuju bahawa maksud ayat Quran dalam surah Al-Fajr "Demi hari-hari yang sepuluh" merujuk kepada 10hari pertama dalam bulan Zulhijjah dan ia disokong dengan 2potong hadith "Sebaik-baik hari di dunia itu adalah sepuluh hari itu(Al-Bazzar)" & "Tiada hari-hari yang disukai Allah untuk hamba-hambanya memperbanyakkan amalan melainkan sepuluh hari itu(Bukhari)"...so ape tunggu lagi eh?DIY(Do It Yourself)...kita kurangkan berkata-kata tapi digantikan dengan melazimi lidah dengan berzikir,ingat kita mesti jadikan zikir itu seperti sebahagian daripada batang tubuh badan kita,kemudian jomla pakat-pakat puasa 1-9 Zulhijjah,kalau rasa tak mampu(saYe?),jangan tidak-tidak puasa pada 9Zulhijjah a.k.a Hari Arafah(menghapuskan dosa yang lalu dan tahun yang kemudian)...tak lupa juga untuk kita bertakbir(time-sejurus selepas solat subuh Hari Arafah hingga hujung waktu Asar hari ketiga Tasyriq iaitu pada 13 Zulhijjah)...wallahu a'lam
Friday, November 21, 2008
Michael Jackson becomes a Muslim!!!

Thursday, November 20, 2008
hEpi BeSdAy

Monday, November 17, 2008
Sehari bersama Tok Guru's

- Antara bahan makanan yang sangat digalakkan kita makan adalah madu lebah.Kualiti madunya bergantung pada kedudukan sarang lebah itu sendiri,the best one sarang lebah yang terletak di gua atau bukit followed by sarang lebah atas pokok & lastly sarang lebah ternakan(so how?kat pasaran tu yang mana satu ye?)
- Alternatif kepada curative treatment untuk bronchial asthma ade 2 iaitu samada anak burung yang 'fresh'(buat sup) ataupun lendir belut(belut terbaik adalah belut liar)
- Bagi pregnant lady yang nak mudah bersalin beramal dengan memakan buah kurma/tamar/rutob(basis:peristiwa Maryam semasa mahu melahirkan Isa)
- Person with migraine boleh amalkan membaca ayat 19 daripada Surah Al-Waqi'ah("Whereform they get no aching of the head nor get any madness")
Pada sebelah petang pula slot forum yang membariskan panel seperti Dr Haron Din sendiri dan Dato' Ismail Kamus manakala Ust Fauzi Mustafa(Al-Kuliyyah tv3) sebagai moderator.Para ahli panel berjaya mengupas segala aspek perubatan Islam dan merungkaikan segala permasalahan yang timbul,saYe sangat tertarik satu perkara iaitu berkaitan konsep TANGKAL,pastinye biase kite akan nampak bilamana bayi yang baru lahir di pergelengan tangan diikatkan dengan benang berwarna hitam.KENAPA??!!itu sume SYIRIK,ia berlainan dengan konsep gelang yang dipakai oleh orang zaman sekarang yang mendakwa mempunyai magnetic dan ia DIBOLEHKAN,tapi kalo setakat bangle yang berwarna-warni tu,kem salam je la,ia memang TAK BOLEH.....program berakhir sekitar waktu asar dan saYe mengharapkan anda sume juge akan terlibat dengan majlis-majlis ilmu seperti ini,dunia kite kejar,akhirat kite tidak lupakan....wallahu a'lam
p/s:NiTe CiRcLe coming soon......Al-Fatihah buat bapa kepada sahabat saYe Nasrul Hadi yang telah meninggal dunia ahad lepas...moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam golongan solihin
Thursday, November 6, 2008
kenape papa kene tangkap?sebab papa jahat!
