Dalam 2 minggu terakhir ni, saYe mendapat 4 berita kematian yang ada kaitan dengan saYe secara langsung atau sebaliknya...yang pertama kematian mengejut 'dua pupu' saYe due to APO (acute pulm oedema)..arwah berumur 12 tahun, saYe hanya mampu memeluk erat bapanya dan mengucapkan takziah kepada ibunya ketika berada di hospital...manakan tidak,arwah merupakan anak sulung mereka...berita sayu kedua pada sabtu lepas, junior saYe di MMMC, Ganesha aka G maut dalam nahas kemalangan jalan raya, mendiang berusia 23 tahun...sehari selepas itu seorang lagi ahli keluarga saYe meninggal pada usia 72 tahun...sebak bila wakil penduduk kampung menyatakan "kita kehilangan seorang jemaah masjid yang tak lekang ke masjid dari subuh sampai ke isya'...rumah dan masjid sahaja tempat arwah habiskan usianya"...dan yang terakhir sepupu kepada Khairina Adliah aka Kay meninggal due to respiratory distress dalam usia 10 bulan....Allahu Akbar!!!....saYe hanya dapat membuat kesimpulan mudah lantas menulis dalam shotout Facebook saYe 'daripada Tuhan kita datang, kepada Tuhan kita pulang, MATI itu sebaik-baik peringatan'...mati tak mengenal usia, buktinya seperti yang saYe nyatakan tadi...kita TIDAK TAHU bila, di mana dan bagaimana kita akan dicabut nyawa oleh Yang Berkhidmat 'Izra'il A.S...yelah...ikut hukum adat orang-orang pencen disinonimkan dengan kematian tetapi actually speaking it is not so...berapa lama sangatlah kita dapat beristirehat di 'resort' Tuhan ini kan...Rasulullah SAW sendiri dah nyatakan umat baginda 'jalan' dalam usia 60-70 tahun....kalau umur saYe sekarang 25 tahun, saYe ade kurang lebih 35 tahun lagi je!!!! itu pun kalau sampai!!! ronggenglah tapi jangan sampai terlalu leka dengan 'nikmat' dunia ini...HARUS berlumba-lumba melakukan kebaikan...FASTABIQUL KHAIRAT!!!!!...itulah intipati kandungan ceramah di Pondok Baitul Qurra' wal 'Ilmi pada 12/1 yang lalu sempena kedatangan al-Hafiz al-Musnid Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz...beliau merupakan ulama Hadramaut Yaman keturunan Rasulullah SAW melalui salasilah Saidina Hussain bin Ali bin Abi Talib....beliau mempunyai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman. Beliau pernah tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33.....Alhamdulillah kami pergi ke Sg Udang dengan 4 buah kereta....antara dialog-dialog yang saYe jumpa dalam komen di fb selepas pergi ke majlis ini "kebahagiaan yg tak terlafaz dgn kata-kata" "first time air mata jatuh tanpa perlu dipush"....sahabat saYe Abas estimate 1200 hadir pada malam tu...saYe cukup tersentuh dengan kupasan sebuah hadith riwayat Tabrani yang mana seorang sahabat yang bernama Zaid R.A mengambil masa 9 hari perjalanan untuk datang berjumpa Nabi untuk menanyakan satu soalan sahaja iaitu bagaimanakah untuk menjadi orang yang dihendaki dan dicari oleh Allah dengan kehendak yang baik...maka Nabi menjawab dengan menanyakan soalan bagaimanakah keadaan beliau ketika itu..maka beliau menjawab "Aku suka & senang pada kebaikan..aku suka & senang untuk melakukan kebaikan...aku suka & senang orang-orang yang melakukan kebaikan...aku SEDIH jika terlepas untuk melakukan kebaikan"...seraya itu Nabi mengatakan itulah tanda-tanda orang yang dikehendaki dan dicari Allah dengan kehendak yang baik....sama-samalah kita berazam untuk melakukan kebaikan dengan apa cara sekalipun sepanjang hidup kita...FASTABIQUL KHAIRAT!!!!
Thursday, January 21, 2010
fastabiqul khairat
Dalam 2 minggu terakhir ni, saYe mendapat 4 berita kematian yang ada kaitan dengan saYe secara langsung atau sebaliknya...yang pertama kematian mengejut 'dua pupu' saYe due to APO (acute pulm oedema)..arwah berumur 12 tahun, saYe hanya mampu memeluk erat bapanya dan mengucapkan takziah kepada ibunya ketika berada di hospital...manakan tidak,arwah merupakan anak sulung mereka...berita sayu kedua pada sabtu lepas, junior saYe di MMMC, Ganesha aka G maut dalam nahas kemalangan jalan raya, mendiang berusia 23 tahun...sehari selepas itu seorang lagi ahli keluarga saYe meninggal pada usia 72 tahun...sebak bila wakil penduduk kampung menyatakan "kita kehilangan seorang jemaah masjid yang tak lekang ke masjid dari subuh sampai ke isya'...rumah dan masjid sahaja tempat arwah habiskan usianya"...dan yang terakhir sepupu kepada Khairina Adliah aka Kay meninggal due to respiratory distress dalam usia 10 bulan....Allahu Akbar!!!....saYe hanya dapat membuat kesimpulan mudah lantas menulis dalam shotout Facebook saYe 'daripada Tuhan kita datang, kepada Tuhan kita pulang, MATI itu sebaik-baik peringatan'...mati tak mengenal usia, buktinya seperti yang saYe nyatakan tadi...kita TIDAK TAHU bila, di mana dan bagaimana kita akan dicabut nyawa oleh Yang Berkhidmat 'Izra'il A.S...yelah...ikut hukum adat orang-orang pencen disinonimkan dengan kematian tetapi actually speaking it is not so...berapa lama sangatlah kita dapat beristirehat di 'resort' Tuhan ini kan...Rasulullah SAW sendiri dah nyatakan umat baginda 'jalan' dalam usia 60-70 tahun....kalau umur saYe sekarang 25 tahun, saYe ade kurang lebih 35 tahun lagi je!!!! itu pun kalau sampai!!! ronggenglah tapi jangan sampai terlalu leka dengan 'nikmat' dunia ini...HARUS berlumba-lumba melakukan kebaikan...FASTABIQUL KHAIRAT!!!!!...itulah intipati kandungan ceramah di Pondok Baitul Qurra' wal 'Ilmi pada 12/1 yang lalu sempena kedatangan al-Hafiz al-Musnid Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz...beliau merupakan ulama Hadramaut Yaman keturunan Rasulullah SAW melalui salasilah Saidina Hussain bin Ali bin Abi Talib....beliau mempunyai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman. Beliau pernah tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33.....Alhamdulillah kami pergi ke Sg Udang dengan 4 buah kereta....antara dialog-dialog yang saYe jumpa dalam komen di fb selepas pergi ke majlis ini "kebahagiaan yg tak terlafaz dgn kata-kata" "first time air mata jatuh tanpa perlu dipush"....sahabat saYe Abas estimate 1200 hadir pada malam tu...saYe cukup tersentuh dengan kupasan sebuah hadith riwayat Tabrani yang mana seorang sahabat yang bernama Zaid R.A mengambil masa 9 hari perjalanan untuk datang berjumpa Nabi untuk menanyakan satu soalan sahaja iaitu bagaimanakah untuk menjadi orang yang dihendaki dan dicari oleh Allah dengan kehendak yang baik...maka Nabi menjawab dengan menanyakan soalan bagaimanakah keadaan beliau ketika itu..maka beliau menjawab "Aku suka & senang pada kebaikan..aku suka & senang untuk melakukan kebaikan...aku suka & senang orang-orang yang melakukan kebaikan...aku SEDIH jika terlepas untuk melakukan kebaikan"...seraya itu Nabi mengatakan itulah tanda-tanda orang yang dikehendaki dan dicari Allah dengan kehendak yang baik....sama-samalah kita berazam untuk melakukan kebaikan dengan apa cara sekalipun sepanjang hidup kita...FASTABIQUL KHAIRAT!!!!
Tuesday, January 5, 2010
Tuesday, December 29, 2009
eiii...! rimasla
saYe memberanikan diri untuk bercerita tentang AURAT kali ini...saYe sedar topik ini bukanlah topik favourite tetapi saYe tak sanggup lagi untuk hipokrit pada diri sendiri...cukuplah medan ini menjadi bukti padaNya bahawa saYe pernah cuba untuk tolong kawan-kawan saYe dan yang lain-lain jugak untuk memahami peri pentingnya kita semua menjaga AURAT....dalam monthly assembly kat Dato' Pathmanaban Hall takde cerita akan hal ni, dalam ruangan tazkirah bersama Prof Izi Hj Ali kat radio HotFM saYe kurang pasti walaupun saluran tersebut menjadi idaman di hati....sebelum saYe membuka langkah yang seterusnya, saYe pohon maaf andai ada yang tersinggung ataupun cuba untuk bersikap agitated behaviour pada saYe, anggaplah tulisan ini seperti pertandingan gores & menang yang mana hadiah utamanya merupakan percutian di SYURGA buat selama-lamanya...Amin...baiklah kita mulakan dengan menjengah perintah kewajipan menutup AURAT yang dinukilkan dalam Surah An-Nur kepada kaum Adam dahulu "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang LELAKI yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan (ayat 30) " kemudian disambung kepada kaum Hawa "Dan katakanlah kepada orang PEREMPUAN yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup dada dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka (ayat 31) "....ok, let us to be more practical rather than discussing the theory part...isu pertama adalah "tak sampai seru lagi nak pakai tudung, nanti tunggulah umur 40 tahun baru pakai"....isu ini merupakan isu paling hangat...mana tak nya, si dia hanya mahu pakai tudung (baca: tutup aurat dengan sempurna) dengan kerelaan hatinya, bukan paksaan dari sesiapa...jawapan saYe berupa bentuk soalan "agak-agaknya lah kan, Malaikat Izrail nak tunggu kita tutup AURAT dulu baru cabut nyawa kita ke atau bila dah sampai 'time' jalan, Izrail terus jalankan tugasnya?"...ingatlah wahai teman, ajal maut kita tak kan cepat atau lambat sesaat pun!!!!...isu yang kedua pakaian yang jarang (tudung,baju,blouse etc)....saYe tidak pasti lah, boleh jadi saudari-saudari boleh tolong verify and clarify kan doubt saYe ni...ade orang pakai tudung tapi tudungnya lutsinar, bole nampak lehernya malah necklace nya, ade orang pakai tudung tapi 'pakai baju adiknya'...ade orang pakai tudung tapi kainnya terbelah situ sana sini...pokoknya sekarang pengetahuan tentang AURAT itu yang perlu dititik beratkan...nak laksanakan kewajipan perlu ada ilmu..tanya lah pada yang tahu...contohnya, prinsip yang paling asas yang ramai terlepas pandang, tudung sepatutnya bawah dada supaya 'apa yang ada di situ' terlindung dari pandangan bukan mahram, Islam bagi arahan sebegitu kerana Islam nak jaga perempuan supaya tidak terlalu bebas nanti terbabas...isu yang ketiga pula "bertudung tapi buat jahat,tak bertudung tapi baik"...huh, puas nak cari jawapan pada persoalan KBKK ni....SaYe pasti satu perkara, tudung yang dipakai tentunya bukan sesuatu yang menggalakkan mereka berkelakuan tidak senonoh. Samada bertudung atau tidak, kalau sudah dikuasai nafsu maka terjerumuslah ia. Maka tidak sepatutnya tudung dipersalahkan!!!!....kalau kita pergi ke pasar malam kat flat Seri Siantan setiap hari Isnin nak beli buah-buahan, buah yang bagaimanakah kita akan pilih? yang baik diluar tetapi isinya busuk di dalam, yang buruk di luar tetapi isinya manis di dalam atau yang kulitnya cantik diluar dan isinya manis di dalam? (jawab jangan tak jawab)....mesti lah cantik di luar dan manis di dalam bukan? maka saYe nak kempan kepada yang bertudung agar menjaga kehormatan, jangan menjadi seperti buah yang cantik kulitnya tetapi busuk isinya (iliacus...) manakala teman-teman yang masih belum bertudung tetapi baik budi pekerti, jom lah menjadi buah yang manis isi dalamnya dan cantik kulit luarnya, cantik dengan bertudung :p sebagai akhirnya, saYe syorkan kepada yang dah bertudung tu, berfesyen lah sikit...hehehe...suka hati lah nak guna tudung Waheeda, Wardina, Ekin etc....so that dapat menarik perhatian yang 'belum tu'.....Happy New Year 1431H & 2010M :)
Thursday, December 3, 2009
Cinta Adam & Hawa

Thursday, November 19, 2009
Final Year

Monday, October 12, 2009
Jagalah Lidah

Friday, September 4, 2009
Ramadan Menggamit Memori



- Sejak 10 tahun yang lepas,di Melaka ni ada Imam dari Mekah datang untuk memimpin solat terawih dan qiyamullail...tahun pertama memang khatam satu Quran terawih di Masjid Al-Azim,tapi tahun-tahun berikutnya disebabkan orang komplen,diorg dah baca pendek je dan sekarang sorang Imam je yang datang dan round masjid-masjid di Melaka ni untuk terawih tapi 15 malam yang terakhir memang akan ada qiyamullail jam 1-3 pagi di Al-Azim (jom pakat-pakat datang)...saYe agak rapat dengan Imam Mekah ni namanye Sheikh Muhammad Syarif,tahun pertama kedatangannya,saYe cam jadi PA dia pulak,mana taknye..ikut dia pegi shopping lah,pastu kena jadi translator masa dia bagi tazkirah Subuh,pastu pada malam 27 Ramadan tu,dia tertinggal kertas doa khatam Quran yang akan dibaca pada terawih tersebut,dia terus bisik kat saYe suruh pegi amik kat bilik Hotel Strait Meridian..huh..keje gila betul ni...terus saYe berlari menuju ke hotel....nak dijadikan cerite...receptionist kat hotel tu tak pecaye kat saYe..aarrgghhh...orang lagi nak cepat ni...nego punye nego akhirnye die bagi jugak kunci bilik si Imam Mekah ni....
- Masa bulan Ramadan b4 join manipal ni,memang saYe punya masa yang terlebih-lebih,jadinya boleh la terawih 23 dan sambung tadarus sekali...cam terasa budak sangat sebab orang lain semua orang-orang pencen..huhu...ada la satu tahun tu,Radio Melaka FM nak buat siaran langsung tadarus Al-Quran buat julung kalinya...Imam Besar ketika itu Ust Yusof Musa Al-Hafiz yang juga guru tahfiz saYe memilih saYe untuk join la...alahai,bacaan saYe tak lah hebat bangat,biase-biase je tapi takpela dah orang nak bagi kita peluang bersiaran secara live...ketar-ketar jugak masa baca tu...huhuhu.....
- Bila masuk bulan Ramadan,teringat Ramadan di Tanah Suci...dah 5 tahun tak dapat nak datang semula ke sana....umat Islam tanpa mengira warna kulit pangkat sama-sama berkumpul tawaf dan saie bersama-sama,bila solat sebelah menyebelah,saYe tak kan lepaskan peluang bertaaruf dan bertukar-tukar pendapat...pernah berbual ngan orang Palestin,Yaman,Jordan,Turki dan lain-lain....hah...bulan pose ni jugak ramai menteri,selebriti yang pegi jugak....pernah terserempak ngan Yusof Haslam,Zahid Hamidi(Menteri Pertahanan),Ust Taib Azamudin(MP Baling),Datuk Abu Bakar Sujak(bekas Timb MB Selangor)....oh ya...kebiasaanya di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi,akan disediakan juadah kurma,yogurt dan manisan untuk berbuka sponsored by orang-orang kaya,satu perkara yang menarik,dari luar masjid lagi akan ada 'staf-staf' mereka yang akan tarik kita supaya duduk di kawasan juadah bos mereka...masa mula-mula tak tau tu kaget jugak apehal diorang tarik menarik ni...camtu sekali nak merebut pahala kan....satu lagi cerite...saYe memang admire ngan 2 Imam Masjidil Haram iaitu Sheikh Abd Rahman Sudais dan Sheikh Sa'ud Shuraim...biasanya imam-imam ni akan dikawal oleh polis,tapi saYe time tu nekad nak bersalaman ngan 2 hero ni...alhamdulillah,walaupun cuba ditepis oleh polis-polis tu,saYe berjaya jugak..huhuhu
p/s:satu hari tu steven and the geng bertanyakan soalan sama ada batalkah puasa patient yang ade IV cannula or injection,pliz correct me if i'm wrong,if i'm not mistaken,suntikan or even blood tranfusion tidak membatalkan puasa kerana ia tidak dikira sebagai rongga yang terbuka,even kita masukkan ubat kat mata pun tidak membatalkan puasa,wallahu a'lam
Friday, August 21, 2009
Di Ambang Ramadan

Bersyukurlah,Jangan jadi orang yang kufur!!!Bersyukurlah atas nikmat RAMADAN yang Allah kurniakan pada hamba-hambanNya...Allah beri peluang untuk ke sekian kalinya bertemu penghulu segala bulan ini...satu bulan yang di awalnya dipenuhi rahmat,di pertengahannya dijanjikan keampunan dan di akhirnya diberikan pembebasan dari api neraka...kalau tidak direbut 'hadiah Bonanza' ini bukanlah salah Sang Pencipta,tetapi salah hambaNya yang tidak ambil peduli...Amirul Mukminin Umar Al-Khattab ketika berada di ambang Ramadan berulang-ulang kali menuturkan "Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan" sehinggakan khadam beliau berkata seandainya manusia tidak mengetahui Ramadan itu nama bagi satu bulan nescaya mereka akan menyangka Umar sedang menunggu seorang lelaki yang bernama Ramadan...seingat saYe,kita perlu memperbanykkan 4 perkara, 2 daripadanya kalau kita lakukan akan mendapat Redha Allah dan 2 perkara lagi itu memang kita sangat-sangat berhajat kepadanya,maka perbanyakkanlah mengucapkan "Asyhadu al La ilaha illallah Astaghfirullah Nas alukal Jannah wa Na'u zubika minan Nar" yang bermaksud Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,Aku mohon keampunan kepadamu Ya Allah,kami mohon syurgamu dan jauhkanlah kami dari azab api neraka.....dalam satu hadith sahih Bukhari seorang sahabat Nabi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW naik ke atas mimbar kemudian berkata “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi SAW bersabda “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadan tetapi keluar dari bulan Ramadan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bersalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan ‘Amin’.”...kendonglah pesan Nabi ini selama sebulan agar di akhir Ramadan nanti andai panjang umur kita,dapatlah kita segulung ijazah daripada Universiti Ramadan ini iaitu TAQWA....kata Nabi "At-Taqwa Ha Huna sambil memberi isyarat jari menunjukkan Taqwa itu berada di dalam hati"....Taqwa itu dalam bahasa mudah di istilahkan sebagai sayang apa yang Allah sayang dan beci apa yang Allah benci...
Tuesday, August 11, 2009
H1N1 & Ramadan Kareem
.bmp)


Statistik sehingga entry ini ditulis, angka 'rasmi' kematian akibat H1N1 ialah 38 orang...kalau ikut kiraan Sister Mariyam(mak saYe) di GH Melaka sepatutnya lebih daripada itu dek kerana bila satu-satu pesakit tu meninggal dunia dan mayat dah dibawa pulang, keputusan makmal baru diterima,so kira ke tak tu?itu cerita dari GH Melaka...malam jumaat lepas saYe dengan kudrat yang ada diminta untuk menerangkan kepada jemaah surau DB pasal H1N1 ni,so explain la apa yang termampu,banyak jugak soalan-soalan cepu mas yang perlu dijawab,antaranya "kenapa pengusaha-pengusaha babi tak kene H1N1" "sekarang dah ade vaksin ke" "berapa lama infectivity period untuk H1N1 ni" "nak kene kuarantin berapa lama kalau suspected" dan lain-lain lagi.... untuk setakat ini seperti yang kita tahu vaksin untuk strain ni is still not available maka keluarlah teori-teori pencegahan oleh pakar-pakar kesihatan,banyakkan minum air kosong atau air susu atau air kelapa,proven or not is second thing,at least kita boleh amalkan..lagi apa yea untuk cegah daripada dijangkiti kuman(baca virus) ini?kerap basuh tangan dengan sabun dan dengan teknik yang betul, gunakan mask yang disyorkan iaitu N95 dan surgical mask...lagi?aha (sebut dengan nada Datuk Dr Rajagopal)....amalkanlah doa dalam dua kotak biru di atas...wat habeh boreh je Rasulullah SAW tinggalkan pusaka tu kalau umat baginda sendiri tak nak baca....zikir tu sebahagian daripada zikir pagi petang Rasulullah,ala semua mesti dah selalu baca kan,takpela sekadar ingatan,sekurang-kurangnya kita baca kali ni dengan hayati maknanya sekali,baru la masyuk!!!!....oh yea,kurang lebih 10 hari lagi nak puasa,kalau orang yang kaki ibadat dah tersenyum girang menunggu-nunggu bulan Ramadan ni,hopefully kita pon cam tu jugak la eh..ameen...cumanya kita pastikan lah Ramadan tahun ni much much better than tahun lepas....rasenya amalan yang patut kita top up ialah qiyamullail bersolat sunat tahajjud etc...Tok Guru Nik Aziz penah sebut "Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”...cantek kiasan dan sindiran Tok Guru...bagi saYe la,tak perlu solat sampai 12 rakaat pastu malam berikutnya kantoi,better tiap-tiap malam kita konsisten solat 2 rakaat je...tepuk dada tanyalah hati anda!!!!
p/s:khamis malam jumaat ni 13/8 selepas solat isya' akan diadakan solat hajat sempena xm p2s1&2 di surau DB dan akan diimamkan oleh Al-Fadhil Ust Abd Rahim Khalik Al-hafiz...everyone is invited...fud oso provided...
Tuesday, August 4, 2009
Hanafee dan Cendol Brunei
Tuesday, July 28, 2009
di satu petang yang damai (juLy baBieS bDay picnic)


terima kasih,thnx a bunch,syukran 'alaikum,arigato gozaimas,sei sei!!!!!
Sunday, July 12, 2009
Ada Apa Dengan Solat

Nasrul & Syifa'
Monday, June 22, 2009
Macam-macam

- Bila berbicara tentang UKHWAH, pasti tidak boleh tidak ia mestilah dirasai pahit manisnya, bukan sekadar teori semata-mata...Alhamdulillah, berada di bumi manipal ini tidak kurang juga memorinya, tetapi saYe lebih mahu memfokuskan ukhwah yang terbina atas dasar ukhwah fillah di 'Gate of Garden of Knowlege & Virtue' iaitu di Pusat Matrikulasi IIUM..selama 2 tahun di sana, saYe bagaikan seperti pelajar yang mengambil jurusan ukhwah...saYe berkawan tidak mengikut asal usul kenegerian,bukan juga kerana si fulan berserban atau bertudung labuh, saYe berkawan dengan semuanya, ada yang jenis bergosip sepanjang masa,ada pula yang bibirnya tidak lekang dengan ayat-ayat suci Al-Quran,tidak kurang juga yang menghadap buku pelajaran '25 jam' sehari!!...tetapi sesuatu yang pelik tapi benar,mereka semua bagaikan adik beradik saYe!!sungguh!!...dipendekkan cerita..saYe belajar erti 'kehidupan' di sana..setidak-tidaknya sebagai bekalan 5 tahun di bumi manipal ini...Pertemuan dengan Akh Badri,Akh Azreen serta zaujahnya Kak Ac minggu lepas di majlis walimah Dr Rif'an Abd Rahim menceritakan segala-galanya...saYe geli hati seorang diri bila Badri menanyakan soalan "nta dari Darul Quran kan?"...nak saje saYe menjawab "Ya,saYe pelajar pseudoDarul Quran"...iA jika diizinkanNya,saye berpeluang bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain di walimah Akh Al-Athiq(medic Jordan),walimah Ukt Mawarni(UDM) dan walimah Syifa' & Nasrul..ameen (p/s:seronok jumpa sahabat-sahabat lama!!!)
- Ahad (21/6) lepas Hari Bapa??...pura-pura saYe buat-buat tak tahu...seperti yang saYe maklumkan dalam entry terdahulu,saYe tidak akan wish hari kononnya spesial tu...setiap hari adalah Hari Abah saYe...Alhamdulillah dah 64 tahun umur abah..still nak kerja lagi nak menyara keluarga(tahun ni abah tak boleh tidak kene retire ok?!!)...awal bulan ni,abah selamat menjalani pembedahan 'laparoscopic cholecystectomy' (membuang hempedu) di bawah pakar bedah Hospital Putra Datuk A. Senasi...the more interesting part was Prof MV Kumar was assisting the surgery...Thanx Prof!!Also a bunch of thnx to those visiting my dad even i was not around that night sending Dr Ahmad Sayeed's wife and son to KLIA....abah keep telling me he still has a feel of phobia...it's done dad!!!...ingatkan kotla nak berehat di rumah,hampeh betul...minggu ni,abah dan mak terbang makan angin ke Jakarta & Bandung...if I were given a chance to follow them!!!!
- Sisters in Islam (SIS)...pernah dengar tak??sape tak penah dengar angkat tangan,saYe nak belanja die makan tengah hari!!!ringkas je saYe nak cakap kat sini...NGO ini disokong kuat oleh anak-anak 2 bekas PM kita(teka la,sape jawab betul belanja makan malam pulak)...ada yang mencadangkan nama SIS ditukar kerana pendirian NGO ini tidak selaras dengan namanya sendiri..antara cadangan nama yang baru seperti Sisters in Malaysia(SIM-macam sim kad pulak dah),Ikatan Wanita Kosmopolitan(IWK-macam Indah Water Konsortium la pulak)....bila suruh diharamkan,ada yang melenting kerana menyekat kebebasan bersuara(kononnya)...satu contoh kat sini....satu masa dulu seorang ulama dari Australia bernama Syeikh Tajuddin Al-Hilali menegur orang-orang perempuan yang tidak menutup aurat,maka 'bersilatlah' pengarah eksekutifnya bernama Zainah Anwar dengan berkata "and you know that guy is stupid"-rujuk http://www.international.ucla.edu/article.asp?parentid=80243 (die bekeng sangat sebab die sendiri pon tak pakai tudung)...pendirian mereka tentang faraidh dan poligami juga agak 'haru-biru' sikit....fenin dibuatnya
- Bila berada di Medicine posting ni,tersangatla common berjumpa dengan pesakit-pesakit buah pinggang kronik (Chronic Renal Failure)...ade yang masuk hospital untuk jalani rawatan hemodialysis,ada pula yang baru nak buat nak buat AV Fistula (buat 'tapak')...tapi saYe keep asking myself supaya mereka semua masih dapat menjalani ibadah solat khususnya seperti biasa walaupun keluar masuk hospital...sebagai panduan bersama saYe attachkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan..."Hukum sembahyang jamak kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah HARUS"....
- Quote of the day: Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri."
Sunday, June 14, 2009
Fathi Yakan (1933-2009)
